HomeBMApakah Jenama dan Model Kereta Paling Popular di Malaysia?

Apakah Jenama dan Model Kereta Paling Popular di Malaysia?

Setiap individu memiliki citarasa dan kehendak yang tersendiri dalam membeli kereta idaman tidak kiralah sama ada kereta baharu atau kereta terpakai. Pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta antaranya harga, jenama, kualiti, kos penyelenggaraan dan nilai jualan semula atau resale value. Carsome menyenaraikan jenama dan model kereta popular yang dijual kepada Carsome sepanjang tahun 2020 untuk panduan anda.

Jenama dan Model Kereta Popular 2020

Berdasarkan data daripada Carsome Insights 2020, Perodua merupakan antara jenama popular yang dijual kepada Carsome iaitu sebanyak 31% daripada keseluruhan jualan. Sama seperti tahun sebelumnya, jenama automotif tempatan mendominasi senarai kereta yang dijual kepada Carsome. Ia diikuti oleh Proton sebanyak 23%, Toyota (20%), Honda (18%) dan Nissan (18%). Anda boleh rujuk infografik yang disediakan di bawah untuk mengetahui jenama dan model kereta paling popular 2020 dengan lebih terperinci:

jenama kereta popular 2020

Selain itu, anda juga boleh melihat peratusan kereta paling popular dijual kepada Carsome mengikut model. Kedudukan tiga teratas model paling popular didominasi oleh Perodua Myvi (25%), Proton Saga (12%) dan Honda City (11%). Toyota Vios (10%) dan Perodua Alza (9%) pula menduduki kedudukan keempat dan kelima model kereta paling popular. Ia diikuti oleh Perodua Viva (8%), Honda Civic (7%), Proton Persona (7%), Perodua Axia dan Proton Exora dengan masing-masing sebanyak 6% dan 5%.

model Kereta Popular 2020

Jenama dan Model Kereta Popular 2019

Menurut Persatuan Automotif Malaysia, sebanyak 604,287 kenderaan baharu didaftarkan di Malaysia pada tahun 2019. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1% daripada jumlah keseluruhan industri berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, pasaran kereta terpakai juga dilaporkan semakin berkembang. Menurut laporan The Malaysian Reserve, keseluruhan pasaran kereta terpakai di Malaysia adalah di sekitar 400,000 unit setiap tahun atau sekitar 66% daripada penjualan kereta baharu. Carsome menyenaraikan jenama dan model kereta paling popular di Malaysia terutamanya dalam pasaran kereta terpakai.

pasaran kereta terpakai dan kereta baharu

1. Jenama Kereta Popular 2019

Mengikut laporan daripada data yang dikeluarkan oleh Carsome Insights 2019, syarikat automotif tempatan Perodua dan Proton mendominasi kedudukan pertama dan kedua jenama kereta popular yang dijual kepada Carsome iaitu sebanyak 48% daripada keseluruhan jualan. Manakala jenama Jepun seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda dan Mitsubishi mendominasi 45% jualan, diikuti oleh jenama kontinental popular seperti Volkswagen, Ford dan BMW dengan 7%. 

jenama kereta paling popular 2019

Perodua, Proton, Toyota, Honda dan Nissan merupakan 5 jenama utama pilihan pengguna di Malaysia. Jenama-jenama ini mendominasi hampir 89% daripada keseluruhan jualan sekali gus membuktikan populariti jenama ini dalam pasaran.

2. Model Kereta Popular 2019

Berdasarkan Carsome Insights 2019, sebanyak 50% model kereta yang dijual kepada Carsome merupakan model Perodua (Myvi, Alza, Viva dan Axia). Proton mengikuti rapat di kedudukan kedua terbanyak dengan 23% terdiri daripada model Saga, Persona dan Exora. Model kereta jenama Jepun (Toyota Vios, Honda City dan Civic) dengan nilai pecahan sebanyak 27%. Malah, nisbah antara kereta jenama tempatan dan Jepun adalah sebanyak 3:1 atau 73% daripada jumlah keseluruhan jualan. 

model kereta paling popular 2019

Berdasarkan data di atas, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan Honda City merupakan antara jenama dan model kereta paling popular dengan nilai jualan semula yang tinggiSelain itu, jika anda sedang mempertimbangkan mana-mana model kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk maklumat lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular