Membeli kereta bukanlah benda yang mudah. Lagi-lagi jika anda ingin membeli kereta pertama. Banyak proses yang anda tak faham. Banyak benda yang anda tak tahu. Apa yang perlu disediakan? Berapa ansuran bulanan kereta? Layak ke gaji nak beli kereta?
Dan banyak lagi soalan yang anda takkan dapat jawapan mudah dengan buat carian di Google. Untuk memudahkan proses membeli kereta untuk anda, di setiap Pusat Pengalaman dan juga Pusat Pemeriksaan CARSOME ada ramai konsultan CARSOME yang akan membantu anda!
Konsultan CARSOME ini akan membantu anda untuk segala macam proses untuk menjual ataupun membeli kereta. Buat anda yang langsung tidak tahu prosesnya bagaimana, jangan risau! Konsultan CARSOME kami akan membantu anda.
Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual Dan Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!
Tak kira hujan panas sekalipun ribut kemarau, konsultan CARSOME akan memastikan semua kehendak serta keperluan pelanggan akan cuba dipenuhi bagi memastikan kesemua pelanggan kami hanya memperolehi pengalaman tanpa rumit sepanjang proses membeli atau menjual kereta bersama CARSOME.
Sepanjang membantu pembelian kereta berbagai-bagai jenis pelanggan, semestinya para konsultan CARSOME mempunyai banyak pengalaman yang menarik, pelik(?), dan tidak boleh dilupakan.
Nak tahu apa lagi pengalaman yang menarik, jom kita baca cerita-cerita yang sempat penulis kumpulkan:
“Tak Tahu Nak Pam Tayar Kereta, Saya Pun Tolonglah Dia”
Syamil, salah seorang konsultan CARSOME di Setiawangsa berkongsikan yang dia akan pastikan kesemua pelanggan di bawah perhatiannya akan mendapat layanan terbaik. Dia akan cuba membantu sebaik mungkin meski bantuan yang diberikan mungkin kelihatan kecil.
Dia mengimbau kembali, pelanggan pertamanya dahulu. Ia merupakan pelanggan dari India yang masih baru berada di Malaysia. Disebabkan masih tidak biasa dengan sistem yang ada di sini, dia menghadapi beberapa kesukaran untuk memandu kereta.
Antara yang paling diingati oleh Syamil apabila pelanggan tersebut tidak tahu cara untuk mengepam tayar kereta yang baru dibelinya. Mungkin kekok atau tidak biasa dengan peralatan yang ada jadi dia tidak tahu cara untuk pam tayar di sini.
Walaupun bukan lagi menjadi tanggungjawabnya tetapi atas dasar kemanusiaan, dia membantu dan mengajar pelanggan tersebut cara untuk mengepam tayar kereta.
Artikel berkaitan: Encik Hafiy & Encik Eswaran Kongsikan Pengalaman Mereka Beli Kereta di CARSOME!
Melihat orang lain senang dan gembira membuatkan Syamil terus ingin berbakti kepada pelanggannya meski ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
Hantar Kereta Jauh-Jauh? No Problem!
Katakanlah anda berada di Selangor dan anda nak beli kereta daripada CARSOME. Namun, kereta yang anda nak beli itu berada di Pusat Pengalaman yang agak jauh. Nun di selatan sana! Ya, anda tetap boleh beli kereta walaupun ia terletak jauh daripada anda. Kami akan hantarkan kereta anda sampai ke depan pintu rumah anda!
Azwan, seorang konsultan CARSOME daripada Cheras pernah berkongsikan bahawa dia banyak kali menghantarkan kereta untuk pelanggan yang terletak jauh dari Cheras.
Kenapa dia sanggup melakukan perkara sebegini? Dia tidak mahu pelanggannya berasa susah. Kemudahan ini sudah disediakan oleh CARSOME, maka dia sepatutnya berusaha lebih kerana pelanggan itu telah mempercayainya.
Duduklah anda di mana-mana pun, konsultan CARSOME seperti Azwan akan memastikan kereta anda selamat sampai di rumah anda!
Terima Kasih Konsultan CARSOME!
Jika bukan kerana konsultan CARSOME ini, tidak mungkin CARSOME akan menjadi antara jenama kereta terpakai yang paling dipercayai. Jika anda dah dapat dan memandu kereta yang anda beli daripada CARSOME, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada konsultan CARSOME kerana merekalah yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anda mendapatkan kereta idaman anda!
Kerana Konsultan CARSOME, Lebih 300,000 Orang Telah Memilih CARSOME!
Tanpa konsultan CARSOME, CARSOME tidak akan mungkin meraih kepercayaan lebih 300,000 orang pelanggan serata Malaysia!
Artikel berkaitan: Nak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami Untuk Jual & Beli Kereta?
Kepada anda yang telah menyokong kami selama ini, kami sangat-sangat menghargai kepercayaan anda dan kami ingin mengucapkan terima kasih untuk segalanya.
Layari laman web CARSOME atau kunjungi Pusat Pengalaman CARSOME terdekat untuk menikmati layanan terbaik Konsultan CARSOME kami dalam perjalanan mencari kereta terbaik untuk anda.
Anda juga boleh meninjau kereta yang anda ingini di aplikasi kami. Muat turunnya di Google Play Store dan juga di Apps Store sekarang.