HomeAutomotiveNak Beli Kereta Baharu? Ini Kereta Yang Bakal Dilancarkan Tahun 2023

Nak Beli Kereta Baharu? Ini Kereta Yang Bakal Dilancarkan Tahun 2023

Bila dah masuk tahun baru ni kan, mesti ramai antara kita yang bercadang nak tukar kereta baharu. Ada yang nak tukar kereta mungkin kerana ahli keluarga yang semakin bertambah. Ataupun ada yang nak beli kereta kerana sudah berkerjaya. 

Pada tahun 2023 ini, beberapa pengeluar kereta tempatan dan antarabangsa dijangka akan melancarkan varian baharu daripada model sedia ada. Ada juga pengeluar yang akan mengeluarkan model baharu dengan kategori SUV paling banyak menjadi tumpuan. 

Artikel berkaitan: Ini Model Kereta Bajet Yang Paling Boleh Diharapkan Tahun 2022

Buat anda yang ternanti-nantikan kereta apa yang akan dilancarkan pada tahun 2023 ini, anda boleh lihat senarai kereta yang akan dilancarkan di sini: 

1. Honda 

Pada tahun 2023 ini, pengeluar kereta Jepun, Honda dijangka akan mengeluarkan beberapa varian baharu untuk model sedia ada. 

Varian tahun 2023 bagi model BR-V dan juga WR-V dijangka akan dilancarkan pada Mac 2023. BR-V merupakan SUV tujuh tempat duduk bakal mendapat naik taraf seperti naik taraf rekaan yang lebih ‘garang’ di samping enjin dengan lebih kuasa kuda berbanding model sebelum ini. 

Perbandingan antara BR-V tahun 2022 (kiri) dengan BR-V tahun 2023. Sumber: Philkotse

Bagi model WR-V pula, rekaan terkini yang menjadikan kereta model ini bukan lagi dikategorikan sebagai kereta crossover seperti varian sebelum ini, sebaliknya dikenali sebagai mini SUV, sama seperti Perodua Ativa. 

Antara model yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat kereta ‘H’ ini semestinya Honda Civic Type R 2023 yang dilancarkan September tahun lepas. Dilengkapi dengan enjin turbo berganda 2.0, semestinya bakal menjadi kegilaan kaki-kaki kereta! 

2. PERODUA 

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) juga tidak ketinggalan termasuk dalam senarai pengeluar kereta yang akan mengeluarkan varian baharu. Model yang diperkatakan akan datang dengan varian baharu ini ialah Axia 2023 Turbo. 

Yang menariknya, varian baharu Axia ini bakal menerima naik taraf terbesar iaitu enjinnya akan dilengkapi dengan turbo 1.0 liter. Dikatakan varian Axia ini akan berdasarkan Daihatsu Ayla dan Toyota Agya yang telah dilancarkan di Indonesia tahun lepas. 

Gambaran PERODUA Axia 2023? Sumber: Pandu Laju

Anda bayangkan kereta kompak dengan enjin turbo. Adakah ia akan mencabar model abangnya iaitu Myvi di atas jalan? Sesuatu yang menarik untuk dilihat jika Axia 2023 ini dilancarkan pada tahun ini.

Jadi, macam mana agaknya rupa varian baharu Axia 2023 ini? Kita sama-sama nantikan pelancarannya nanti! 

3. Proton 

Kalau dah bercakap tentang PERODUA, mestilah kita kena bercakap sekali tentang seterunya dalam Malaysia iaitu Proton. 

Setelah dikecewakan dengan pelancaran varian baharu Exora 2023, peminat kereta jenama ini semestinya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Proton untuk tahun baharu ini. 

Proton Exora 2023. Sumber: Wapcar

Dikatakan Proton akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini. Satu model SUV dan satu lagi, MPV (tolonglah jangan jadi macam kes Exora!). Menurut desas-desus peminat kereta, SUV yang bakal dilancarkan ini ialah X90 yang sepatutnya dilancarkan tahun lepas. 

Walau bagaimanapun, berita ini masih lagi tidak dapat dipastikan. Adakah ia akan berakhir sama seperti pembatalan pelancaran model X90? Sama-sama kita nantikan berita terkini daripada Proton. 

4. Chery 

Antara kenderaan utiliti sukan (SUV) yang paling ditunggu-tunggu tahun 2023 ialah Chery Omoda 5. Model ini akan dilancarkan di Malaysia pada tahun ini. 

Chery Omoda 5. Sumber: Wapcar

Rekaannya yang super eksklusif dengan gril hadapan menampakkan tahap premium yang bakal diberikan oleh model ini. Bukan hanya hadir dengan rupa yang ‘garang’, kereta ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri yang membuatkan ramai yang ingin memilikinya seperti: 

– Enjin 1.6 liter dengan penjana turbo berganda 

– Transmisi tujuh kelajuan dengan dwiklac automatik. 

Chery Omada 5 ini dijangka akan dilancarkan pada suku kedua 2023. Belum dapat dipastikan lagi berapakah harga jualan Omada 5 di Malaysia tapi dijangkakan harganya agak ‘keras’ memandangkan ia didatangkan dengan pelbagai ciri moden lain beserta rekaan premium. 

2023 Tahun Terbaik Kalau Nak Beli EV? 

Kalau sebelum ini EV hanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi, namun dengan kemasukan banyak model EV harga bajet mula memasuki pasaran Malaysia, EV mungkin dapat dimiliki dan dipandu oleh lebih ramai golongan. 

EV Ora Cat. Sumber: Wapcar

Antaranya seperti Great Wall Motor Malaysia (GWM) yang memasuki pasaran automotif Malaysia dengan model Ora Cat. yang menariknya, model ini dijual pada harga kurang daripada RM150,000. 

Artikel berkaitan: Kereta EV Kini Bukan Lagi Untuk Golongan Kayangan

EV BYD Atto 3. Sumber: Wapcar

Selain itu, satu lagi pengeluar kereta, BYD turut sama mencuba nasib apabila mereka membawa masuk model Atto 3. Model ini juga dijual pada tanda harga bawah RM150,000. BYD dijangkakan turut akan membawa masuk beberapa model lagi ke Malaysia seiring dengan pembukaan bilik pamerannya di sini. 

Berbelanja Ikut Kemampuan! 

Tak kisahlah apa tujuan anda membeli kereta tahun 2023 ini – sama ada untuk menaik taraf, ataupun menambah koleksi sedia ada, berbelanjalah mengikut kemampuan anda. Tahun 2023 dijangka akan memperlihatkan beberapa kali lagi kenaikan OPR dan ini berkemungkinan besar  akan memberi kesan kepada pembayaran ansuran pinjaman kereta. 

Rancang perbelanjaan anda sebelum membeli apa-apa kereta memandangkan membeli kereta boleh memberi kesan kepada kewangan anda dalam masa beberapa tahun. Membeli kereta bermakna anda mengikat diri anda untuk komitmen kewangan jangka masa panjang. 

Yang pasti, membeli kereta bukan lagi satu perkara yang renyah dan menyusahkan bersama CARSOME! Anda cuma perlu layari laman web CARSOME, cari kereta yang anda nak, dan kami akan uruskan semua kertas kerja! 

Artikel berkaitan: Boleh Beli Kereta Pakai App Je Dengan CARSOME? Biar Betul!

Dengan pelbagai promosi bulanan, anda akan mendapat lebih banyak nilai apabila membeli kereta daripada CARSOME! 

Layari laman web CARSOME untuk mengetahui promosi terkini! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular