HomeBMProton S70 Kini Sudah Dilancarkan Secara Rasmi!

Proton S70 Kini Sudah Dilancarkan Secara Rasmi!

Sejak awal tahun yang lalu, ramai yang teruja dengan ura-ura yang mengatakan Proton akan mengeluarkan kereta sedan baharu. Setelah hampir setahun menunggu, Proton akhirnya telah melancarkan kereta sedan baharu mereka yang dikenali sebagai Proton S70 secara rasmi pada 28 November 2023!

Model kereta sedan terakhir yang diperkenalkan oleh Proton adalah Proton Persona pada tahun 2016 yang lalu jadi pelancaran model ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Proton.

Dalam artikel ini kami senaraikan harga dan semua maklumat tentang varian yang ditawarkan untuk Proton S70.

Artikel berkaitan: Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM 123,800!

Senarai Harga & Varian Kereta Proton S70

Proton S70 dibina berasaskan Geely Emgrand yang dilengkapi dengan enjin 1.5 L empat silinder NA bersama kotak gear CVT. Tetapi, Proton S70 pula dilengkapi dengan enjin 1.5 L tiga silinder dengan pengecas turbo bersama kotak gear DCT 7 kelajuan – sama seperti yang digunakan dalam Proton X50, Proton X70, dan Proton X90.

proton s70 sedan

Walau bagaimanapun, Proton S70 hanya akan menerima enjin suntikan port 1.5 T dan bukannya enjin suntikan terus 1.5 TGDi yang ada pada model Proton yang lain. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa sehingga 150 PS dan 226 Nm, lebih daripada cukup untuk kereta sedan pada saiz ini.

Artikel berkaitan: Proton Saga vs Perodua Bezza: Kereta Sedan Paling Mampu Milik?

Harga Proton S70

Terdapat empat varian Proton S70 yang ditawarkan dan berikut adalah senarai varian dengan harga Proton S70:

Varian Proton S70 Harga Proton S70
Proton S70 Executive RM73,800
Proton S70 Premium RM79,800
Proton S70 1.5T Flagship RM89,800
Proton S70 1.5T Flagship X RM94,800

Varian Proton S70

Proton S70 1.5T Executive

Ini merupakan varian asas untuk Proton S70. Ia didatangkan dengan rim aloi 16 inci, lampu hadapan halogen, lima port USB, empat pembesar suara, paparan meter monokrom 3.25 inci, dan unit infotainment bersepadu berasaskan Linux bersaiz 8 inci.

Seperti semua model Proton terdahulu yang dibina berdasarkan model Geely, sistem infotainment kereta ini tidak akan mempunyai fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri-ciri Keselamatan:
  • Enam beg udara
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Sistem Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TC)
  • Sistem Bantuan Pegun Bukit (HHA)
  • Sistem Amaran Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)

Proton S70 1.5T Premium

Varian kedua yang ditawarkan untuk Proton S70 ini dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan seperti sistem pendingin hawa automatik dengan corong tambahan pada tempat duduk belakang, lampu belakang LED, lampu hadapan automatik, dan juga bahagian dalaman yang dibalut dengan kulit sintetik.

Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan seperti kamera undur bersama dengan sensor parkir di bahagian hadapan dan belakang.

Proton S70 1.5T Flagship & Flagship X

Varian Flagship pula datang dengan rim aloi 17 inci, but yang boleh dibuka secara automatik menggunakan sensor di bawah bumper bahagian belakang, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, paparan sistem infotainment TFT bersaiz 10.25 inci dengan resolusi 1920 x 720, sistem arahan suara, dan pengecas tanpa wayar untuk telefon .

Ciri-ciri keselamatan:

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian paling atas ini dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan Sistem Bantu Pemanduan Lanjutan (ADAS) Aras 2. Sistem keselamatan canggih ini adalah sistem yang sama pada Proton X90, tetapi tanpa ciri Bantuan Susur Laluan Kecemasan (ELKA) dan Sistem Bantu Parkir Automatik (APA):

  • Sistem Amaran Lencongan (LDW)
  • Sistem Pencegah Lencongan  (LDP)
  • Sistem Kawalan Suai Pandu (ACC)
  • Sistem Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Sistem Maklumat Papan Tanda (TSI)
  • Sistem Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)

Akhir sekali, varian Flagship X turut didatangkan dengan semua ciri yang ada pada varian Flagship, tetapi dengan tambahan sunroof.

Dengan kejayaan model-model baharu daripada Proton seperti Proton X50 dan Proton X70, adakah Proton S70 juga akan mengorak langkah yang sama dengan mendominasi pasaran kereta sedan di Malaysia?

Harga yang sangat berpatutan, ciri keselamatan yang moden, dan teknologi canggih yang disertakan dengan Proton S70 menjadikan kereta sedan ini pilihan yang sangat berbaloi untuk dibeli, lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk menaik taraf kepada kereta sedan yang lebih besar.

Jika anda ada merancang untuk menjual kereta lama anda atau membeli kereta terpakai, layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME untuk dapatkan kereta pramilik berkualiti yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselesaan sepenuhnya, keselamatan melebihi taraf, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular