HomeBMBoleh Dapat Kereta Dalam Tempoh Seminggu Je Dengan CARSOME? Biar Betul!

Boleh Dapat Kereta Dalam Tempoh Seminggu Je Dengan CARSOME? Biar Betul!

Anda pernah beli kereta baharu? Mesti anda terpaksa melalui tempoh menunggu yang lama untuk dapatkan kereta yang anda beli bukan?

Walaupun anda telah membuat pembayaran secara tunai untuk kereta yang dibeli, anda masih perlu menunggu sehingga sebulan atau lebih lama untuk menerima kereta tersebut, terutama sekali jika warna atau model kereta yang anda mahu tidak mempunyai stok yang tersedia.

Tetapi, macam mana jika kami beritahu anda yang anda boleh dapatkan kereta dalam masa seminggu sahaja dengan CARSOME? Nak tahu bagaimana kami boleh berikan anda tempoh masa beli kereta yang lebih singkat? Teruskan membaca untuk dapatkan jawapannya!

Ini Cara CARSOME Berikan Anda Kereta Dalam Masa Seminggu

Proses membeli kereta di Malaysia biasanya mengambil masa yang agak lama, terutamanya jika anda mempunyai masalah dengan pinjaman anda atau anda perlu menunggu stok kereta yang anda mahu. Tetapi di CARSOME, kami menyediakan proses menjual dan membeli kereta yang mudah, pantas, dan selamat untuk anda. Beginilah cara kami melakukannya.

Cari Kereta yang Anda Mahu dalam Talian – Stok Semuanya Tersedia!

Satu kelebihan utama apabila membeli kereta terpakai daripada CARSOME adalah semua kereta yang disenaraikan dalam laman web atau aplikasi kami dijamin tersedia di pusat pengalaman tersebut.

browse car on laptop

Ini bermakna anda boleh layari platform kami untuk cari kereta yang anda mahu dan kereta tersebut tersedia untuk dilihat, ditempah, atau dibeli. Sebaik sahaja anda kereta jumpa kereta yang anda suka, cuma tempah pandu uji percuma dan kami akan siapkan kereta tersebut untuk anda lihat dan periksa di pusat pengalaman kami.

Artikel berkaitan: Panduan Pandu Uji Kereta Yang Patut Anda Tahu

Pandu Uji di Mana-mana Lokasi Pilihan Anda

Jika kereta yang anda mahukan berada di Pusat Pengalaman CARSOME yang jauh daripada anda, jangan risau. Kami akan bawa kereta tersebut ke Pusat Pengalaman berdekatan anda agar anda boleh memeriksa dan memandu uji kereta itu tanpa perlu pergi jauh.Dan yang paling penting, anda boleh tempah janji temu pandu uji pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

Kami Akan Uruskan Semua Kertas Kerja

Setelah selesai pandu uji, jika anda gembira dengan kereta tersebut, anda boleh terus buat bayaran pendahuluan untuk membelinya. Konsultan CARSOME kami akan membantu menguruskan semua kertas kerja yang diperlukan termasuk permohonan pinjaman, pemindahan hak milik, dan juga cukai jalan.

Jangan lupa untuk bawa bersama semua dokumen anda semasa sesi pandu uji agar proses pembelian boleh diselesaikan dengan segera!

Dapatkan Kereta Anda Dalam 1 Minggu Sahaja!

Sebaik sahaja kami selesai menghantar permohonan pinjaman anda, anda hanya perlu menunggu. Jika semuanya berjalan dengan lancar, permohonan anda akan diluluskan dan kereta anda akan disediakan untuk penghantaran dalam masa kurang daripada seminggu.

tempoh masa beli kereta

Anda boleh mengambil kereta di pusat pengalaman kami atau memilih penghantaran terus ke rumah anda. Memang sangat mudah dan pantas jika anda beli kereta terpakai daripada CARSOME. Beginilah cara kami memberi anda tempoh masa beli kereta yang singkat!

Artikel berkaitan: Cara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Apa Kata Pelanggan CARSOME yang Lain?

CARSOME telah berjaya membantu ribuan pelanggan yang mahu membeli kereta terpakai yang berkualiti pada harga berpatutan. Kami berbangga kerana dapat memberi anda sokongan penuh yang anda perlukan sepanjang proses pembelian anda – daripada membantu anda menetapkan sesi pandu uji sehingga menguruskan semua kertas kerja anda. Berikut adalah beberapa contoh ulasan positif yang kami terima daripada pelanggan kami yang berpuas hati dengan kereta yang mereka beli:

@carsomemy Bukan 2 kali, bukan 4 kali, tapi 8 KALI customer ni repeat dengan CARSOME! Jom tengok kenapa En Khaidir setia memilih CARSOME dalam video ni. Korang ada pengalaman yang best dan menarik dengan CARSOME macam En Khaidir? Cuba share sikit cerita korang kat sini👀 #CARSOMEMY #CARSOMECertified #CARSOMECertifiedLab #CARSOMEKuantan ♬ original sound – CARSOMEMY

Pilih CARSOME untuk Proses Pembelian Kereta yang Mudah & Pantas

Jika anda mahu membeli kereta terpakai berkualiti, CARSOME menyediakan sehingga 30 jenama kereta untuk pilihan anda serta khidmat pasca jualan yang sangat baik. Semua kereta kami telah melepasi pemeriksaan 175 titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir. Tambahan pula, semua kereta CARSOME Certified telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan, keselesaan, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Selain daripada proses pembelian yang pantas, semua kereta kami juga didatangkan dengan harga yang tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi, waranti satu tahun, dan jaminan pulangan wang dalam 5 hari untuk menjamin ketenangan jiwa anda.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami hari ini untuk dapatkan kereta idaman anda.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular