HomeBMKadar Faedah Rendah & Diskaun Istimewa untuk Pembeli Kereta Kali Pertama Sepanjang...

Kadar Faedah Rendah & Diskaun Istimewa untuk Pembeli Kereta Kali Pertama Sepanjang Januari Hingga Mac 2024!

Bukan mudah nak mulakan hidup baru sebagai seorang pelajar dan juga pekerja. Ada banyak benda yang perlu difikirkan seperti belanja makan minum, rumah sewa, keperluan harian, dan banyak lagilah.

Nak beli kereta sendiri untuk kegunaan harian juga bukannya murah, anda perlu ambil kira bayaran bulanan, bayaran pendahuluan, dan macam-macam lagi. Tapi, macam mana kalau anda boleh dapatkan kereta yang anda mahu dengan kadar faedah yang istimewa dan juga diskaun yang menarik?

Kalau anda termasuk dalam golongan pelajar, graduan baharu, dan pekerja baharu yang nak beli kereta untuk kali pertama, CARSOME ada tawaran istimewa untuk bantu anda dapatkan kereta idaman anda!

Artikel berkaitan: Kereta Jimat Minyak, Harga Murah Berbaloi Bawah RM50K Pilihan Rakyat Malaysia

Public Bank Berhad Tawarkan Kadar Faedah Serendah 2.68% untuk Pembelian Kereta CARSOME Certified!

Khas untuk pelanggan CARSOME yang berumur daripada 21 hingga 30 tahun dan merupakan seorang pelajar, graduan baharu, atau yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan, Public Bank Berhad menawarkan kadar faedah yang sangat rendah untuk pembelian kereta CARSOME Certified, iaitu serendah 2.68 peratus!

pertama kali beli kereta, young man in car happy

Dengan kadar faedah yang rendah ini, anda boleh dapatkan kereta terpakai berkualiti untuk kegunaan harian anda tanpa perlu membayar bayaran bulanan yang tinggi!

Kalau anda berminat nak dapatkan promosi ini, klik pautan ini dan isikan maklumat yang diperlukan agar Konsultan CARSOME kami boleh hubungi anda untuk membantu anda dapatkan kereta terpakai yang anda mahu.

Pelanggan Baharu CARSOME Boleh Dapatkan Diskaun Tambahan RM800

Tambahan pula, jika anda merupakan pelanggan baharu CARSOME, anda bukan sahaja boleh menikmati kadar faedah yang rendah dengan Public Bank Berhad, tetapi anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan RM800 untuk pembelian kereta CARSOME Certified anda!

Kalau anda belum pernah beli kereta dengan CARSOME, apa yang anda tunggu lagi? Inilah masa terbaik untuk dapatkan kereta idaman anda pada harga mampu milik.

Diskaun Tambahan RM1,000 untuk Pelajar & Graduan Baharu Daripada Universiti Terpilih

Macam mana pula kalau anda seorang pelajar ataupun graduan yang baru saja menamatkan pengajian? Anda boleh nikmati diskaun tambahan sebanyak RM1,000 untuk pembelian kereta CARSOME Certified jika anda memohon pinjaman dengan Public Bank Berhad!

Tetapi, sila ambil perhatian yang diskaun tambahan ini hanya terpakai untuk pelajar yang berdaftar dalam aplikasi UniLah dan juga pelajar daripada institusi pengajian tinggi yang terpilih di bawah ini sahaja:

  • Sunway University
  • Asia Pacific University

Bagi mendapatkan kadar faedah yang rendah dan diskaun tambahan ini, anda cuma perlu sediakan dokumen-dokumen berikut semasa membuat permohonan pinjaman dan konsultan CARSOME kami akan uruskan semuanya untuk anda:

  • Surat tawaran pekerjaan atau;
  • Surat tawaran ke universiti atau;
  • Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda.

Promosi khas untuk para pembeli yang pertama kali nak beli kereta ini akan berlangsung daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2024. Sekaranglah masa yang terbaik kalau anda nak beli kereta terpakai berkualiti pada harga yang paling berbaloi!

Artikel berkaitan: Pinjaman Kereta Ditolak? Ketahui Cara untuk Membeli Kereta Sebagai Graduan Baharu

Pilih Kereta CARSOME Certified untuk Ketenangan Jiwa Anda!

Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah menjalani proses baik pulih secara menyeluruh di CARSOME Certified Lab yang merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta.

Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Semua ini dilakukan untuk memastikan kereta kami selamat, selesa, dan mempunyai estetik yang telah dibaik pulih. Untuk menjamin ketenangan jiwa anda juga, semua kereta CARSOME Certified turut didatangkan dengan janji berikut:

  • Waranti lanjutan 1 tahun: Pelan waranti percuma kami merangkumi perlindungan menyeluruh untuk kereta dengan sokongan profesional dan proses tuntutan yang mudah.
  • Jaminan pulangan wang dalam 5 hari: Jika anda berubah fikiran mengenai pembelian kereta anda, pulangkan sahaja kereta kepada kami untuk dapatkan pulangan wang dalam lima hari.
  • Harga tetap, tanpa bayaran tersembunyi: Harga yang anda lihat di CARSOME adalah harga sebenar kereta yang sudah termasuk bayaran pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran pertukaran hak milik, dan bayaran permohonan pinjaman.

Tempah kereta idaman anda secara percuma di carsome.my atau melalui aplikasi kami. Anda juga boleh terus datang ke mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME berhampiran anda untuk pandu uji kereta yang anda mahu. Kalau anda perlukan bantuan, konsultan kami yang mesra sentiasa bersedia membantu anda. Jumpa anda di sana!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular