HomeBMDari Johor ke Kuala Lumpur: Tempat Makanan Sedap yang Wajib Singgah

Dari Johor ke Kuala Lumpur: Tempat Makanan Sedap yang Wajib Singgah

Malaysia kaya dengan lanskap hijau yang indah, tempat bersejarah yang boleh diterokai, dan paling penting, pelbagai makanan sedap yang wajib dinikmati bersama!

Jika anda merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru atau Singapura, anda akan melewati beberapa bandar dan tempat menarik yang terkenal dengan tarikan pelancongan dan hidangan makanan tempatan yang sedap.

Antara destinasi yang wajib ada dalam itinerari anda adalah Kluang, Muar, dan juga Melaka. Jom kita terokai apa makanan sedap yang boleh anda jumpai di kawasan-kawasan ini.

Bermula dari Johor Bahru, Pergi ke Kluang

Dari Johor Bahru, anda boleh pergi ke Kluang melalui lebuh raya PLUS kemudian keluar di persimpangan Ayer Hitam dengan bayaran tol sebanyak RM7.13. 

Kluang terkenal dengan warung kopi tradisional yang menyajikan hidangan kampung yang lazat. Apabila anda berhenti di Kluang, jangan lupa untuk pergi ke Kluang Rail Coffee yang berada di Stesen Kereta Api Kluang untuk menikmati kopi Kluang yang aromatik dan roti bakar yang rangup bersama kaya dan mentega yang berlemak. Kemudian, barulah teruskan perjalanan ke Muar.

Kemudian, Terus ke Muar

Dalam perjalanan menuju ke Muar, pastikan anda singgah di Parit Jawa untuk mencuba Asam Pedas Mak Pon. Hidangan ikan segar yang dimasak sempurna bersama kuah asam pedas yang masam-masam pedas pasti akan membangkitkan selera anda setelah seharian berada di dalam kereta. Bila perut dah kenyang, barulah hati senang nak teruskan perjalanan.

Kalau anda nak nikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan, pilih laluan tanpa tol apabila menggunakan Google Maps atau Waze. Dengan cara ini, anda akan dibawa melalui jalan dalam atau jalan kampung yang penuh dengan lanskap hijau yang indah. Perjalanan dari Kluang ke Muar melalui jalan dalam biasanya akan mengambil masa lebih kurang dua jam berbanding dengan satu jam 30 minit jika melalui lebuh raya.

Dah sampai di Muar, jangan lupa singgah di kedai Kopi 434 Muar yang popular dalam kalangan rakyat tempatan. Antara kopi menarik yang anda patut cuba di sini adalah Queen’s Coffee, Ice-Dripped Coffee, Kopi Musang, dan macam-macam lagi.

Jangan Lupa Singgah Melaka

Selain daripada menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia, Melaka juga dikenali sebagai syurga makanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Anda mesti pergi ke Baba Charlie Cafe untuk menikmati kuih-muih Baba Nyonya yang memang sinonim dengan masyarakat Melaka.

Ketika berada di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk terokai bandaraya bersejarah yang telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini. Lawati tarikan seperti Gereja St. Paul, Kota A Famosa dan juga Jonker Walk.

Destinasi Terakhir, Kuala Lumpur

Dah puas berjalan di Melaka, anda boleh menggunakan lebuh raya PLUS sekali lagi untuk terus pergi ke Kuala Lumpur melalui persimpangan Ayer Keroh. Perjalanan anda akan mengambil masa satu jam 30 minit dan kadar tol yang akan dikenakan apabila anda keluar melalui persimpangan Sungai Besi adalah RM12.87.

Dengan ini, tamatlah sudah perjalanan anda daripada Johor ke Kuala Lumpur yang dipenuhi pelbagai tempat persinggahan menarik dan makanan sedap yang mengenyangkan. Setelah menempuh perjalanan yang jauh seperti ini, penting sebenarnya untuk memastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik.

Jika anda sedang mencari perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kereta yang boleh dipercayai, apa kata anda ke PUSAT SERVIS CARSOME apabila berada di Kuala Lumpur nanti?

Kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif untuk memastikan kereta anda dapat berfungsi dengan baik. Buat tempahan sekarang atau terus pergi ke PUSAT SERVIS CARSOME untuk menikmati servis kereta pada harga yang sangat berpatutan dengan pengalaman suasana pusat servis yang selesa. 

Dapatkan Kereta Pramilik Berkualiti CARSOME Certified di Johor & Melaka

Sekaranglah masa terbaik untuk terokai keunikan negeri-negeri di selatan Malaysia yang dipenuhi dengan tinggalan sejarah dan juga pelbagai makanan sedap yang akan menambat selera anda. Jangan tunggu lagi, kemas beg anda, ambil kunci kereta, dan terus mulakan pengembaraan anda sekarang!

Nak pergi berjalan tapi tak ada kereta? Jangan risau, anda boleh dapatkan kereta pramilik berkualiti daripada CARSOME pada harga tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Tambahan pula, setiap kereta CARSOME Certified telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan ia selamat dan selesa dengan estetik yang telah dibaik pulih.

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta idaman anda hari ini! Atau, anda juga boleh singgah di pusat pengalaman kami yang berada di Johor, Melaka, dan Kuala Lumpur untuk terus pandu uji kereta yang anda mahu.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular