HomeBMJadi Pembeli Bijak & Bawa Pulang Kereta Idaman Anda dengan Kadar Pembiayaan...

Jadi Pembeli Bijak & Bawa Pulang Kereta Idaman Anda dengan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% p.a.*!

Sebagai pelajar atau pekerja baharu, kereta merupakan satu keperluan yang wajib ada untuk memastikan semua aktiviti harian boleh dilakukan dengan lancar tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam.

Tapi, bukan mudah untuk dapatkan sebuah kereta dengan kadar pembiayaan yang mampu milik. Biasanya, ia melibatkan banyak syarat-syarat tambahan yang perlu dipatuhi dan ada pelbagai kertas kerja yang perlu diselesaikan.

Inilah sebabnya CARSOME bekerjasama dengan RHB Bank untuk menawarkan kadar pembiayaan yang rendah dengan proses pembelian yang mudah dan pantas. Jom lihat promosi pembiayaan kereta yang RHB Bank tawarkan untuk pelanggan CARSOME daripada 1 April sehingga 30 Jun 2024!

RHB Bank Tawarkan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% p.a.* untuk Pembelian Kereta CARSOME Certified!

pembiayaan kereta rhb, young lady happy in car

2.88 peratus?! Biar betul!

Percaya atau tidak, kalau anda merupakan:

  • Seorang pelajar atau pekerja berumur daripada 18 hingga 30 tahun atau;
  • Pekerja universiti awam tempatan (tidak mengira had umur) dan memiliki Diploma;

Anda boleh menikmati kadar pembiayaan serendah 2.88 peratus daripada RHB Bank apabila anda membeli kereta dengan CARSOME. Dengan kadar pembiayaan menarik yang RHB Bank tawarkan ini, bayaran bulanan kereta anda akan jadi lebih berpatutan dan anda tak perlu berbelanja banyak untuk beli kereta pertama anda!

Inilah masa yang paling sesuai untuk anda beli kereta terpakai berkualiti dengan CARSOME.

Semua Pelanggan CARSOME Pula Boleh Dapatkan Kadar Pembiayaan Serendah 3.32% p.a.*

Macam mana pula kalau anda tidak termasuk dalam syarat-syarat yang ditetapkan di atas? Jangan bimbang, anda masih boleh beli kereta CARSOME dengan kadar pembiayaan yang sangat mampu milik!

Untuk pelanggan CARSOME yang bukan seorang pelajar atau pekerja universiti awam tempatan, anda boleh menikmati kadar pembiayaan rata serendah 3.32 peratus bagi pembelian kereta CARSOME Certified.

promosi kereta rhb, couple happy with sales agent

Ambil peluang ini untuk dapatkan kadar pembiayaan yang lebih rendah daripada kadar pasaran untuk pembelian kereta CARSOME Certified yang telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Dah Dapat Kereta? Jangan Lupa Isi Minyak dengan Baucar Petrol Petronas Percuma Bernilai RM50 yang Menanti Anda! 

Jika anda memohon pembiayaan kereta daripada RHB Bank bernilai RM30,000 ke atas sepanjang promosi ini berlangsung, anda berpeluang mendapatkan baucar petrol bernilai RM50 setelah anda bersetuju dengan pembiayaan yang ditawarkan dan pembayaran dilakukan.

Tapi, jangan tunggu lama-lama. Bonus percuma ini hanya tersedia dalam jumlah yang terhad saja jadi anda perlu buat permohonan pembiayaan kereta dengan RHB Bank untuk kereta CARSOME yang anda mahukan secepat mungkin. Kalau tidak, nanti terlepas pula!

Pilih CARSOME Certified & Nikmati Kadar Pembiayaan Mampu Milik Daripada RHB Bank!

pembiayaan kereta rhb, customer happy with car

Alami ketenangan jiwa dan nilai yang tiada tandingan apabila anda memilih kereta CARSOME Certified. Jangan risau tentang harga kerana harga yang kami paparkan untuk kereta CARSOME Certified adalah tetap dan telah merangkumi cukai jalan, yuran pemeriksaan Puspakom, yuran pemindahan pemilikan, serta yuran permohonan pinjaman.

Tambahan pula, semua kereta CARSOME Certified turut disenaraikan dalam talian dengan laporan pemeriksaan lengkap yang teliti bersama gambar yang jelas tanpa sebarang suntingan digital, dan juga pandangan 360 darjah untuk kereta yang terpilih.

Komitmen kami terhadap kepuasan anda tidak berhenti setakat di proses pembelian saja. Apabila anda memilih CARSOME Certified, anda mendapat manfaat daripada:

  • Jaminan pulangan wang lima hari: Jika anda mengubah fikiran tentang kereta yang anda beli, pulangkan sahaja dalam lima hari untuk dapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
  • Waranti satu tahun: Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap kereta CARSOME Certified kami dan kami akan memberi anda lanjutan waranti sehingga satu tahun.

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami sekarang untuk dapatkan kereta idaman anda!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular