Apakah punca saman kereta?
Langgar had laju? Berhenti di petak kuning? Memandu dengan berbahaya?
Ya. Semua itu merupakan antara kesalahan jalan raya yang menyebabkan anda boleh kena saman. Tapi anda nak tahu tak apa lagi punca anda boleh disaman? Kerosakan pada kereta.
Betul. Anda tak salah baca dan saya tak salah tulis. Kereta yang rosak boleh menyebabkan anda kena saman oleh pihak polis trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebab itulah pentingnya untuk anda memeriksa kenderaan anda secara berkala. Untuk memastikan anda tidak disaman hanya untuk sebab yang tak masuk akal.
Ini merupakan senarai komponen kereta yang jika rosak atau tidak berfungsi boleh menyebabkan anda disaman oleh pihak berkuasa.
Senarai Kerosakan Kereta Yang Boleh Menyebabkan Anda Disaman
1. Hon
Ramai yang tak tahu, hon turut memainkan peranan penting terutamanya semasa dalam pemanduan. Hon bukanlah alat untuk mencari pasal tetapi sebagai alat untuk memberikan isyarat kepada kenderaan lain di atas jalan.
Bayangkan kalau anda memandu sebelah lori yang besar dan kebetulan anda berada di dalam zon titik buta lori tersebut. Kalau hon tidak berfungsi, bagaimana anda ingin memberi isyarat kepada lori tersebut? Hah! Kan penting hon dalam situasi ini.
Artikel berkaitan: Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!
Disebabkan itulah, jika hon kenderaan anda rosak atau tidak berfungsi, anda boleh dikenakan denda. Ini merupakan kadar denda bagi kesalahan kerosakan hon kenderaan:
Hari pertama – ke-15: RM70
Hari ke-16 – ke-30: RM120
Hari ke-31 – hari ke-60: RM200
2. Speedometer
Buat anda yang tak tahu, speedometer ini merupakan peranti yang menunjukkan kelajuan kereta anda bergerak. Selain itu, anda juga boleh memeriksa perbatuan kereta anda terkini.
Kerosakan pada speedometer boleh menyebabkan anda didenda. Ini ialah kadar denda minimum bagi kerosakan speedometer ialah RM100.
“Alah speedometer je pun! Takkanlah polis nak check!”
Anda mungkin fikir, penting sangat ke speedometer ini? Ini merupakan antara kepentingan speedometer yang mungkin ramai tak tahu:
- Speedometer membantu anda mengukur berapa laju anda memandu. Ini supaya anda boleh memandu ikut had laju yang ditetapkan di lebuh raya di seluruh Malaysia
- Bagi menguji kereta anda, anda mungkin perlu memandu pada kelajuan tertentu. Untuk mengetahui selaju mana kereta anda sedang bergerak, speedometer sangat membantu anda bagi tujuan ini.
Perbatuan kereta akan menentukan jenis servis yang bagaimana harus dijalankan. Jika perbatuan pada speedometer tidak tepat, bagaimana mekanik ingin tentukan servis apa yang patut dibuat. Kalau salah servis, keselamatan anda juga yang akan terancam!
3. Lampu Brek Ketiga
Lampu brek ada dua. Pertamanya terletak pada bahagian belakang kereta kiri dan kanan. Yang keduanya terletak pada bahagian atas cermin belakang kereta yang dikenali sebagai lampu brek ketiga.
Sumber: Siakap Keli
Kenapa pentingnya lampu brek ketiga ini? Apabila dalam cuaca buruk dengan pandangan yang kabur, mata manusia hanya akan tertumpu pada bahagian tengah sahaja. Disebabkan kedudukan lampu brek ketiga ini terletak pada bahagian tengah atas cermin belakang, ia akan lebih mudah kelihatan pada pandangan pemandu lain di belakang kereta anda.
Disebabkan betapa pentingnya lampu brek ketiga ini, ia menjadi satu kesalahan apabila lampu brek ketiga ini tidak berfungsi dengan baik. Anda boleh disaman dengan kadar minimum RM150 jika lampu brek ketiga anda rosak!
4. Bilah Pengelap Kereta Patah/Rosak
Ya, jangan berasa pelik apabila anda baca ini. Kalau bilah pengelap kereta (wiper) rosak, anda boleh kena saman. Tapi sebelum anda merentan tak tentu pasal, mari kami ceritakan betapa pentingnya bila pengelap tingkap ini.
Bayangkan anda memandu dalam hujan lebat. Air hujan tak henti menimpa cermin kereta menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur semasa memandu. Yang boleh membantu penglihatan anda ialah bilah pengelap tingkap. Sekurang-kurangnya ia membantu menambah baik penglihatan apabila air cermin pada cermin digilap.
Berapa denda kalau bilah pengelap tingkap rosak? Ini merupakan kadar dendanya:
Hari pertama – ke-15: RM150
Hari ke-16 – ke-30: RM200
Hari ke-31– hari ke-60: RM250
Nak jimat? Tukar saja bilah pengelap tingkap yang telah rosak itu. Belanja pun tak sampai RM50.
Artikel berkaitan: DIY Kereta: Cara Tukar & Pasang Wiper Kereta
5. Cermin Tingkap Retak
Cermin retak? Anda boleh kena saman! Ya, keretakan cermin boleh menyebabkan anda disaman oleh pihak JPJ.
Artikel berkaitan: Apa Nak Buat Jika Anda Perlu Pecahkan Cermin atau Tingkap Kereta?
Jika retak yang ada itu sedikit, anda boleh membaikinya. Ada banyak kedai yang boleh membaiki keretakan kecil yang berlaku. Tapi jika keretakannya terlalu besar, tukar sajalah untuk mengelakkan musibah yang lebih besar terjadi.
6. Kereta Yang Berada Dalam Keadaan Yang Tak Baik
Untuk yang ini pula, bukan setakat bila wiper yang rosak tapi hampir keseluruhan kereta berada dalam keadaan yang tak baik.
Kerosakan seperti pada bahagian tayar, pintu kereta, cermin hadapan, dan banyak lagi bahagian kereta yang rosak. Kerosakan-kerosakan yang ada menjadikan kereta tidak lagi selamat untuk dipandu di atas jalan raya.
Anda boleh dikenakan denda sehingga RM250 jika memandu kenderaan dengan kerosakan yang teruk atau berada dalam keadaan yang tidak baik.
Untuk kereta yang dah rosak teruk ini, lebih baik jangan dipandulah. Ia bukan saja membahayakan nyawa anda tetapi juga nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Artikel berkaitan: Ini Apa Yang Boleh Anda Buat Dengan Kereta Yang Dah Lama Tersadai
Baiki Kereta Anda Di Bengkel Ini, Anda Takkan Kena Scam!
Antara ketakutan ramai pemilik kereta apabila kereta mereka rosak adalah takut kena tipu apabila ingin hantarkan ke bengkel. Mana taknya, banyak kes penipuan bengkel kereta yang tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!
Kalau anda takut kena tipu masa nak hantarkan kereta anda untuk dibaiki, apa kata anda pilih saja untuk hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME!
Ini sebabnya mengapa anda wajib patut jadikan Pusat Servis CARSOME ini pilihan utama kalau nak baiki kereta anda:
- Caj pembayaran yang telus
- Hanya menggunakan alat ganti tulen
- Mekanik yang terlatih
Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki.
Kalau anda nak hantar kereta anda untuk diservis pun boleh, nak datang terus pun boleh juga. Nak lagi mudah? Apa kata anda buat dulu temu janji DI SINI, tak adalah anda kena menunggu lama bila dah sampai kat sana nanti
Layari Pusat Servis CARSOME atau klik sini untuk mengetahui lokasi Pusat Servis CARSOME!