HomeBMBoleh Beli Kereta Pakai App Je Dengan CARSOME? Biar Betul!

Boleh Beli Kereta Pakai App Je Dengan CARSOME? Biar Betul!

Dengarkan artikel ini di sini:

Bila cakap pasal beli kereta, antara benda yang semua orang akan fikir adalah pemeriksaan kereta yang leceh, kertas kerja yang menyusahkan, dan juga proses pembelian yang mengelirukan dan makan masa yang lama.

Kami di CARSOME memahami perasaan anda, sebab itulah kami menyediakan cara baharu pembelian kereta yang terjamin agar anda boleh membeli kereta pramilik idaman anda dengan mudah, selamat, dan pantas.

Kenapa Mesti Pilih CARSOME?

Setiap kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat banjir dan kemalangan teruk. Tambahan pula, kami ada sehingga 30 pilihan jenama kereta yang sesuai untuk pelbagai jenis gaya hidup. Jadi, memang senang nak cari kereta yang sesuai dengan keperluan anda.

Selain daripada menyediakan cara pembelian kereta yang terjamin, kami juga menyediakan kereta pramilik berkualiti yang boleh anda percayai. Inilah cara-cara kami menjamin kualiti kereta CARSOME Certified kami:

  • Pembaikpulihan profesional – Setelah lulus pemeriksaan 175-titik yang menyeluruh, kereta CARSOME Certified akan dihantar ke CARSOME Certified Lab untuk dibaik pulih secara profesional bagi memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan juga estetik yang dibaik pulih.
  • Harga tetap tanpa bayaran tersembunyi – Harga yang anda lihat bagi setiap kereta CARSOME Certified adalah harga tetap yang telah merangkumi bayaran lain seperti bayaran pemeriksaan Puspakom, bayaran tukar milik, dan bayaran pemprosesan pinjaman.
  • Jaminan pulangan wang dalam masa lima hari – Jika anda berubah fikiran mengenai kereta yang anda beli, pulangkan sahaja kereta untuk dapatkan pulangan wang tanpa banyak soal.
  • Waranti satu tahun – Untuk menjamin ketenangan jiwa dengan pembelian anda, kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan waranti lanjutan sehingga satu tahun agar kereta anda dilindungi.

Di samping melawat pusat pengalaman CARSOME yang berhampiran atau melayari carsome.my untuk membeli kereta CARSOME Certified, anda kini boleh membeli kereta pramilik berkualiti dengan lebih senang, selamat, dan pantas menggunakan app CARSOME, caranya mudah sahaja!

Anda cuma perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Muat Turun App CARSOME

Mula-mula sekali, anda perlu muat turun app CARSOME daripada Google Play Store atau Apple App Store. Cari sahaja ‘carsome’ atau klik pada pautan ini untuk akses halaman muat turun app CARSOME dan pasangkannya ke telefon anda.

Langkah 2: Cari Kereta Idaman Anda

Setelah app dipasang pada telefon, lancarkannya dan pergi ke bahagian ‘Browse Cars’. Di sini, anda boleh layari pilihan kereta pramilik yang tersedia. Tak kiralah jika anda sedang mencari sebuah hacbek yang jimat minyak, sedan dengan but yang besar atau MPV tujuh tempat duduk yang luas, anda pasti boleh jumpa kereta yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Selain daripada 30 pilihan jenama kereta yang boleh anda layari, anda juga boleh tapis carian kereta anda mengikut lokasi, jenis badan, model, tahun keluaran, bajet dan banyak lagi di app kami.

Artikel berkaitan: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik

Langkah 3: Tekan Butang ‘Get Started’

Bila dah jumpa kereta yang anda nak beli, tap sahaja gambar kereta dan anda akan masuk ke halaman penyenaraian kereta di mana anda boleh lihat semua butiran mengenai kereta tersebut.

Di sini anda boleh lihat harga dan promosi yang ada, lokasi Pusat Pengalaman CARSOME yang menjual kereta tersebut, dan anda juga boleh gunakan kalkulator pinjaman yang ada untuk membuat kiraan ansuran bulanan dan bayaran pendahuluan yang anda perlukan.

Laporan pemeriksaan 175-titik yang lengkap untuk setiap kereta juga boleh dilihat di sini. Tap pada butang ‘View Full Report’ untuk akses laporan tersebut. Semua kekurangan yang ada pada kereta disenaraikan di dalam laporan ini dan ia juga disertakan dengan gambar yang tidak disunting.

Selepas anda dah buat pilihan kereta, tekan butang ‘Get Started’ di bahagian bawah skrin untuk teruskan dengan langkah pembelian kereta. Kalau anda ada sebarang soalan mengenai kereta tersebut, tekan butang WhatsApp dan pihak perkhidmatan pelanggan kami akan terus membantu anda.

Artikel berkaitan: 4 Tonggak Pemeriksaan 175-titik CARSOME Yang Anda Patut Tahu

Langkah 4: Buat Tempahan Atau Hubungi Kami

Anda akan dibawa ke halaman berikut di mana anda boleh memilih sama ada untuk tempah sesi pandu uji percuma, buat bayaran tempahan (yang boleh dipulangkan semula) untuk memastikan kereta pilihan anda tidak ditempah oleh pelanggan lain, atau untuk menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan kereta pilihan anda.

i) Tempah Pandu Uji Percuma

Anda boleh pilih untuk tempah janji temu pandu uji percuma, dan anda akan dibawa ke halaman berikut di mana lokasi janji temu akan dipaparkan dan anda boleh pilih tarikh dan masa janji temu mengikut kesesuaian anda.

Janji temu boleh ditempah dalam tempoh tujuh hari dan kami juga menyediakan empat slot masa yang boleh anda pilih untuk tempahan janji temu:

  • Slot 1 – 9:00 pagi hingga 11:00 pagi
  • Slot 2 – 11:00 pagi hingga 1:00 tengah hari
  • Slot 3 – 1:00 tengah hari hingga 3:00 petang
  • Slot 4 – 3:00 petang hingga 5:00 petang

Lengkapkan tempahan dengan mengisi alamat e-mel anda dan tekan ‘Submit’. Selepas kami menerima tempahan pandu uji, Konsultan CARSOME akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan janji temu.

ii) Buat Bayaran Tempahan

Untuk memastikan kereta pilihan anda tidak ditempah oleh pelanggan lain, anda boleh buat bayaran tempahan yang boleh dipulangkan semula dengan jumlah 10 peratus daripada harga kereta.

Contohnya seperti kereta Perodua Bezza Advance Premium yang berharga RM38,800 ini. Anda cuma perlu bayar 10 peratus daripada harganya – iaitu RM380, untuk buat tempahan dan kami akan simpan kereta ini untuk anda selama lima hari. 

Kalau anda berubah fikiran atau proses pembelian tidak dilengkapkan dalam masa lima hari, kami akan pulangkan semula bayaran tempahan anda.

iii) Hubungi Kami

Dah ada kereta pilihan tapi anda ada soalan mengenai kereta tersebut atau anda perlukan maklumat lanjut? Pilih ‘Get in Touch with Us’ dan bahagian Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Langkah 5: Sediakan Dokumen Yang Diperlukan & Beli Kereta

Kereta dah tengok, bayaran tempahan dah dibuat, pandu uji pun dah selesai. Sekarang tiba masanya untuk anda buat keputusan. Jangan risau, dari awal hingga akhir langkah pembelian, Konsultan CARSOME sentiasa ada di sisi anda untuk memberi bantuan jika diperlukan.

Semasa membuat pembelian, Konsultan CARSOME kami akan membimbing anda mengikut cara pembayaran yang anda pilih. Sediakan dokumen berikut untuk memastikan proses pembayaran dan permohonan pinjaman yang lancar.

  • MyKad (bagi warganegara Malaysia) atau Pasport (bagi bukan warganegara Malaysia)
  • Lesen Memandu
  • Penyata gaji tiga bulan terkini
  • Penyata bank tiga bulan terkini
  • Penyata KWSP
  • Lain-lain dokumen sokongan pendapatan

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil, bergantung kepada kaedah pembayaran pilihan anda:

Memohon Pinjaman Kereta

  1. Sediakan salinan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Konsultan CARSOME.
  2. Konsultan CARSOME akan membantu anda memohon pinjaman kereta daripada panel-panel institusi kewangan kami.
  3. Setelah permohonan pinjaman anda diluluskan – yang mungkin akan mengambil masa satu hingga dua minggu, kami akan menguruskan penghantaran kereta anda.

Bayaran Secara Tunai

  1. Sediakan salinan MyKad dan Lesen Memandu untuk digunakan bagi pendaftaran kereta anda.
  2. Lengkapkan pembayaran untuk kereta anda. Anda boleh membayar melalui kaedah pembayaran dalam talian atau dengan menggunakan kad kredit.
  3. Selepas pembayaran anda disahkan, kami akan menguruskan penghantaran kereta anda.

Tak kira yang mana satu kaedah pembayaran pilihan anda, Konsultan CARSOME akan menguruskan semua kertas kerja yang diperlukan bagi memastikan pengalaman membeli kereta yang mudah dan lancar.

Apabila semuanya dah selesai, anda boleh ambil kereta anda di Pusat Pengalaman CARSOME yang berhampiran atau anda juga boleh pilih penghantaran kereta terus ke rumah. Memang senang, macam beli barang dapur dalam talian!

Tahniah! Anda kini adalah pemilik kereta CARSOME Certified yang dijamin berkualiti dan telah dibaik pulih untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih.man happy smiling in car

Lepas dah dapat kereta, jangan lupa untuk tinggalkan ulasan dan nilaikan app kami dengan lima bintang di Google Play Store dan Apple App Store.

Artikel berkaitan: Dari Awal Hingga Akhir: Langkah Membeli Kereta Terpakai Dengan CARSOME

Alami Cara Pembelian Kereta yang Terjamin dengan CARSOME

CARSOME mahu menjadikan pengalaman membeli kereta pramilik semudah membeli barangan dapur secara dalam talian. Sebab itulah kami menyediakan proses pembelian yang mudah dan telus bersama jaminan kualiti dengan pembelian anda untuk memastikan ketenangan jiwa apabila anda membeli kereta pramilik daripada kami – semuanya di hujung jari anda!

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME hari ini untuk dapatkan kereta pramilik idaman anda sekarang.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular