HomeBMTersangkut dalam Kesesakan Jalan Raya Masa Nak Berbuka? Ini Apa yang Anda...

Tersangkut dalam Kesesakan Jalan Raya Masa Nak Berbuka? Ini Apa yang Anda Boleh Buat

Sedar tak sedar, bulan Ramadan yang mulia kini sudah pun tiba. Ada banyak perkara yang boleh kita nikmati pada bulan yang istimewa dan penuh rahmah ini seperti berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan, pergi ke bazar Ramadan, makan juadah berbuka, dan banyak lagi.

buka puasa dalam kereta, muslim family iftar together in house

Tapi, ada satu benda yang kita semua mesti nak elak – tersangkut dalam kesesakan jalan raya bila nak balik rumah untuk berbuka. Di sini, kami senaraikan beberapa tip yang boleh anda ikuti supaya anda boleh buka puasa dengan mudah walaupun anda tersangkut di atas jalan raya.

Ubah Jadual Pemanduan Anda

Pada bulan Ramadan, perubahan dalam jadual pemanduan rakyat Malaysia adalah perkara biasa. Kebiasaannya, kita akan keluar ke pejabat di antara pukul 7 pagi ke 8 pagi dan waktu pulang ke rumah pula adalah di antara pukul 5 petang ke 6 petang.

Semasa bulan puasa pula, jadual ini akan berubah sedikit di mana kebanyakan orang akan bergerak pulang lebih awal – antara pukul 4 petang hingga 5 petang, agar mereka sempat berbuka puasa di rumah, yang kebiasaannya jatuh antara pukul 7.15 malam hingga 7.30 malam.

ramadan time

Atur perjalanan anda dengan sebaik mungkin supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Biasanya, waktu puncak trafik di bulan Ramadan adalah antara pukul 5 petang hingga 6 petang. Elakkan daripada memandu pulang pada masa ini atau anda mungkin terpaksa berbuka puasa di dalam kereta.

Sediakan Snek dalam Kereta

Melewatkan berbuka puasa adalah amalan yang tidak baik. Apabila anda tersangkut dalam kesesakan jalan raya, pasti sukar untuk anda berbuka, lebih-lebih lagi jika anda tak sempat beli juadah berbuka.

Sebab inilah anda perlu sediakan makanan ringan dalam kereta bila memandu pada bulan puasa. Cukup sekadar anda sediakan kekacang, buah-buahan kering atau bar tenaga dan air mineral untuk kecemasan.

Berbuka puasa dengan makanan manis boleh memberi anda tenaga yang diperlukan untuk teruskan pemanduan dan anda boleh nikmati juadah berbuka bersama keluarga tercinta setelah sampai di rumah.

Dengarkan Azan

Detik azan Maghrib berkumandang adalah waktu yang paling dinanti-nantikan pada bulan Ramadan, kerana ia menandakan waktu berbuka puasa sudah tiba. Kami pasti ramai yang lebih gemar mendengar lagu kegemaran masing-masing di Spotify, tapi anda mungkin akan terlepas azan kalau terleka.

Apabila waktu berbuka sudah hampir – dalam pukul 7 malam, kami sarankan agar anda mengubah siaran kepada stesen radio yang menyiarkan azan. Atau, anda juga boleh gunakan aplikasi seperti Muslim Pro yang mampu menyiarkan notifikasi apabila masuknya waktu solat.

Dapatkan Aksesori Kereta yang Berguna

Apabila berbuka puasa dalam kereta, anda perlu pastikan yang kereta anda berada dalam keadaan bersih dan teratur. Ada pelbagai aksesori kereta yang dijual pada harga berpatutan yang boleh boleh anda gunakan.

Sebagai contoh, anda boleh dapatkan aksesori kereta seperti meja makan mudah alih dalam pautan ini agar anda ada ruang yang sesuai untuk letak makanan dan minuman anda bila nak berbuka. Ia juga dapat mengelakkan serdak atau cebisan makanan daripada jatuh ke lantai kereta anda.

Aksesori lain yang boleh anda gunakan adalah tong sampah kecil seperti dalam pautan ini yang boleh membantu anda mengumpulkan sampah dalam kereta selepas anda selesai makan.

Tip Pemanduan Selamat Jika Anda Berbuka dalam Kereta

Berhenti Di Tempat yang Sesuai

Tak salah nak berbuka sambil memandu, tapi ia agak bahaya kerana anda tak boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap pemanduan apabila sedang makan. Lebih baik jika anda memberhentikan kereta anda di tempat yang selamat dan sesuai agar anda boleh berbuka dengan tenang.

Elakkan daripada berhenti di lorong kecemasan untuk berbuka kerana anda mungkin akan menghalang laluan tersebut. Lorong ini disediakan khas untuk kegunaan agensi penyelamat dan penguatkuasaan seperti ambulans, bomba, dan polis serta kenderaan yang rosak atau dalam situasi kecemasan, bukan untuk memberhentikan kenderaan sesuka hati.

Jika keadaan mengizinkan, cari stesen minyak atau kawasan rehat yang berdekatan dalam masa 15 hingga 20 minit sebelum masuk waktu berbuka. Ini membolehkan anda berbuka dengan tenang dan juga mendapatkan rehat yang cukup sebelum menyambung semula perjalanan anda.

Sediakan Minuman dalam Bekas yang Sesuai

Selepas seharian berpuasa, kita mesti nak minum secawan air yang manis dan sejuk semasa berbuka. Tetapi, jika anda minum air semasa memandu, ianya sangat merbahaya dan mungkin boleh menyebabkan kemalangan. Bayangkan kalau anda terlanggar lubang, habis satu kereta basah atau lebih teruk lagi, melekit, disebabkan air yang tumpah.

ramadan drinks

Jadi lebih baik jika anda dapatkan minuman dalam bekas kecil yang boleh dikendalikan dengan sebelah tangan bersama straw yang boleh diletakkan dalam pemegang cawan kereta anda. Dengan cara ini, anda boleh menikmati minuman anda tanpa perlu risau akan sebarang tumpahan.

Artikel berkaitan: Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) Yang Wajib Anda Singgah Kalau Anda Balik Kampung Nanti!

Elakkan Makanan yang Memerlukan Kutleri

Satu lagi tips penting jika anda mahu berbuka dalam kereta adalah untuk mengelakkan makanan yang memerlukan kutleri untuk dimakan. Ini termasuklah makanan seperti sup, bubur, mee, dan lain-lain.

ramadan utensil

Sebab utama ia perlu dielakkan adalah kerana makanan tersebut mudah tumpah apabila dimakan dan kami yakin tiada sesiapa yang mahu habiskan masa berbuka mereka membersihkan sisa makanan dalam kereta.

Bagaimana pula dengan snek seperti coklat? Walaupun ia agak mengenyangkan dan boleh memberi tenaga tambahan untuk anda teruskan pemanduan, ia akan meninggalkan kotoran pada tangan, dan berisiko meninggalkan kesan pada setiap permukaan yang anda pegang. Ini akan mengganggu perhatian anda semasa memandu.

Sebaliknya, pilih makanan yang mudah untuk dimakan dan boleh dimakan menggunakan sebelah tangan seperti roti berkrim atau berinti, kekacang, dan juga buah-buahan kering. Apa yang penting, ia boleh memberi anda tenaga yang mencukupi untuk terus memandu.

Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk berbuka puasa dengan mudah walaupun semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tips mudah ini juga boleh membantu anda dalam perjalanan balik kampung atau pergi bercuti. Tambahan pula, kereta berkualiti yang berfungsi dengan baik juga penting untuk memastikan anda boleh sampai ke rumah dengan selamat untuk berbuka puasa.

Mencari Kereta Pramilik Berkualiti? Pilih CARSOME Certified! 

Kalau anda merancang untuk membeli kereta pertama atau naik taraf kereta lama anda untuk menyambut Hari Raya yang akan datang, apa kata anda dapatkan kereta pramilik berkualiti daripada CARSOME?

Kereta CARSOME Certified telah diperiksa dengan teliti melalui pemeriksaan 175-titik kami untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk dan banjir. Ia juga telah melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik seperti baharu.

Selain itu, kereta CARSOME Certified kami juga dilengkapi dengan waranti satu tahun dan jaminan pulangan wang dalam lima hari untuk memberi anda ketenangan jiwa dengan pembelian anda.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta idaman anda hari ini!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular