Ladang dan kebun di Malaysia tidak seperti di luar negara. Jalan nak masuk ke dalam kebun atau ladang di Malaysia kebanyakannya perlu melalui hutan/semak tebal dan juga jalan tidak berturap. Jadi, kalau anda guna kereta sedan untuk lalu jalan off road ini, alamatnya kereta akan tersangkut dalam tanah!
Jadi, kereta apa yang sesuai untuk lalu jalan off road masuk kebun? Sudah tentulah kereta tahan lasak, tinggi dengan binaan yang kukuh. Ada dua pilihan yang anda boleh pertimbangkan iaitu SUV dan juga trak 4X4.
Sumber: Kosmo Digital
Jadi, kalau anda ada memiliki tanah kebun, ladang ataupun dusun dan perlukan kereta untuk masuk ke sana, ini kami senaraikan antara kereta yang sesuai untuk anda.
Kereta Off Road Yang Sesuai Untuk Masuk Kebun
1. Toyota Hilux 2.4 2021
Trak lagenda yang dah jadi identiti kenderaan ‘powil’di Malaysia. Apa lagi kalau bukan Toyota Hilux. Atau bahasa panggilan orang ramai, ‘Hailak’.
Apa saja kereta buatan Toyota, tak kira sama ada sedan ataupun trak, ia akan jadi kenderaan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Kalau tak, kenapa Toyota Hilux menjadi antara kereta 4X4 yang paling senang untuk ditemui di atas jalan, kan?
Bagi model tahun 2021 ini, ia merupakan jentera berkuasa diesel dengan enjin 2.4cc. Dengan ground clearance sebanyak 286mm, anda nak redah sungai pun boleh! Nak lalu jalan off road masuk kebun pun boleh sangat!
Model Hilux ini di CARSOME telah dibaik pulih di CARSOME Certified Lab jadi kereta ini berada dalam keadaan yang terbaik untuk kegunaan anda!
Anda boleh periksa model ini DI SINI.
Artikel berkaitan: Mitos Kereta Bahagian 1: Betul atau Salah? Jom Tebak Mitos Kereta Yang Selalu Anda Dengar!
2. Mitsubishi Triton VGT 2.4 2021
Jentera yang gagah dengan rupa yang ‘hensem’. Itulah dia Mitsubishi Triton. Kita semua tahu bahawa hampir semua jentera keluaran Mitsubishi ini lasak dan kukuh. Jentera ini kecil sedikit berbanding Toyota Hilux dan disebabkan itu ia sebenarnya lebih sesuai untuk kegunaan harian.
Disebabkan ia lebih kecil berbanding trak 4X4 yang lain, ia mudah dipandu serta sesuai untuk pemanduan dalam bandar. Ia juga lebih senang diparkir.
Ada jual ke kat CARSOME? Mestilah ada!
Kami ada varian biasa iaitu Mitsubishi Triton VGT 2.4 2021. Jangan risau bab keadaan sebab semua kereta CARSOME Certified telah melalui proses baik pulih di CARSOME Certified Lab untuk menjamin kualiti serta ketenangan minda anda.
Nak tahu berapa harga dia, anda boleh tinjau DI SINI.
3. Ford Ranger XLT+ High Rider 2.0
Bajet tak ‘keras’ tapi anda nak guna 4X4? Anda bertuah sebab anda dah baca artikel ini. Perkenalkan Ford Ranger XLT+ High Rider 2.0, jentera ‘muscle’ keluaran negara Amerika Syarikat. Sangat boleh diharap dan sangat kukuh. Tengok badan pun dah tahu, ini bukan calang-calang punya kereta.
Dalam banyak-banyak kereta, ini antara kereta dengan bilangan gear paling banyak. Berapa? 5? 6? Bukan. Jentera ini ada 10 gear! Kenapa nak kena ada banyak-banyak gear?
Ketika anda menukar gear dengan lebih kerap, anda akan memastikan kilasan (RPM) kereta anda di tahap optimum. Kereta anda akan dapat dipandu dengan lebih lancar terutama sekali jika anda ingin menunda menggunakan jentera ini.
Jadi, kalau anda pekebun atau peladang yang ada nak kena tunda treler sambungan, inilah pilihan yang paling sesuai untuk anda.
Kalau jentera asal Amerika, mesti mahal gila kan? Oh tidak! Kami ada satu model ini, harganya mesra rakyat. Nak tahu berapa? Tak mahal, harga bawah RM100,000 saja! Anda boleh lihat DI SINI.
4. Proton X70 TGDI Premium 1.8
Boleh ke SUV guna untuk lalui jalan off road masuk kebun? Kenapa pula tidak? Tetapi ia bergantung kepada keadaan jalan menuju ke kebun atau ladang itu. Kalau jalan tanah biasa dan bukannya tanah selut, SUV pun dah cukup memadai.
Kami ada SUV yang sesuai untuk anda, apa lagi kalau bukan SUV kebanggaan Malaysia, Proton X70 TGDI Premium. Walaupun cuma dikuasakan oleh enjin 1.8 cc saja tetapi ia dilengkapi dengan pengecas turbo. Cukuplah untuk tambahkan sedikit anjakan kuasa kalau nak melalui jalan yang sukar sikit.
Apa yang membuatkan Proton X70 ini sesuai untuk dijadikan kereta masuk kebun? Kerana ia dilengkapi dengan ciri Hill Descent Control. Ciri ini membolehkan anda mengawal kenderaan dengan lebih baik apabila menuruni jalan menurun yang curam.
Kami ada beberapa unit X70 untuk dijual dan salah satu daripadanya anda boleh lihat DI SINI.
Artikel berkaitan: Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM 123,800!
5. Perodua Myvi
Tak, jangan gunakan kereta sedan atau hacbek untuk masuk ke kebun lagi-lagi jika jalan menuju ke kebun itu tidak berturap dan tak rata. Jalan off road seperti jalan kebun boleh sebabkan kerosakan yang mahal kepada kereta anda!
Sumber: The Vocket
Walaupun pernah tular kemampuan sebuah Myvi masuk ke dalam kebun tetapi jangan sesekali buat perkara yang sama menggunakan kereta anda! Melainkan kebun anda itu sebelah jalan raya atau sebelah rumah nenek anda yang boleh dimasuki kenderaan biasa.
Ada banyak kemungkinan boleh berlaku kalau anda gunakan kereta sedan atau hacbek untuk lalui jalan tak rata serta berselut seperti kerosakan sistem ampaian kenderaan, tayar pecah, kerosakan pendakap enjin serta berbagai-bagai lagi kerosakan yang boleh berlaku.
Jadi, janganlah bertindak di luar kawalan dan gunakan kereta yang sesuai untuk ke dalam kebun atau ladang.
Kereta Off Road Bajet Untuk Kebun
Nak cari trak 4X4 atau SUV untuk masuk kebun atau ladang? Cari saja di CARSOME! Sebenarnya ada banyak lagi pilihan trak 4X4 dan juga SUV yang sesuai untuk apa-apa bajet. Kereta CARSOME Certified ialah kereta yang dijamin kualitinya kerana:
- Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. Harga yang dipaparkan sudah termasuk pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran pertukaran hak milik, kos permohonan pinjaman dan juga waranti satu tahun.
- Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya! Anda pun tak perlu pening-pening nak fikirkan alasan dah!
- Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.
Kesemua kereta CARSOME juga telah melalui proses baik pulih di CARSOME Certified Lab jadi anda tak perlu tak perlu risau dengan kualiti dan keadaan kereta. Hanya kereta yang telah melepasi pemeriksaan ketat 175-titik saja yang akan dibaik pulih.
Nak tahu promosi terkini yang CARSOME adakan atau anda nak cari kereta yang sesuai dengan keperluan anda? Layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME di telefon pintar anda.
Anda juga boleh kunjungi mana-mana Pusat Pengalaman atau Pusat Pemeriksaan CARSOME di seluruh Malaysia untuk membeli atau meninjau kereta yang anda ingini!