HomeBMJangan Sampai Dilanggar Atau Melanggar Sebab Titik Buta!

Jangan Sampai Dilanggar Atau Melanggar Sebab Titik Buta!

Bercakap tentang titik buta semasa memandu, kalau kita tak nampak bukan bermakna ia tak wujud. Sebenarnya, apa yang tersembunyi daripada penglihatan anda itu lebih penting sebab kalau anda terlepas pandang, bencana kemalangan menanti anda. 

Artikel berkaitan: Terlibat dalam Kemalangan? Ini Perkara yang Anda Perlu Lakukan!

Apa Itu Titik Buta? 

Anda mungkin pernah dengar pasal ini, mungkin di sekolah memandu. Cikgu memandu anda akan ingatkan anda tentangnya sambil ajar anda untuk laraskan cermin sisi dan cermin pandang belakang. 

Disebabkan itu, ada sebab mengapa cikgu memandu anda selalu mengingatkan untuk pandang sekilas di sisi bahu untuk periksa sekeliling anda dan tidak hanya bergantung semata-mata hanya kepada cermin sisi kereta. 

Jadi, apa sebenarnya titik buta ini? 

Sekali imbas pun kita dah boleh tahu, titik buta merupakan persekitaran kereta yang tidak dapat dilihat melalui cermin sisi atau cermin pandang belakang. Mana-mana kereta mempunyai titik buta ini, walaupun si kecil Perodua Axia. 

Car side view mirror

Antara sebab mengapa titik buta ini sangat berbahaya adalah kerana kawasan yang tidak dapat dilihat sebenarnya cukup besar dan menyebabkan anda tak nampak kereta lain semasa memandu. 

Jom kita tengok contoh yang lebih mudah untuk memahami risiko kalau tak periksa titik buta kereta anda semasa memandu. 

Katakanlah anda memandu di belakang kereta yang bergerak perlahan dan anda pula cepat. Anda lihat sekilas pada cermin sisi kanan dan jalan memang kosong. Anda pasang lampu isyarat untuk tukar haluan ke kanan. 

Kereta anda baru nak pusing masuk ke laluan kanan, tiba-tiba anda dengar bunyi hon daripada belakang anda. 

Rupanya bunyi hon tadi datang daripada kereta di laluan kanan yang terpaksa membrek untuk mengelakkan berlanggar dengan kereta anda.. 

Anda pusing balik stereng, betulkan kedudukan kereta, dan kekal di laluan anda sebelum melambai sebagai tanda meminta maaf kepada kereta tadi. Anda sugul memikirkan dari mana kereta itu muncul? 

Kereta itu tak muncul secara tiba-tiba, ia berada dalam kawasan titik buta yang anda tak perasan semasa anda padang sekilas pada cermin sisi sebelum ini. 

Di Mana Letaknya Titik Buta Kereta? 

Kebanyakan kereta ada sekurang-kurang dua titik buta. Ia merupakan kawasan di belakang cermin sisi dan di sebelah pintu depan dan pintu belakang kereta. 

Tambahan lagi, rekaan kenderaan juga boleh mencipta titik buta bergantung kepada kedudukan dan juga ketebalan tiang kereta. Lagipun, kalau reka bentuk ditentukan oleh fungsi kereta, rupa kereta tersebut akan jadi agak tak menarik.  

Artikel berkaitan: Cara Menjaga Kereta Anda dan Mengapa Ia Perlu Dijaga

Dalam kebanyakan kereta, yang menjadi puncanya ialah tiang-A. Tiang-A merupakan tiang di antara sisi cermin hadapan dan juga sebelah atas pintu hadapan yang melengkung hingga ke bumbung kereta. Bergantung kepada rekaan, tiang ini boleh menyebabkan titik buta pada bahagian bampar sisi yang menghalang anda melihat kereta yang mendekati atau pejalan kaki jika anda keluar daripada simpang. 

Kalau untuk SUV yang bersaiz besar, tiang-C dan tiang-D (biasanya pada SUV yang ada baris ketiga) adalah lebih luas dan boleh menyebabkan dua titik buta utama sama seperti di atas. Ini belum cerita tentang van panel lagi yang kawasan penglihatannya sangat jauh daripada cermin pandang belakang. 

car pillars diagram

Bila Nak Kena Periksa Titik Buta? 

Ketika cikgu memandu ajar anda tentang titik buta, dia mesti dah latih anda untuk sentiasa periksa titik buta setiap kali nak tukar laluan atau ketika nak membelok. 

Sebagai contoh, sebelum nak tukar laluan anda sepatutnya pandang sekilas cermin sisi dan cermin pandang belakang tapi cikgu anda turut dah ajar untuk pandang sekilas juga ke sisi bahu ke arah jalan yang anda nak tuju. Langkah ini boleh membantu anda mengesan kereta lain, motosikal, dan juga pejalan kaki bergantung kepada keadaan. 

Artikel berkaitan: Jangan Teruskan Pemanduan Jika 3 Lampu Amaran Kereta Ini Menyala!

Ada Tak Cara Nak Hilangkan atau Kurangkan Titik Buta? 

Kita sebagai manusia biasa tidak dilahirkan dengan mata di belakang kepala tapi ada caranya untuk kita mengurangkan jurang titik buta ini. 

Ada beberapa cara untuk membetulkan cermin sisi untuk mengurangkan atau hilangkan sepenuhnya titik buta ini. Anda boleh ikut cara ini:

1. Mulakan dengan cermin pandang belakang. Jangan amalkan benda lain selain daripada ini. Sama seperti namanya, cermin ini hanyalah untuk membantu anda melihat bahagian belakang kereta. Apabila anda dah duduk dengan selesa, gerakkan cermin tersebut sehingga anda nampak jelas cermin belakang. Jangan sengetkan ke arah sisi untuk anda melihat trafik di sebelah kiri atau kanan kereta anda. Itu fungsi cermin sisi.

2. Sekarang, rapatkan kepala anda hingga menyentuh cermin tingkap bahagian pemandu. Kemudian laraskan cermin sisi bahagian tersebut sehingga anda hampir tak nampak bahagian sisi kenderaan anda, itu saja. Jangan laraskan hingga anda tak nampak langsung sisi kereta anda.

3. Ulang proses yang sama dengan sebelah penumpang dengan merapatkan kepala anda ke bahagian tengah kereta dan laraskan cermin sebelah lagi satu sehingga anda nampak sedikit saja bahagian sisi kiri kereta anda. Apabila anda dah selesai dan betulkan kembali kepala anda, anda sepatutnya tak boleh nampak bahagian sisi kereta anda. Jangan takut! Ini memang disengajakan untuk membolehkan anda melihat dengan lebih luas.

4. Cermin sisi anda sekarang berada dalam keadaan paling optimal untuk mengurangkan atau hampir menghilangkan terus dua titik buta utama di setiap sisi. Langkah terakhir adalah untuk memastikan keberkesanan pelarasan yang dah dibuat dengan mengikuti langkah ini: 

  1. Semasa anda memandu di lebuh raya, kekal di laluan paling kanan dan periksa untuk sebarang kenderaan yang menghampiri untuk melepasi anda. 
  2. Tanpa sengetkan kepala anda ke mana-mana sisi, pandang sekilas pada cermin pandang belakang dan perhatikan kereta tersebut mendekati kereta anda. 
  3. Semasa ia menghilang daripada cermin pandang belakang, pandang kembali cermin sisi kiri dan sepatutnya anda dah boleh nampak kereta tersebut dengan jelas. 
  4. Akhir sekali, semasa ia menghilang daripada cermin pandang belakang, ia sepatutnya muncul pada pandangan sisi anda. 

Hasilnya anda dah berjaya menghapuskan titik buta pada bahagian sisi anda kerana anda dah boleh melihat kenderaan lain tanpa perlu menoleh. Buat perkara yang sama dengan sisi yang lain dan buat pelarasan sedikit jika anda perasan ada titik buta walaupun sedikit. 

Woman in car about to crash

Buat Perkara Ini Untuk Kurangkan Titik Buta 

Lebih banyak kereta moden yang dilengkapi dengan BLIS (BLind Spot Information System) – pertama kali diperkenalkan oleh Volvo.

Sistem ini menggunakan kamera atau pengesan yang terletak di bawah bekas cermin sisi untuk mengesan kenderaan dalam kawasan titik buta dan memberi amaran kepada pemandu dengan mengaktifkan lampu amaran pada penghujung cermin sisi atau di dalam kereta berhampiran cermin sisi. 

Kalau diberikan pilihan, ada banyak penyelesaian yang dijual di luar sana, seperti menggunakan cermin cembung yang boleh dipasangkan pada penjuru cermin sisi kereta anda. Cermin cembung ini boleh memberikan penglihatan yang lebih luas yang merangkumi titik buta. 

Kesimpulannya

Untuk menjadi pemandu selamat, kesedaran terhadap persekitaran perlu berada pada tahap tertinggi dan antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian adalah sentiasa peka dengan kenderaan dan ruang sekeliling kenderaan anda semasa memandu. 

Menghilangkan titik buta kenderaan anda akan memberikan penglihatan yang lebih luas semasa memandu andai kata tindakan kecemasan perlu dibuat. 

Oleh itu, sangat penting untuk anda memeriksa titik buta semasa anda memandu dan belajar untuk mengurangkan atau menghilangkan titik buta dengan melaraskan cermin-cermin yang ada mengikut kaedah yang dicadangkan. 

Ia mungkin langkah yang mudah tetapi ia boleh membantu anda menjadi pemandu selamat di atas jalan. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular