HomeBMSpesifikasi, Harga Myvi Terkini

Spesifikasi, Harga Myvi Terkini

Jenama Perodua dan Myvi merupakan sebuah jenama yang sinonim dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Perodua Myvi, model ikonik Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menggunguli kedudukan kereta paling laris di Malaysia pilihan pengguna bagi tahun 2020 dan merekodkan lebih sejuta unit terjual sejak dilancarkan pada 2005. Penerimaan pengguna terhadap jenama Myvi merupakan sesuatu yang tidak menghairankan. Ia didorong oleh reka bentuk dalaman dan luaran yang moden dan berkualiti, ruang dalaman yang luas dan selesa. Selain itu, model Myvi baharu juga menampilkan ciri-ciri keselamatan tambahan pada harga mampu milik selain cekap bahan api.

harga myvi

Malah, jenama ini turut mendapat penganugerahan oleh Insitut Automotif Malaysia (MAI) bagi Segmen Aras Mula (Entry-Level Segment) pada tahun 2018 sempena Anugerah Malaysia Car of The Year (MCOTY) yang diadakan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur.

Kereta Myvi: Harga Mampu Milik

Perodua Myvi telah menerima anugerah ‘Kereta Nilai Terbaik untuk Wang’ (‘Best Value-for-Money Car of the Year’) sempena Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia bagi kategori enjin 1.3L dan ke atas. Anugerah ini diberikan berdasarkan ukuran kuantitatif termasuk jumlah jualan unit dan harga model yang dijual, alat ganti, penggunaan bahan api serta kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau penggunaan sepanjang 100,000 kilometer.

Myvi menawarkan julat harga yang menarik dan berpatutan untuk bakal pemilik kereta. Umum mengetahui Perodua Myvi merupakan sebuah kenderaan kategori hatchback segmen B dengan harga sekitar RM41,000 hingga RM53,000. Harga permulaan untuk model 1.3L baharu ialah RM41,000 manakala harga model 1.5L pula bermula pada RM50,000 dan ke atas.

bahagian dalaman kereta perodua myvi

Sudah semestinya, harga kereta Perodua Myvi bergantung pada varian, ciri, spesifikasi dan status kereta sama ada kereta Perodua Myvi baharu atau kereta Perodua Myvi terpakai.

Harga Kereta Myvi lwn. Spesifikasi

Model Myvi generasi ketiga kini tampil dengan semua kelainan. Dengan pengenalan model baharu ini, ia semestinya akan menarik lebih banyak respon peminat model kompak Perodua ini. Model serba baharu ini bukan sahaja menawarkan naik taraf teknologi, malah menyajikan rekaan yang lebih moden, ruang versatil dan keselamatan pintar.

Harga Kereta Perodua Myvi bagi tahun 2020, harga atas jalan (on the road, OTR) tanpa insurans + pengecualian cukai jualan 2020

Harga Myvi termurah ialah model transmisi manual dengan varian enjin 1.3L G. Ia dijual pada harga RM41,292 diikuti oleh model transmisi automatic 1.3L G dan dijual pada harga RM43,029. Model transmisi automatic 1.3L X (tanpa Bantuan Pemanduan Selamat 2.0 atau Advanced Safety Assist 2.0) pula dijual pada harga RM44,959. Selain itu, varian enjin 1.3L transmisi automatik (dijual pada harga RM46,959) juga hadir dengan pilihan Bantuan Pemanduan Selamat 2.0.

Bantuan Pemanduan Selamat 2.0 (Advanced Safety Assist 2.0)

Secara umumnya, Bantuan Pemanduan Selamat 2.0 membantu mengurangkan kemalangan pada kelajuan perlahan dan sederhana. Ciri ini bertindak balas menerusi kamera stereo yang dipasang pada cermin depan yang mengesan sebarang halangan yang muncul. Ia mempunyai 4 fungsi yang akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya mengesan risiko pelanggaran.

  1. Amaran Prapelanggaran (Pre-Collision Warning, PCW) – sehingga 30 km/j
  2. Brek Prapelanggaran (Pre-Collision Braking, PCB) – sehingga 30 km/j
  3. Amaran Pergerakan Hadapan (Front Departure Alert)
  4. Kawalan Kesilapan Pedal (Pedal Misoperation Control)

Anda hanya perlu menambah sekitar RM2000 untuk menikmati ciri keselamatan ini pada model Myvi 1.3L X anda.

Bantuan Pemanduan Selamat 2.0 (ASA 2.0) dilengkapi pada semua model dengan varian enjin 1.5L. Harga jualan Perodua Myvi 1.5L H ialah RM50,530 manakala Perodua Myvi 1.5L AV pula dijual pada harga RM52,697. Spesifikasi kedua-dua model ini hampir sama, cuma terdapat sedikit perbezaan pada model Myvi 1.5L AV. Model ini hadir dengan tempat duduk kulit dan stereng balutan kulit dengan kemasan jahitan merah dan putih. Selain itu, model ini juga turut dilengkapi sistem multimedia ‘Smart Link’, sambungan Bluetooth dan Sistem Kedudukan Global (Global Positioning System, GPS).

Kereta Myvi Terpakai

Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan kereta dengan spefisikasi dan kemasan premium termasuk ciri keselamatan dengan harga yang berpatutan, kami mengesyorkan anda untuk mempertimbangkan kereta Perodua Myvi terpakai.

harga myvi

Anda boleh layari laman web CARSOME untuk melihat sendiri senarai penuh kereta Perodua Myvi untuk dijual dan semestinya dengan harga yang berpatutan. Harga kereta terpakai ditentukan oleh beberapa faktor: keadaan kereta, usia kereta, bacaan mileage kereta, tempoh waranti dan sebagainya. Anda juga boleh merujuk gambaran kasar harga kereta Myvi terpakai di bawah:

  1. Kereta Myvi SXi 1.3L tahun 2011 (transmisi manual) dijual pada harga dijual pada harga RM9,888 dan ke atas berbanding harga asal RM43,900.
  2. Perodua Myvi terpakai dengan varian enjin 1.3L tahun 2014 dijual pada harga RM29,000 dan ke atas iaitu separuh daripada harga asal RM43,000.
  3. Model Kereta Myvi terpakai dengan varian enjin 1.5L tahun 2018 dijual pada harga RM33,800 berbanding harga asal RM51,800.

Kenapa berbelanja lebih jika ada pilihan lain yang lebih murah yang menjanjikan kualiti yang hampir sama dengan yang baharu? Sama ada anda memilih untuk menjadi pemilik kereta Perodua Myvi baharu atau memilih untuk menjadi pemilik kereta Perodua Myvi terpakai, kedua-dua pilihan ini sememangnya berbaloi dan tidak akan mengecewakan anda. Jika anda mempertimbangkan kereta Myvi terpakai sebagai pilihan anda, mulakan carian anda di CARSOME. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular