Honda Accord cukup sinonim dengan reka bentuknya yang sporty dan bergaya dengan gabungan ciri keselamatan yang moden dan canggih. Maka tidak hairanlah jika model Honda Accord generasi kesepuluh ini merupakan kereta kategori sedan segmen D paling laris di Malaysia dengan menguasai hampir 40% bahagian pasaran! Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki Honda Accord dengan harga yang lebih mampu milik, anda bolehlah mempertimbangkan Honda Accord terpakai.
Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Honda Accord baharu, ditambah pula dengan tawaran spesifikasi dan ciri keselamatan terbaik, memiliki model Honda Accord terpakai semestinya suatu pelaburan yang menguntungkan. Carsome menyenaraikan 5 perkara mengenai Honda Accord yang boleh anda pertimbangkan sebelum anda mendapatkan Honda Accord terpakai idaman anda.
1. Kuasa Enjin Lebih Mantap
Honda Accord dikuasakan dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang lebih berkuasa daripada enjin 2.4 liter model sebelum ini. Ia berupaya menjana 192 kuasa kuda (hp) dan 269 Nm tork. Enjin jenis ini berupaya memberikan kuasa tambahan dan membantu menjimatkan penggunaan bahan api. Selain itu, jika anda seorang yang sukakan cabaran, anda boleh mempertimbangkan enjin turbo 2.0 liter. Enjin ini tersedia untuk varian Sport, Touring dan EX L dengan padanan transmisi automatik 10 kelajuan.
2. Ciri Keselamatan Dipertingkatkan
Honda Accord memberi penekanan kepada penjimatan bahan api, keseronokan pemanduan dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Model Honda Accord baharu dilengkapi dengan HondaLink® Connectivity. Ia boleh membantu membuka atau mengunci pintu kereta, mendapatkan status semasa bahan api dan banyak lagi menggunakan aplikasi pada telefon pintar. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera paparan belakang pelbagai sudut (multi-angle rearview camera), lampu depan alur tinggi automatik (auto high-beam headlights) dan sistem entri pintar (smart entry with walk away auto lock).
3. Teknologi Bantuan Pemanduan ‘Honda Sensing‘
Teknologi ‘Honda Sensing‘ berfungsi menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa merangkumi beberapa teknologi bantuan yang akan menambahkan keyakinan sepanjang pemanduan:
- Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS) yang membantu mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan lain atau pejalan kaki. Sistem ini akan menekan brek sekiranya mengesan risiko kemalangan.
- Kawalan Pemanduan Adaptif dengan Sistem Mengekor Kelajuan Rendah (Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow) membantu pemandu mengekalkan jarak selamat di belakang kenderaan lain. Sistem akan melaraskan kelajuan yang bersesuaian untuk mengelakkan sebarang pelanggaran.
- Pengecaman Papan Tanda Trafik (Traffic Sign Recognition, TSR) memberi amaran kepada pemandu sekiranya kelajuan kenderaan melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Papan tanda had laju dikesan menggunakan kamera kecil.
- Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (Lane Keeping Assist System, LKAS) berfungsi melaraskan putaran stereng untuk membantu mengekalkan kedudukan kenderaan anda di dalam lorong.
- Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System) membantu memberikan amaran kepada pemandu sekiranya mengesan kenderaan lain dalam laluan bersebelahan semasa memberikan isyarat untuk menukar lorong.
- Pemantau Lintasan Trafik Belakang (Cross Traffic Monitor) membantu mengelakkan kemalangan semasa mengundur dengan bantuan kamera belakang pelbagai sudut (multi-angle rearview camera).
- Sistem Amaran Pertukaran Lorong (Road Departure Mitigation System, RDM) melaraskan putaran stereng dan menekan brek (jika perlu). Sistem ini akan diaktifkan sekiranya mengesan penukaran lorong tanpa sebarang isyarat.
4. Ruang Kabin yang Luas
Honda Accord generasi kesepuluh mempunyai ruang kabin dalaman yang lebih luas. Struktur badan yang lebih baik, hasil susunan semula ruang memberikan saiz 10 mm lebih lebar (1,860 mm) dan jarak rodanya juga 55 mm lebih panjang (2,830 mm) berbanding model sebelumnya. Bagi model ini, tempat duduk belakang ditempatkan lebih jauh ke belakang sekali gus memberikan 50 mm lebih ruang kelegaan untuk lutut. Selain itu, rekaan tempat duduk juga ditambah baik memberikan ruang kelegaan untuk bahu dan kepala, serta ruang but 28 liter lebih besar (473 liter) berbanding biasa.
5. Bahagian Dalaman yang Mewah
Bahagian dalaman Honda Accord yang serba mewah dengan tempat duduk kulit, ruang kabin yang moden serta panel instrumen yang menawan dilengkapi dengan teknologi berkelas tinggi semestinya menjadi daya penarik buat peminat model ini. Honda Accord dilengkapi dengan panel instrumen premium dengan paparan audio terkini bersaiz 8 inci yang membolehkan anda menikmati sistem bunyi bersepadu yang menyokong peranti Android Auto dan Apple CarPlay.
Selain itu, Honda Accord turut dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar dan sepuluh buah pembesar suara. Mod Pemanduan Eco dan Sport turut tersedia yang membantu memaksimumkan penjimatan bahan bakar dan mengoptimumkan pengalaman pemanduan anda. Perkongsian ini diharap dapat membantu anda membuat pilihan sekiranya anda berminat memiliki Honda Accord terpakai.
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan Carsome untuk mendapatkan Honda Accord terpakai anda. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas. Anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut.