HomeBMNak Cari Hadiah Hari Ibu? 10 Idea Hadiah Ini Sesuai untuk Ibu...

Nak Cari Hadiah Hari Ibu? 10 Idea Hadiah Ini Sesuai untuk Ibu yang Selalu Memandu!

Haa, Hari Ibu dah dekat, anda semua dah cari hadiah untuk ibu anda ke belum? Dalam zaman moden ini, ramai ibu-ibu di luar sana yang banyak habiskan masa mereka dalam kereta. Jadi, kalau ibu anda kerap memandu, apa kata anda berikan mereka hadiah yang boleh beri mereka pengalaman memandu yang lebih selesa dan selamat. Dalam artikel ini kami senaraikan 10 hadiah Hari Ibu yang sesuai untuk ibu yang selalu memandu.

Artikel berkaitan: Ada Aksesori Kereta Ni, Travel dengan Anak Kecil Jadi Mudah!

1. Sunshade Kereta: Perlindungan daripada Matahari

hadiah hari ibu - wanita dalam kereta dengan sunshade

Mana-mana ibu yang selalu memandu pasti akan perlukan perlindungan daripada sinaran matahari yang terik. Pendingin hawa memang boleh bantu turunkan suhu dalam kereta tapi dengan cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun, ibu anda tak boleh mengelak daripada terkena sinaran matahari apabila memandu pada waktu pagi dan petang.

Dengan sunshade kereta yang sesuai, anda boleh lindungi ibu anda daripada cuaca panas dan ia juga boleh memberi privasi tambahan kepada ibu anda semasa memandu. Dapatkan sunshade kereta di sini.

2. Pemegang Telefon: Menjamin Pemanduan Selamat

pemegang telephone, phone holder kereta

Telefon bukan saja boleh digunakan untuk menghubungi orang yang tersayang, ia juga mempunyai aplikasi yang boleh memudahkan pemanduan anda seperti sistem navigasi, pemain muzik, dan pembayaran parkir. Tapi, menggunakan telefon semasa memandu adalah sangat berbahaya dan ibu anda boleh dikenakan saman yang mahal!

Hadiahkan ibu anda pemegang telefon yang sesuai agar merea boleh memandu dengan selamat tanpa sebarang gangguan. Pemegang telefon yang baik boleh memegang telefon pada aras mata dan senang untuk dipasang. Kalau ia dilengkapi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar lagi baik! Dapatkan pemegang telefon di sini.

3. Dashcam Kereta: Mata di Jalan Raya

dashcam kereta - hadiah hari ibu

Pada tahun 2023 saja, hampir 600,000 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh Malaysia dalam laporan oleh Astro Awani ini. Jadi, dashcam kereta memang sangat penting sebenarnya. Kalau anda mencari dashcam kereta yang sesuai sebagai hadiah untuk Hari Ibu, pastikan ia mampu merakam video pada definisi tinggi, mempunyai perspektif pandangan yang luas, serta boleh dikawal dengan mudah menggunakan telefon.

Dashcam kereta yang baik boleh melindungi ibu anda jika berlaku kemalangan atau daripada sebarang scam di jalan raya. Dapatkan dashcam kereta di sini.

Artikel berkaitan: 10 Dashcam Terbaik Di Malaysia

4. Bantal Penyokong Lumbar: Pandu dengan Selesa untuk Jangka Masa Lama

bantal sokongan lumbar

Untuk para ibu yang kerap memandu, mereka perlu duduk di dalam kereta untuk jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan rasa tak selesa pada bahagian pinggang dan boleh membawa kepada sakit belakang. Berikan ibu anda bantal penyokong lumbar yang direka khas untuk memberikan sokongan ergonomik, meningkatkan keselesaan, dan menggalakkan postur yang lebih baik semasa memandu.

Nak tahu apa ciri-ciri bantal penyokong lumbar yang baik? Pastikan ia menggunakan material yang selesa dan tidak menyerap haba serta mempunyai tali boleh laras agar mudah dipasang pada kerusi kereta dan sarung yang boleh dibasuh. Dapatkan bantal sokongan lumbar di sini.

5. Karpet Kereta: Tambah Gaya dalam Kereta

car floor mat

Nak pastikan kereta sentiasa bersih bukan mudah, lebih-lebih lagi jika kereta ibu anda masih menggunakan karpet kereta yang mudah kotor dan cepat menyerap air. Lagipun, cuaca di Malaysia sekarang tidak menentu, ada masa panas terik, ada masa hujan lebat.

