HomeAutomotiveSelamat Tinggal Touch n’ Go? Plaza Tol Akan Mula Terima Bayaran Guna...

Selamat Tinggal Touch n’ Go? Plaza Tol Akan Mula Terima Bayaran Guna Kad Debit dan Kredit

Pernah tak anda impikan hari di mana anda tak perlu bergantung kepada kad Touch n’ Go untuk bayar tol? Sekarang ia bukan sekadar mimpi kerana ia akan menjadi kenyataan apabila projek sistem pembayaran terbuka di plaza tol akan beroperasi tak lama lagi! 

Pihak Kementerian Kerja Raya telah mengusahakan inisiatif agar pihak konsesi tol dan lebuh raya untuk menambahkan sistem pembayaran terbuka bagi kemudahan pengguna jalan raya.

Artikel berkaitan: Akhirnya Selepas 20 Tahun! Kerajaan Umum Pertimbangan Semula Monopoli Touch ‘n Go

Apa itu sistem pembayaran terbuka? Pembayaran terbuka ini menawarkan pilihan kepada pengguna jalan raya untuk mengguna cara pembayaran lain bagi melalui tol. Kalau sebelum ini, ada dua bentuk pembayaran saja diterima iaitu secara tunai ataupun menggunakan kad Touch n’ Go. Dengan sistem pembayaran ini, bayaran menggunakan kad debit dan kredit juga akan diterima bagi bayaran di plaza tol.

Sebelum ini, kami ada menjangkakan projek sistem pembayaran terbuka ini akan diperkenalkan di plaza tol lebuh raya tertentu menjelang September 2023. Tetapi projek ini nampaknya mungkin akan dilaksanakan lebih awal berbanding jangkaan dan janji daripada Perdana Menteri. 

Artikel berkaitan: Nak Balik Kampung? Ini 10 Servis Yang Wajib Anda Buat Sebelum Pulang Beraya!

Senarai Plaza Tol Yang Terima Pembayaran Guna Kad Debit & Kredit

Untuk permulaan, Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan sebanyak 12 lebuh raya akan memulakan projek sistem pembayaran terbuka ini iaitu: 

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) 
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)

Selamat Tinggal Touch n’ Go? 

Jadi, apa yang akan jadi dengan Touch n’ Go dengan perkembangan baharu ini? Adakah ini bermakna ramai yang akan menggunakan kad debit dan kredit untuk membayar tol? 

Pada pendapat kami, anda boleh gunakan apa saja bentuk pembayaran yang anda mahu tetapi tak salah kan kalau anda ada ‘back up’ andai kata salah satunya tak berfungsi. Katakanlah anda lebih suka gunakan kad debit dan kredit, jadikanlah Touch n’ Go itu sebagai alternatif sekiranya ada kecemasan berlaku seperti kehilangan kad bank. Dan juga sebaliknya. 

Apa pun, ini merupakan perkembangan terbaik bagi pengguna jalan raya pada tahun ini setelah bertahun-tahun terpaksa bersabar dengan pilihan pembayaran yang terhad. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat antara penyedia kemudahan untuk berlumba-lumba menyediakan manfaat yang terbaik bagi pengguna jalan raya. 

Pada akhirnya, anda sebagai pengguna jalan raya juga akan memperoleh macam-macam manfaat nanti!

Apa pendapat anda? Adakah anda akan memilih untuk menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol ataupun anda masih akan setia dengan kad Touch n’ Go anda? 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular