HomeBMJangan Redah Air Banjir Kalau Kereta Anda Tak Ada Semua Ini!

Jangan Redah Air Banjir Kalau Kereta Anda Tak Ada Semua Ini!

Jom imbas kembali apa yang dah terjadi penghujung tahun 2021. Bandar sebesar Kuala Lumpur jadi lumpuh disebabkan banjir setelah hujan turun tak berhenti selama beberapa jam. Ekoran itu, beberapa jalan utama ditutup dan ramai orang terperangkap. Kuala Lumpur dah tenggelam

Ramai yang tak dapat pulang kerana kereta mereka tak boleh bergerak dalam air banjir yang semakin naik. Tetapi ada juga yang berani meredah air banjir dengan kereta mereka. Ada yang berjaya, ada juga yang gagal. Hasilnya? Ada kereta yang terperangkap dalam banjir. 

kereta redah banjir

Sumber: ISMAweb

Kereta bukanlah satu mesin yang boleh sesuka hati didedahkan atau dicampakkan ke dalam air. Walaupun besar, kereta mempunyai banyak komponen dan bahagian yang sangat-sangat sensitif dengan kelembapan dan air. Terutama sekali komponen elektronik. 

Sekarang jom kita tengok apa ciri yang perlu ada pada sesebuah kereta bagi membolehkan ia meredah banjir dengan selamat tanpa perlu ke bengkel selepas ini. 

1. Kereta yang Tinggi 

Kalau air masih tak tinggi, ada peluang untuk anda meredah banjir. Itupun kalau kereta anda tinggi. Berapa tinggi kereta yang boleh meredah banjir? Sekurang-kurangnya lebih dua kaki. Ada beberapa model kereta yang sebenarnya boleh meredah banjir tanpa masalah. 

Model kereta seperti Hilux mempunyai tinggi yang cukup untuk meredah air lebih 600 mm. Sebenarnya, apa saja kereta jenis pacuan empat roda dan trak boleh mengharungi air banjir tanpa sebarang masalah. 

2. Pam Minyak Kalis Air

Antara komponen sensitif yang boleh rosak teruk sekiranya ada air yang masuk ialah pam minyak. Komponen ini terletak berhampiran tangki minyak dan berfungsi mengepam petrol ke enjin. Pam minyak ini dikawal oleh ECU kereta. 

Artikel berkaitan: 5 Tanda ECU Kereta Rosak dan Punca ECU Kereta Rosak Yang Perlu Anda Tahu

Apabila pam minyak ini dimasuki air, ia akan mengepam sekali air ke dalam kebuk enjin dan boleh menyebabkan kerosakan yang sangat teruk dan mahal untuk dibaiki. Ini boleh terjadi sekiranya pam minyak direndam terlalu lama di dalam air. 

Jadi, anda boleh cari kereta yang mempunyai pam minyak yang kalis air supaya sekalipun anda terpaksa meredah air banjir, kereta anda takkan rosak kerana air banjir. 

3. Komponen Elektrik Kalis Air 

Musuh utama komponen elektrik ialah air dan kelembapan. Air akan membuatkan komponen elektrik cepat berkarat. Anda tak nak memandu dengan komponen yang berkarat sebab ia boleh menyebabkan bencana kepada anda dan penumpang. 

Jadi, kalau anda nak meredah air banjir, carilah kereta yang ada komponen elektrik kalis air. Mungkin pada setiap sambungan wayar, ada salutan yang boleh mengelakkan air meresap masuk ke dalam wayar yang menyebabkan wayar berkarat. 

4. Bateri Kalis Air 

Komponen yang menjadi nyawa dalam sebuah kereta ada baterinya. Tanpa bateri, kereta takkan boleh dihidupkan kerana sumber elektrik diperlukan untuk memastikan palam pencucuh boleh dihidupkan untuk memastikan enjin boleh berfungsi.

Artikel berkaitan: Semua yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bateri Kereta

Tetapi, bateri juga merupakan antara komponen sensitif yang tidak boleh didedahkan kepada kelembapan dan air, terutamanya air banjir. Bateri sepatutnya boleh bertahan selama tiga hingga lima tahun tetapi jika didedahkan kepada kelembapan, ia tidak akan bertahan lama. 

Kalau anda sayangkan kereta anda, anda boleh mempertimbangkan untuk menukar kepada bateri kalis air. Harganya tak jauh beza berbanding bateri biasa yang dijual. Jadi, anda tak perlu risau bateri kereta anda rosak kalau ia terdedah kepada air atau kelembapan. 

Jadi, Kereta Apa yang Ada Semua Ciri-ciri Ini? 

Sebenarnya, tidak ada kereta yang dibina khusus untuk meredah air banjir yang dalam. Trak, lori, dan pacuan empat roda pun tidak akan terselamat seandainya ia terperangkap dalam air banjir yang dalam. 

Artikel berkaitan: Kereta 4×4 Pickup Truck atau ‘Hailak’ Paling Popular di Malaysia

Kalau anda nak kereta anda selamat, lebih baik anda jangan beranikan diri dan ambil risiko meredah air banjir dengan kereta anda. Kecuali anda ada duit yang banyak untuk baiki kerosakan yang bakal terjadi atau beli kereta baharu terus. 

Lagi-lagi kalau kereta anda merupakan kereta premium yang ‘manja’ dan tak boleh didedahkan dengan air banjir. Harga alat ganti kereta jenis ini juga tidak murah dan kita tak bincang lagi tentang kos upah dan pembaikian. 

Yang Lebih Penting Daripada Kereta Anda

Anda nak tahu tak kereta yang seberat dua tan itu sebenarnya sangat mudah untuk dihanyutkan oleh air banjir yang cuma setinggi 30 cm sahaja? Meskipun sarat dengan muatan, kereta masih lagi boleh dihanyutkan oleh air banjir sekiranya arus cukup kuat. 

Disebabkan itulah, sangat-sangat tidak digalakkan untuk anda meredah air banjir kerana dikhuatiri kereta anda boleh dihanyutkan oleh air banjir daripada kawasan cetek ke banjir yang lebih dalam. 

kereta redah banjir

Banyak kejadian yang melibatkan orang meninggal dunia di dalam kereta yang dihanyutkan oleh air banjir dan anda tak nak termasuk dalam jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat bencana banjir! 

Artikel berkaitan: Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Kereta Terjunam Ke Dalam Air

Jaga nyawa anda dahulu sebelum anda kisahkan tentang kereta anda. Seandainya anda terperangkap di dalam banjir. Jangan sesekali cuba untuk meredah air banjir terutama sekali jika air banjir tinggi lebih 30 cm. 

Untuk musim monsun dan musim hujan yang sedang berlangsung ini, sila jaga diri anda terutama sekali jika anda terpaksa memandu dalam hujan. Sentiasa peka dengan amaran cuaca dan banjir dan rancang perjalanan anda supaya anda tidak terperangkap di dalam banjir. 

Artikel berkaitan: Cara Pemanduan Selamat Ketika Musim Hujan

CARSOME Menjamin Ketenangan Minda Anda 

Di CARSOME, kami sentiasa dibanjiri oleh pelbagai pilihan kereta daripada puluhan jenama kereta terkenal. Kami ada pilihan terbaik untuk apa saja keperluan anda! Sama ada nak cari kereta untuk redah air banjir ataupun untuk meredah kesesakan di bandar. Kami ada semuanya!

Kesemua kereta kami telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. Sekalipun dikira sekali kos baik pulih, harga kereta CARSOME Certified masih lagi berpatutan dan tidak ada kos tersembunyi untuk pembaikan – ia adalah sesuatu yang kami pastikan supaya kami boleh menyediakan kereta pramilik yang melebihi taraf. 

Layari pelbagai kereta berkualiti yang telah dibaik pulih di laman web dan aplikasi CARSOME hari ini!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular