HomeBMProton, Jenama Kereta Tempatan Pilihan Pengguna?

Proton, Jenama Kereta Tempatan Pilihan Pengguna?

Sama ada anda suka atau tidak, jenama Proton merupakan sebuah jenama kereta tempatan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia merupakan jenama tempatan pertama yang setanding dengan jenama-jenama lain dalam industri pembuatan automotif. Selepas kereta Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 1985, ia menjadi model ikonik syarikat automotif tempatan dan memikat hati jutaan pengguna di Malaysia. Walaupun sudah berdekad lamanya mewarnai industri automotif tempatan, model ini masih kekal menjadi salah satu model terbaik pengeluar kereta nasional ini.

Proton Saga merupakan model paling laris pilihan pengguna keluaran Proton.

Menariknya, model Saga terkenal dengan julukan ‘kereta kebal’ disebabkan oleh reka bentuk modelnya yang berbentuk segi empat seakan-akan kereta kebal. Bukan itu sahaja, struktur model ini juga dikatakan lebih kukuh setanding dengan jenama-jenama lain!

Jenama Kereta Pilihan Keluarga No. 1 di Malaysia

Setelah jenama Perodua diperkenalkan, kedudukan syarikat ini sebagai jenama automotif tempatan pilihan pengguna perlahan-lahan diambil alih oleh Perodua. Namun begitu, syarikat automotif tempatan ini kekal menjadi jenama pilihan kedua terlaris dan jenama kereta pilihan keluarga nombor satu di Malaysia. Malah, pengenalan kereta Proton Iriz pada tahun 2014 juga merupakan satu penanda aras terbaik Proton untuk memintas kedudukan Perodua sebagai jenama terbaik dan menjadi pesaing rapat bagi model paling laris Perodua, Myvi.

Proton Iriz kini dikatakan mampu mencabar populariti Perodua Myvi.

Dan sempena sambutan Hari Merdeka baru-baru ini, Proton telah menayangkan video eksklusif berdurasi 40-saat yang memaparkan model-model terbaharu mereka seperti model X70 dan model X50 yang merupakan mini SUV yang paling dinantikan rakyat Malaysia untuk tahun ini. Jadi, bagaimana kedudukan Proton buat masa ini?

Pada bulan Julai baru-baru ini, Proton mencatatkan jualan sebanyak 13,216 unit! Ia bukan sahaja jualan tertinggi pada tahun 2020, malah merupakan jualan bulanan tertinggi sejak Jun 2012! Pencapaian ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan dengan mengambil kira suasana ekonomi yang agak sukar buat masa ini.

Saga, Model Paling Laris

Proton Saga merupakan model paling laris terjual iaitu sebanyak 5,421 unit, diikuti dengan X70 (3,087 unit). Manakala Persona dan Exora masing-masing mencatatkan 3,043 unit dan 792 unit. Menurut CEO, Li Chunrong, Proton akan melipatgandakan usaha untuk memintas jenama Perodua dan menjadi jenama pilihan nombor satu di Malaysia.

“Bagi kami, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah untuk berkembang di Malaysia terlebih dahulu. Cara kami untuk memacu perniagaan kami menjadi lebih stabil adalah sangat penting. Sangat mudah untuk membelanjakan wang, tetapi sangat sukar untuk menjana wang.

Kami ingin menjadi jenama No 1 di Malaysia terlebih dahulu, kemudian menerokai pasaran Asia. Tetapi kami tidak mahu berhenti setakat ini sahaja. Sekarang kami sudah berada di Brunei, bukan sekadar model biasa sahaja, tetapi juga X70”. – Li Chunrong dalam temubual bersama The Edge

Walau bagaimanapun, persaingan yang sihat antara jenama-jenama besar seperti ini amatlah dialu-alukan kerana ia secara tidak langsung menguntungkan pembeli. Jika anda sedang mencari kereta Proton terpakai idaman anda, anda boleh memulakan carian anda di CARSOME– platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular