Di CARSOME, bila-bila masa saja adalah masa yang terbaik untuk beli kereta dengan kami. Anda tak perlu tunggu musim perayaan atau hujung tahun untuk dapatkan kereta idaman anda kerana kami menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk anda setiap bulan.
Bukan itu saja, anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan pada masa terhad jika anda membeli kereta semasa CARstomer Day – hari istimewa di mana kami menawarkan penjimatan lebih untuk anda sempena Hari Bersama Pelanggan Kami!
Jom lihat apa yang anda boleh dapat bila anda menghadiri Hari Bersama Pelanggan CARSOME.
Apa yang CARSOME Tawarkan Semasa CARstomer Day?
Ada Banyak Pilihan Kereta untuk Anda Terokai!
Anda boleh terokai pelbagai pilihan kereta yang popular di CARstomer Day daripada jenama seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, dan banyak lagi. Jadi, anda boleh gunakan peluang ini untuk membuat perbandingan antara jenama dan model yang berbeza di CARSOME Experience Center yang terpilih.
Boleh Dapat Diskaun Menarik untuk Masa Terhad!
Tarikan utama CARstomer Day adalah diskaun dan promosi menarik yang anda boleh nikmati untuk waktu terhad di CARSOME Experience Center yang terpilih. Ini bermakna anda boleh dapatkan tawaran yang lebih baik apabila menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai berkualiti semasa CARstomer Day berbanding dengan hari biasa.
Lebih Ramai Konsultan untuk Membantu Anda!
Daripada pemeriksaan, pandu uji, hingga pembelian – anda boleh buat semuanya di CARstomer Day. Semasa CARstomer Day nanti, lebih ramai Konsultan CARSOME akan ditugaskan untuk membantu pelanggan yang menghadiri Hari Bersama Pelanggan CARSOME supaya proses pembelian dan penjualan dapat berjalan dengan lebih lancar.
CARstomer Day Akan Berlangsung di CARSOME Experience Center Terpilih Dari 10 Hingga 12 Mei 2024!
Dah pertengahan tahun tapi anda masih lagi belum jumpa kereta idaman anda? Jom ke CARSOME Experience Center untuk menghadiri acara CARstomer Day kami dari 10 hingga 12 Me, pada 9 pagi hingga 6 petang!
Anda boleh dapatkan promosi istimewa untuk kereta terpakai berkualiti sempena CARstomer Day di lokasi-lokasi terpilih yang kami senaraikan di bawah:
- CARSOME Sitiawan, Perak
- CARSOME Ipoh, Perak
- CARSOME Juru Autocity, Pulau Pinang
- CARSOME Setia SPICE, Pulau Pinang
- CARSOME Jalan Munshi, Melaka
- CARSOME Taman Sutera, Johor
Nak tahu promosi kereta apa yang CARSOME sediakan sempena CARstomer Day nanti?
Kasi Jadi Beli Kereta dengan Diskaun Ekstra Sehingga RM1,000!
Bila dah masuk pertengahan tahun, tak sahlah kalau tak ada diskaun istimewa untuk membeli-belah! Anda boleh dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM1,000 untuk semua kereta CARSOME Certified dan CARSOME Value semasa CARstomer Day nanti.
Tawaran terhad ini cuma tersedia untuk tiga hari sahaja di CARSOME Experience Center yang terpilih. Jangan tunggu lama-lama, kalau tidak nanti terlepas pula diskaun gila-gila yang kami tawarkan ini!
Jual Kereta Lama Anda & Dapatkan Rebat Bernilai Sehingga RM1,500!
Mesti seronok kalau dapat bawa ibu anda pergi berjalan-jalan ke tempat yang dia suka kan? Jika kereta anda tak boleh nak muatkan semua ahli keluarga anda, apa kata anda jualkan saja kepada CARSOME?
Anda boleh dapatkan rebat bernilai sehingga RM1,500 yang boleh digunakan untuk pembelian kereta anda yang seterusnya. Ini bermakna anda boleh nikmati diskaun yang berganda-ganda untuk kereta yang anda beli dengan CARSOME sempena CARstomer Day nanti.
Bolehlah naik taraf kepada kereta yang lebih besar macam Perodua Aruz, Honda HR-V, atau Nissan Serena! Macam ini barulah syok nak bawa ibu anda pergi membeli belah.
Nikmati Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% p.a.* daripada RHB Bank Apabila Anda Membeli Kereta dengan CARSOME!
Khas untuk pelanggan CARSOME yang merupakan:
- Seorang pelajar atau pekerja berumur daripada 18 hingga 30 tahun atau;
- Pekerja universiti awam tempatan (tidak mengira had umur) dan memiliki Diploma,
Daripada 1 Mac sehingga 30 Jun 2024, anda boleh menikmati kadar pembiayaan serendah 2.88% p.a.* daripada RHB Bank apabila anda membeli kereta dengan CARSOME. Jangan lepaskan tawaran masa terhad ini untuk dapatkan kereta raya anda dengan kadar pembiayaan yang amat rendah.
Artikel berkaitan: Jadi Pembeli Bijak & Bawa Pulang Kereta Idaman Anda dengan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% p.a.*!
Diskaun Sehingga 12% Bagi 3 Produk Tambahan daripada CARSOME untuk Lindungi Kereta Baharu Anda!
Dah dapat kereta baharu, jangan lepaskan peluang untuk beli produk tambahan pilihan anda pada harga yang menarik. Eksklusif dengan promosi pertengahan tahun CARSOME, ini diskaun yang anda boleh nikmati untuk pembelian produk tambahan daripada pakej yang kami sediakan berikut:
- Beli dua produk tambahan daripada mana-mana pakej yang kami sediakan dengan diskaun 10 peratus atau;
- Beli tiga produk tambahan daripada mana-mana pakej yang kami sediakan dengan diskaun 12 peratus.
Apa pakej yang CARSOME sediakan untuk beri perlindungan tambahan kepada kereta anda? Kami senaraikan semua pakej serta produk berkaitan yang anda boleh dapatkan di bawah:
1. Pakej Waranti Lanjutan
Semua kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan 1 tahun secara percuma serta jaminan pulangan wang dalam 5 hari. Jika anda mahukan perlindungan tambahan, anda boleh naik taraf waranti lanjutan anda kepada salah satu produk yang berikut:
- 2 tahun Pelan Waranti Lanjutan Gold atau;
- 1 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Platinum atau;
- 2 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Platinum atau;
- 1 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Gold (untuk kereta CARSOME Value).
2. Pakej Pusat Servis CARSOME
Selain daripada waranti, kereta baharu anda juga memerlukan servis berkala untuk memastikan ia boleh dipandu dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tak perlu pening nak cari pusat servis yang dipercayai, hantar saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk dapatkan khidmat servis percuma dengan mana-mana pakej berikut:
- Pakej Servis Premium (4 kali servis percuma) atau;
- Pakej Servis Signature (6 kali servis percuma)
3. Pakej TRAPO
Kalau anda mahu kereta anda nampak bergaya dan kemas serta lebih selamat untuk dipandu, Pakej TRAPO Gear Up yang kami tawarkan ini memang sesuai untuk anda! Pilih salah satu daripada produk TRAPO yang berikut mengikut keperluan anda:
- TRAPO Dashcam
- TRAPO Paint Protection Film (PPF)
- Karpet Kereta Trapo
- Tint Kereta TRAPO
- Coating Kereta TRAPO
Jadi, setkan dalam kalendar anda siap-siap. Cari kereta yang anda minat di laman web CARSOME dan siapkan semua dokumen yang kena ada untuk anda beli kereta. Sambil anda pergi beraya nanti, bolehlah singgah di CARSOME Experience Center terpilih yang berhampiran dengan anda!
Apa Nak Buat Sebelum Anda Menghadiri CARstomer Day?
Persediaan secukupnya sebelum pergi ke CARstomer Day dapat memastikan anda boleh memanfaatkan tawaran terhad yang kami sediakan sepenuhnya. Jika anda berminat untuk menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai berkualiti di hari bersama pelanggan kami, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
1. Bersihkan Kereta Dulu
Sebelum menghadiri CARstomer Day, pastikan kereta dalam keadaan bersih. Manalah tahu jika anda tiba-tiba terfikir untuk jual kereta anda, tak perlulah kelam kabut nak mengemasnya.
2. Sediakan Dokumen Kereta
Untuk membantu mempercepatkan proses menjual atau membeli kereta, bawa sekali semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Penyata gaji tiga bulan terkini
- Penyata bank tiga bulan terkini
- Penyata KWSP
Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual & Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!
3. Jangan Lupa Kunci Tambahan
Dengan set kunci yang lengkap, anda mungkin boleh mendapatkan harga jualan yang yang lebih tinggi untuk kereta anda. Pembeli juga akan lebih cenderung untuk membeli kereta yang anda akan jual kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk membuat kunci tambahan baharu.
4. Sediakan Bayaran Pendahuluan yang Mencukupi
Dah jumpa kereta yang anda mahu? Tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan bagi kereta tersebut. Jika anda tidak mahu menggunakan tunai, jangan risau. CARSOME juga turut menerima pembayaran secara pemindahan dalam talian atau melalui bank untuk memudahkan anda.
Kesimpulannya, memang tak dapat dinafikan bahawa Hari Bersama Pelanggan CARSOME menawarkan pelbagai kelebihan menarik untuk menjual kereta dan membeli kereta terpakai. Untuk dapatkan info terkini tentang promosi dan juga acara kami, jangan lupa ikuti Facebook, Instagram, dan juga Tiktok CARSOME Malaysia.
Kami harap artikel ini dapat membantu anda memanfaatkan sepenuhnya promosi yang kami tawarkan semasa CARstomer Day agar anda boleh dapatkan kereta idaman anda dengan mudah, selamat, dan lancar. Jom kasi jadi kat CARSOME hari ini!
*Tertakluk pada Terma dan Syarat.