Memang susah nak agak apa yang akan berlaku bila anda memandu di Malaysia. Setiap saat anda kena berwaspada kalau kereta di depan brek secara mengejut, lori besar tiba-tiba tukar lorong, pemandu yang lawan arus, dan macam-macam lagilah.
Sebab inilah semua pemandu di Malaysia disarankan untuk pasang dashcam dalam kereta masing-masing sebagai perlindungan tambahan apabila memandu di jalan raya. Jom ketahui lima sebab utama kenapa anda perlu ada dashcam dan juga ciri penting yang anda perlu ambil kira untuk pilih dashcam yang terbaik!
Artikel berkaitan: Nak Cari Dashcam Terbaik untuk Kereta Anda? Ini 10 Model yang Paling Sesuai!
1) Lindungi Diri Bila Berlaku Kemalangan
Malang tak berbau, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa saja. Kalau kereta anda dilanggar oleh kereta lain semasa sedang dipandu, rakaman dashcam boleh digunakan sebagai bukti untuk menentukan pihak mana yang bersalah dan ia juga boleh memudahkan tuntutan insurans anda. Jadi, dashcam memang sangat berguna kalau anda terlibat dalam kemalangan.
Artikel berkaitan: Terlibat dalam Kemalangan? Ini Perkara yang Anda Perlu Lakukan!
2) Rakam Pemanduan Berbahaya Sebagai Bukti
Dashcam bukan saja boleh melindungi diri anda, tapi ia juga memainkan peranan penting jika anda mahu melaporkan pemandu lain yang memandu secara berbahaya di jalan raya. Contohnya kalau dashcam anda ada merakam kereta yang dipandu secara melulu atau melawan arus, rakaman ini boleh dihantar kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut atau anda juga boleh membuat laporan secara terus melalui aplikasi MyJPJ.
3) Nak Elak Penipuan Kemalangan
Pernah tak anda melihat rakaman video kemalangan yang mencurigakan? Kebanyakan kejadian dalam video-video ini merupakan penipuan kemalangan di mana si pelaku sanggup membahayakan diri serta menanggung kecederaan untuk menipu pengguna jalan raya bagi mendapatkan pampasan hasil daripada situasi tersebut. Anda boleh mengelak daripada terlibat dalam kejadian penipuan kemalangan atau accident scam ini dengan menggunakan rakaman dashcam pada kereta anda.
Artikel berkaitan: Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat
4) Pantau Kereta dari Jauh
Katakanlah anda sedang bekerja dan kereta anda berada di kawasan letak kereta. Tiba-tiba ada kereta lain melanggar kereta anda dan terus beredar tanpa rasa bersalah. Jika tiada dashcam, anda tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ada sesetengah dashcam yang dilengkapi dengan fungsi Parking Monitoring System yang akan mula merakam sebaik saja ia mengesan hentaman pada kereta anda. Ini akan membantu anda mencari pelaku untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan yang diperlukan.
Artikel berkaitan: Ciri Keselamatan Aktif vs Ciri Keselamatan Pasif Dalam Kereta
5) Boleh Ambil Gambar & Video Semasa Road Trip
Apa persamaan antara dashcam dengan kamera? Kedua-duanya boleh digunakan untuk mengambil gambar dan juga merakam video. Tambahan pula, kebanyakan dashcam terkini turut dilengkapi dengan resolusi sehingga 4K yang berupaya merakam gambar dan video yang jelas dan terang.
Jadi anda dah tak perlu pasangkan kamera tambahan dalam kereta anda, cukuplah dengan menggunakan dashcam dalam kereta untuk merakam kenangan manis semasa road trip anda bersama keluarga dan rakan-rakan!
Artikel berkaitan: Dari Johor ke Kuala Lumpur: Tempat Makanan Sedap yang Wajib Singgah
Macam Mana Nak Dapatkan Dashcam dalam Kereta yang Terbaik?
1) Resolusi Video Kena Tinggi
Lima tahun dulu mungkin rakaman dengan resolusi 1080P boleh diterima, tapi sekarang anda perlukan dashcam yang mempunyai sekurang-kurangnya rakaman video dengan resolusi 1440P atau 2K untuk pastikan semua butiran dalam video boleh dilihat dengan jelas. Lagi bagus kalau dashcam dalam kereta anda turut dilengkapi dengan teknologi khusus yang menaikkan lagi kualiti video yang dirakam.
2) Ciri Keselamatan yang Canggih
Sekarang bukan kereta saja perlukan pelbagai ciri keselamatan yang canggih, dashcam juga perlu dilengkapi dengan pelbagai fungsi moden seperti Sensor G dan Parking Monitoring System yang sangat berguna untuk memberi kereta anda perlindungan yang lebih komprehensif, walaupun ketika berada di kawasan letak kereta.
3) Tak Membebankan Bateri Kereta
Ramai yang tak berani nak gunakan dashcam dalam kereta kerana bimbang ia akan menjejaskan prestasi bateri kereta. Untuk gunakan sepenuhnya fungsi tambahan pada dashcam anda perlu menggunakan kit khusus untuk menyambungkan dashcam secara terus pada pendawaian kereta. Carilah dashcam yang mempunyai teknologi khas untuk melindungi bateri kereta anda!
Dashcam Kamatto K60 – Pilihan Pemandu Bijak!
Jika anda sedang mencari dashcam yang praktikal dan selamat pada harga berpatutan, dashcam Kamatto K60 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Semua ciri yang disenaraikan di atas ada pada dashcam ini seperti teknologi GuardVOLT yang berupaya melindungi jangka hayat bateri anda serta teknologi ClearVIS+ yang memberikan rakaman yang lebih jelas dan tajam berbanding dashcam lain di pasaran dengan resolusi 2K Ultra HD.