Inilah sebabnya anda perlu berikan ibu anda satu set karpet kereta baharu yang mudah dijaga serta kalis air dan kotoran. Tambahan pula,karpet kereta jenis ini akan menambah gaya pada kereta ibu anda. Anda boleh dapatkan karpet kereta Kamatto di sini atau karpet kereta Trapo di sini

6. Jumpstarter Mudah Alih: Persediaan untuk Kecemasan

hadiah hari ibu - jumpstarter kereta mudah alih

Jika ibu anda kerap memandu bersendirian, hadiahkan mereka sebuah jumpstarter mudah alih yang boleh digunakan jika mereka mengalami masalah dengan bateri kereta. Produk ini biasanya bersaiz kompak dan boleh digunakan dengan mudah oleh sesiapa saja. Ia juga turut dilengkapi dengan port pengecasan untuk pelbagai peranti serta lampu suluh yang boleh digunakan jika anda terperangkap di kawasan yang gelap. Dapatkan jumpstarter mudah alih di sini.

7. Pembersih Vakum Kereta: Untuk Persekitaran Bebas Habuk & Debu

pembersih vakum kereta

Anda selalu lihat ibu anda bersusah payah mengelap bahagian dalaman kereta untuk menghilangkan habuk yang ada? Dapatkan sebuah pembersih vakum kereta agar anda boleh bantu ibu anda mengekalkan kebersihan keretanya.

Untuk mendapatkan pembersih vakum kereta yang baik, ia perlu mempunyai kuasa sedutan yang tinggi agar dapat menyedut semua jenis habuk dan debu. Ia juga mestilah bersaiz kompak dan tidak terlalu berat supaya boleh digunakan dengan mudah dalam kereta anda, seperti pembersih vakum kereta ini. Ingat, bila dah dapat pembersih vakum, jangan lupa pergi tolong ibu anda bersihkan kereta!

8. Cerek Mudah Alih: Nikmati Minuman Panas Bila-bila Masa

hadiah hari ibu - cerek portable

Ibu anda gemar minum teh atau kopi? Anda mungkin bercadang untuk memberinya termos, tapi bagaimana jika ada pilihan yang lebih baik? Hadiahkan ibu anda sebuah cerek mudah alih yang boleh digunakan untuk memasak, memanaskan, serta mengekalkan suhu sebarang cecair yang disimpan di dalamnya.

Bentuknya yang seperti sebuah termos menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana saja serta disimpan di dalam kereta. Dapatkan cerek mudah alih ini di sini.

9. Beg Alat Solek: Cantik Setiap Masa

beg make up, beg alat solek

Tak ada idea nak belikan hadiah apa untuk ibu anda? Apa kata anda berikan sebuah beg alat solek. Ini merupakan pilihan hadiah yang elegan dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ada banyak alat solek. Dengan hadiah ini, mereka boleh menyimpan alat solek kegemaran mereka dengan kemas di dalam kereta agar boleh digunakan apabila perlu.

Beg alat solek yang anda beli perlulah mempunyai saiz yang kecil untuk diletakkan di dalam kereta tetapi masih mampu memuatkan sejumlah keperluan solekan ibu anda. Selain itu, dapatkan beg yang mempunyai beberapa bahagian serta dibuat dengan material kalis air seperti beg alat solek ini

10. Penyusun Barang: Agar Kereta Kemas & Tersusun

organizer kereta

Mana ada ibu yang suka kereta dia bersepah. Berikan ibu anda sebuah penyusun barang untuk memastikan keretanya sentiasa kemas dan tersusun. Cari penyusun barang yang mempunyai banyak ruang penyimpanan, dibuat daripada material yang tahan lasak, serta mudah untuk dipasang. Anda boleh dapatkan penyusun barang ini pada harga yang sangat berpatutan.

Berikan ibu anda penghargaan setiap masa dan bukan saja semasa menyambut Hari Ibu. Mereka memberi kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi sepanjang mereka menjaga dan membesarkan anda, jadi ambil setiap peluang yang anda ada untuk raikan kerja keras dan dedikasi mereka yang telah banyak berkorban untuk anda.

Kami di CARSOME ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh Malaysia serta di seluruh dunia!

Artikel berkaitan: 9 Aksesori Kereta yang Anda Wajib Ada Sebagai Persediaan Kecemasan

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular