HomeBMInspirasi daripada Perlumbaan: Rolls-Royce Bespoke Black Badge Cullinan

Inspirasi daripada Perlumbaan: Rolls-Royce Bespoke Black Badge Cullinan

Ben & Christine Sloss – peminat kereta yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerima penghantaran Bespoke Rolls-Royce terbaharu daripada Royce Motor Cars Los Gatos, California. Model Black Badge Cullinan untuk pasangan ini menerima kemasan Bespoke colourway iaitu Pikes Peak Blue yang dihasilkan secara eksklusif mengikut spesifikasi peribadi Rolls-Royce Bespoke Collective. Nama bagi warna ini diambil sebagai penghormatan kepada laluan pendakian Colorado yang merupakan salah satu laluan perlumbaan kegemaran buat pasangan suami dan isteri ini.

Bespoke Black Badge Cullinan

Rolls-Royce Bespoke Black Badge Cullinan dalam Warna Pikes Peak Blue

Model kereta ini digabungkan dengan kemasan warna terang Forge Yellow pada coachline, wheel-centre pinstripes dan brake callipers yang dilukis tangan – warna ini merupakan simbolik kepada warna bendera Modena (wilayah di utara Itali) dan warna pakaian seragam perlumbaan pasangan ini. Varian Black Badge ini juga turut menyerlahkan sisi Cullinan yang lebih gelap, kemas dan garang. Selain itu, kedua-dua kereta pasangan (sebelum ini model Bespoke Dawn Black Badge) ini turut menampilkan monogram RR silver-on-black yang ikonik, cermin gelap dan roda Black Badge dengan kemasan dwitona khas.

Ben & Christine Sloss - Rolls-Royce

Spesifikasi Teknikal

Black Badge Cullinan Dawn Black Badge
Pelepasan CO2 NEDCcorr (gabungan) 341g/km 371 g/km
Penggunaan bahan api 18.8 mpg/15.0 liter/100km 17.3 mpg/16.3 liter/100km
Pelepasan CO2 WLTP (gabungan) 377-355g/km 382-380 g/km
Penggunaan bahan api 17.0-18.1 mpg/16.62-15.6 liter/100km 16.7-16.9 mpg/16.9-16.8 liter/100km

Untuk menyerlahkan lagi rekaan model ikonik ini, patung Spirit of Ecstasy yang cukup sinonim dengan jenama Rolls-Royce dipasang pada bahagian atas gril Pantheon gelap, dihasilkan daripada bilet kukuh fiber karbon. Ia turut diserlahkan dengan tread plates Black Badge eksklusif yang direka sepadan dengan logo Black Badge. Menariknya, setiap plat ini melalui proses salutan Physical Vapor Deposition dalam warna hitam, sebelum diukir untuk menyerlahkan logam perak dengan ukiran nama pelanggan. Bahagian dalaman (interior) Bespoke Black Badge Cullinan ini pula menampilkan tempat duduk kulit berwarna Navy Blue buatan tangan dengan kemasan jahitan dan monogram dalam warna Forge Yellow.

Bahagian interior rolls-royce

Kemasan kontra dengan tona warna serupa juga turut kelihatan pada papan pemuka, poket pintu dan permukaan jam logam Bespoke. Selain itu, Bespoke Technical Clock pula menampilkan keluli tahan karat yang disadurkan dengan warna Navy Blue dengan kemasa Forge Yellow. Aksen kuning ini secara tidak langsung mengharmonikan skema ruang dalaman berwarna biru gelap ini. Setiap panel pintu dihiasi dengan logo perlumbaan – stileto yang disulam pada kerusi kulit yang dicipta oleh pasangan ini dan dizahirkan oleh pakar Bespoke yang sebelum ini bekerja sebagai pereka kasut. Rekaan Black Badge Cullinan ini secara tidak langsung melengkapkan rekaan Bespoke Collective Dawn Black Badge 2018 sebelum ini.

Bespoke Collective Dawn Black Badge 2018

Fakta Menarik Mengenai Rolls-Royce

Rolls-Royce merupakan jenama kereta mewah paling berprestij di dunia. Carsome menyenaraikan beberapa fakta menarik dan unik mengenai pengeluar tradisional British ini:

  1. Syarikat Rolls-Royce Limited mula ditubuhkan pada 15 Mac 1906 oleh Charles Stewart Rolls dan Sir Frederick Henry Royce;
  2. 60 peratus kereta Rolls-Royce yang dihasilkan masih digunakan sehingga kini. Kereta paling lama beroperasi direkodkan ialah model 1904 yang dimiliki oleh Thomas Love Jr dari Perth, Scotland;
  3. Selain kereta, Rolls-Royce turut membina enjin untuk kapal terbang;
  4. Bahagian penghasilan kenderaan Rolls-Royce dipisahkan daripada syarikat induk pada tahun 1973 dan dikenali sebagai Rolls-Royce Motors;
  5. Kebanyakan model Rolls-Royce menggunakan teknologi dan komponen BMW, dibina semula mengikut spesifikasi dan piawaian Rolls-Royce;
  6. Enjin Rolls-Royce masih dipasang secara manual oleh jurutera;
  7. Rolls-Royce Phantom mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan kerana ia dilakukan secara manual – mempunyai 200 bahagian menggunakan aluminium dan 300 bahagian menggunakan besi aloi;
  8. Pelanggan Rolls-Royce bakal berdepan masalah pemilihan warna kerana syarikat ini menawarkan hampir 44,000 pilihan warna;
  9. Patung Spirit of Ecstasy mula digunakan pada tahun 1922. Kini, ia menampilkan teknologi moden yang membolehkannya disembunyikan di dalam gril depan untuk mengelakkan kecurian atau rosak semasa perlanggaran;
  10. Rim aloi Rolls-Royce sentiasa berada dalam keadaan menegak. Ia mempunyai bearing dan pemberat yang mengekalkan kedudukan dan memastikannya tidak berputar mengikut roda;
  11. Pelanggan mempunyai pilihan untuk mereka sendiri (custom) rekaan, menggabungkan warna, menambah aksesori atau sentuhan peribadi mengikut kesukaan;
  12. Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur merupakan pengimport rasmi jenama Rolls-Royce di Malaysia;
  13. Selain golongan kerabat, model kereta ini juga turut popular dalam kalangan usahawan di Malaysia;
  14. Pelanggan berpeluang merasai pengalaman memandu Rolls-Royce dengan menyewa daripada beberapa syarikat sewaan yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta mewah ini.

Rolls-Royce Malaysia

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan mana-mana model kereta terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular