Setelah sekian lama mencari, anda berjaya dapat kerja di Kuala Lumpur! Tempat tinggal sudah ada, kerja baru pun sudah dapat, kini anda cuma perlu cari sebuah kereta untuk membantu anda melalui kehidupan di kota raya ini.
Memandangkan anda baru sahaja mula bekerja, anda memutuskan untuk membeli kereta terpakai untuk dapatkan kereta impian anda pada harga yang berpatutan. Tetapi, membeli kereta terpakai tanpa perancangan yang betul boleh berakhir dengan pelbagai masalah.
Berikut merupakan perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelak daripada melakukan kesilapan semasa membeli kereta terpakai di masa hadapan.
Drama Kereta 1: Jatuh Cinta Dengan Kereta Di Luar Bajet Anda
Memang mudah untuk jatuh cinta dengan sebuah kereta pada pandangan pertama, tetapi menguruskan bajet anda untuk menjaga kereta tersebut mungkin sukar, terutama sekali tanpa perancangan yang betul.
Sebelum membeli kereta, adalah penting untuk mempertimbangkan jumlah yang boleh anda peruntukkan untuk bayaran seperti ansuran bulanan dan juga kepentingan lain yang berkaitan seperti insurans, minyak, dan penyelenggaraan.
Cara mudah untuk tetapkan bajet anda ialah dengan menggunakan peraturan belanjawan 50-30-20 seperti berikut:
- 50 peratus perlu dibelanjakan untuk keperluan seperti bayaran pinjaman kereta, pinjaman rumah, bil, barangan runcit, dan seumpamanya.
- 30 peratus pula boleh diperuntukkan untuk kemahuan seperti percutian, kasut baharu, atau gajet baharu.
- 20 peratus lagi boleh diketepikan sebagai simpanan bagi kegunaan masa hadapan seperti penyelenggaraan kereta.
Dengan cara ini, tidak kira kereta apa yang anda pilih, anda tidak perlu risau tentang penyelenggaraan dan kerosakan yang berlaku secara tiba-tiba kerana anda telah memperuntukkan dana anda dengan betul untuk membolehkan anda menampung kos tersebut.
Satu lagi cara untuk mendapatkan kereta impian anda tanpa perlu risau tentang bayaran ansuran bulanan adalah dengan membayar deposit yang tinggi. Sediakan deposit sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus dan ini dapat mengurangkan bayaran bulanan anda dengan ketara.
Anda juga boleh menggunakan kalkulator pinjaman kereta di platform dalam talian seperti Carsome untuk mengira dan memadankan bajet anda dengan kereta yang akan anda pilih untuk mengelak dari terjebak dengan masalah kewangan di masa hadapan.
Drama Kereta 2: Berhubung Dengan Platform Yang Tidak Memenuhi Kehendak Anda
Apabila anda sudah mempunyai bajet, anda harus mencari platform yang boleh dipercayai dan dapat memenuhi kehendak anda semasa membeli kereta. Anda boleh memilih antara pengedar kereta terpakai tradisional atau platform dalam talian.
Jika anda menikmati aktiviti sosial, suka berjumpa dengan orang lain, dan tidak kisah untuk berjalan jauh, anda boleh memilih untuk mencari kereta impian anda di pengedar kereta terpakai tradisional.
Tetapi, tanpa perancangan yang betul, ia boleh bertukar menjadi pengalaman yang sukar. Membandingkan harga kereta, berunding dengan penasihat jualan, memeriksa kereta, dan menyelesaikan kertas kerja akan mengambil masa dan usaha yang banyak.
Tambahan pula, anda juga mungkin tidak pasti sama ada kereta yang anda pilih itu telah diperiksa secara profesional untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.
Walau bagaimanapun, dengan platform dalam talian seperti Carsome, anda boleh mencari kereta terpakai berkualiti dalam keselesaan rumah anda sendiri. Semua kereta Carsome Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan kereta yang disenaraikan berkualiti tinggi.
Selain itu, anda juga boleh pandu milik kereta pilihan anda dengan Carsome. Jika anda mendapati kereta yang telah dibeli tidak sesuai dengan anda, pulangkan kepada kami dan anda akan mendapat bayaran balik penuh dengan jaminan pulangan wang dalam 5 hari dari kami.
Proses membeli kereta juga sangat mudah di Carsome kerana semua kertas kerja akan diuruskan oleh kami dan kami juga akan menghantar kereta anda terus ke rumah anda.
Menempah sesi pandu uji juga lebih mudah dengan Carsome. Anda cuma perlu layari laman web kami, pilih kereta yang anda ingin pandu uji, dan pilih masa yang sesuai di Carsome Experience Center yang berhampiran dengan anda.
Jelas sekali bahawa platform dalam talian memberikan anda kebebasan penuh dalam usaha anda untuk membeli kereta terpakai.
Drama Kereta 3: Hidup Bersama Kereta Bermasalah
Sangat penting bagi anda untuk memastikan bahawa kereta yang anda rancang untuk beli tinggi kualitinya supaya anda tidak perlu menanggung kos pembaikan yang tinggi di masa hadapan.
Kereta terpakai yang menarik minat anda mungkin mempunyai bahagian luaran yang sangat cantik, tetapi anda juga harus mengetahui keadaan dalamannya juga. Jadi, di sini laporan pemeriksaan memainkan peranan yang sangat penting.
Apabila berada di pengedar kereta, jangan biarkan penasihat jualan yang kacak mengalih perhatian anda daripada meneliti laporan pemeriksaan sambil memeriksa kereta tersebut untuk sebarang kerosakan yang akan merugikan anda di masa hadapan.
Anda boleh meminta bantuan penasihat jualan untuk memeriksa kereta yang anda mahu beli tetapi mereka mungkin tidak mahir dengan perkara yang perlu dilakukan semasa membuat pemeriksaan.
Selain itu, anda juga mungkin tidak tahu soalan yang betul untuk ditanya tentang kereta yang akan anda beli. Seeloknya, bawalah seseorang yang lebih berpengalaman dan boleh anda percayai untuk membantu, seperti keluarga atau kawan anda.
Namun demikian, dengan platform dalam talian seperti Carsome, hanya kereta terpakai berkualiti yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat sahaja ditawarkan kepada anda.
Di samping itu, semua kereta yang dijual oleh Carsome disertakan dengan laporan pemeriksaan 175-titik yang teliti yang menampilkan gambar yang sangat jelas dan ada juga yang didatangkan dengan gambaran 360-darjah untuk memastikan ketelusan penuh apabila anda membeli kereta dalam talian dengan kami.
Drama Kereta 4: Terlepas Peluang Mengenali Kereta Semasa Pandu Uji
Anda mungkin berfikir bahawa kereta berfungsi dengan baik selagi enjinnya dapat dihidupkan. Keadaan enjin sahaja tidak memadai untuk menentukan sama ada keadaan sesebuah kereta itu elok atau tidak.
Memandu uji kereta yang anda bercadang untuk beli adalah sangat penting. Ia dapat memberi anda peluang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta itu dan anda juga berpeluang untuk mengetahui sama ada kereta itu sesuai atau tidak dengan gaya pemanduan dan keperluan anda.
Sesi pandu uji juga membolehkan anda untuk membiasakan diri dengan semua ciri yang ada pada kereta yang akan anda beli. Anda boleh teroka setiap ciri-ciri yang ada pada kereta itu dan anda juga boleh bertanya terus kepada pemilik jika anda ada sebarang kemusykilan.
Artikel berkaitan: Pandu Uji: Jangan Beli Kereta Terpakai Tanpa Langkah Penting Ini
Drama Kereta 5: After-Sales Service Yang Kurang Memuaskan
Ramai yang tidak mengendahkan after-sales service semasa membeli kereta. Ini merupakan kesilapan biasa yang akan membawa kepada mimpi buruk dalam pemilikan kereta di masa hadapan.
After-Sales Service, seperti waranti atau pakej servis, adalah sangat penting kerana ia dapat melindungi kereta anda, terutama sekali jika kereta anda mengalami kerosakan. Ia menjadi lebih penting apabila kerosakan melibatkan komponen penting kereta seperti enjin, transmisi, dan rangka kereta kerana komponen-komponen ini sangat mahal untuk diganti.
Walaupun sesetengah pengedar ada menyediakan pakej after-sales service, harganya mungkin sedikit mahal dan anda mungkin tidak dapat mencari pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Inilah sebabnya Carsome menawarkan pakej after-sales service yang berpatutan untuk memberi ketenangan fikiran kepada anda.
Selain itu, Carsome juga menawarkan Carsome Promise yang merangkumi waranti satu tahun dan juga jaminan pulangan wang dalam lima hari.
Dengan cuaca dan keadaan trafik yang tidak menentu, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan pakej after-sales service yang baik. Bayangkan kereta yang anda baru sahaja beli, habis rosak akibat ditenggelami banjir secara tiba-tiba. Sedih dibuatnya.
Membeli kereta dalam talian mempunyai lebih banyak faedah berbanding cara tradisional. Ia lebih pantas dan anda juga boleh membawa pulang kereta idaman anda pada hari yang sama atau anda boleh memilih untuk penghantaran terus ke rumah anda. Prosesnya juga sangat mudah kerana semua kertas kerja akan diuruskan oleh Carsome.
Apatah lagi, Carsome juga menawarkan waranti satu tahun dan jaminan pulangan wang dalam 5 hari untuk memberikan ketenangan fikiran bagi pembelian anda!
Untuk Ketenangan Fikiran, Carsome Je Lah
Dalam usaha untuk memudahkan pembelian kereta terpakai, Carsome menawarkan perkhidmatan yang cekap dan lancar agar anda dapat mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tinggi dengan senang. Begini cara ia berfungsi.
Cara Membeli Kereta Terpakai Berkualiti Dengan Carsome
Membeli kereta terpakai dengan Carsome sangat mudah. Hanya dengan beberapa langkah berikut, anda akan dapat memiliki kereta terpakai yang berkualiti:
- Pilih dari inventori kereta terpakai berkualiti kami yang besar: Cari kereta yang anda mahu di carsome.my/buy-car. Seperti yang telah kami nyatakan, semua kereta kami disertakan dengan laporan pemeriksaan yang teliti, jadi anda boleh semak laporan tersebut untuk mengetahui keadaan kereta yang anda minati.
- Pandu uji: Setelah membuat pilihan kereta, anda boleh menempah sesi pandu uji secara dalam talian. Cuma hantar butiran anda dan Konsultan Carsome akan menghubungi anda untuk mengaturkan sesi pandu uji di Carsome Experience Center yang berhampiran.
- Dapatkan kereta anda: Jika kereta tersebut menepati citarasa anda, anda boleh meneruskan dengan proses pembelian. Bayaran boleh diselesaikan dengan pelbagai pilihan kaedah pembayaran yang kami sediakan dan kertas kerja juga akan diuruskan oleh pihak kami. Setelah selesai, kereta akan dihantar terus ke rumah anda atau anda boleh memilih untuk mengambilnya sendiri.
Kereta Carsome Certified Dijamin Berkualiti Tinggi
Kereta kami yang paling laris adalah kereta Carsome Certified. Kereta ini didatangkan dengan Carsome Promise untuk menjamin ketenangan fikiran buat pelanggan kami. Inilah Carsome Promise kami:
- Pemeriksaan 175-titik: Semua kereta dijamin lulus pemeriksaan 175-titik kami yang ketat untuk memastikan ianya bebas dari kemalangan dan juga kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir.
- Waranti satu tahun: Kami akan memberi anda perlindungan pada tahun pertama untuk ketenangan fikiran anda.
- Jaminan pulangan wang 5 hari: Jika anda mengubah fikiran tentang kereta anda, kembalikan sahaja kepada kami dan anda akan mendapat pulangan wang penuh dalam masa lima hari.
- Harga tetap: Anda hanya akan membayar harga yang telah kami paparkan, tanpa sebarang bayaran tersembunyi.
Jadi, jika anda bersedia untuk membeli kereta dengan Carsome, kami sedia membantu. Dapatkan lebih banyak penjimatan untuk pembelian anda dengan melihat promosi bulanan kami.
Artikel berkaitan: Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Untuk Remaja