HomeBMKereta EV Kini Bukan Lagi Untuk Golongan Kayangan

Kereta EV Kini Bukan Lagi Untuk Golongan Kayangan

Kalau anda nak pakai kereta elektrik (EV) kat Malaysia, anda boleh berangan sajalah terutama sekali jika pendapatan anda tak banyak. Memandangkan harga EV boleh mencecah ratusan ribu ringgit, anda boleh lupakan saja impian anda itu dan teruskanlah memandu apa saja kereta yang anda ada. 

Tapi kan, apa anda rasa jika impian nak guna EV kat jalan Malaysia bukan lagi angan-angan dan ia mungkin boleh direalisasikan tak lama lagi. Tak, anda tak perlu nak keluarkan belanja sampai beratus ribu ringgit semata-mata nak pandu EV. 

Dan lagi best? Anda tak perlu beli kereta baru tapi anda boleh pandu kereta elektrik. Dah pening? Hah! Mari kami perkenalkan sebuah syarikat tempatan yang boleh menjadikan EV ni bukan lagi satu angan-angan. 

Sebuah syarikat teknologi di Malaysia, EV Innovations memulakan satu inisiatif untuk menjadikan EV ini bukan lagi hanya boleh digunakan oleh golongan atasan tetapi juga untuk semua golongan. 

Dan untuk permulaan, EV Innovations ini telah memperkenalkan projek MyKar, projek menukar kereta yang menggunakan petrol kepada EV. Dan antara model kereta yang ditukarkan ialah si kecil Perodua Axia. 

Bukan EV Yang Pertama

Sebenarnya Axia Elektrik yang dihasilkan oleh EV Innovations ini bukanlah yang pertama. Axia Elektrik atau MyKar 3.0 ini merupakan model ketiga (sebab itu namanya MyKar 3.0). Sebelum ini mereka telah menukar Honda Jazz untuk model pertama (MyKar 1.0) dan juga Proton Arena untuk model seterusnya (MyKar 2.0) 

Oh ya, kalau anda lupa macam mana rupa Proton Arena, ini gambarnya: 

Sumber: WapCar

Dan ini pula Honda Jazz yang telah ditukarkan kepada EV. Macam Tesla Model X pun ada, kan? 

Sumber: WapCar

Buang Yang Lama, Pasang Yang Baharu 

Tapi macam mana EV Innovations ni ubah kereta yang gunakan petrol kepada EV? Secara konsepnya mudah saja. Mereka buang semua komponen yang tak perlu. Enjin, motor, kotak gear, tangki minyak, transmisi dan pasang yang baru. 

Apa yang mereka pasang? Motor elektrik, sistem pengurusan bateri (BMS), bateri lithium fosfat, wayar yang berjela-jela panjangnya, dan lain-lain komponen lain untuk membolehkan sebuah EV bergerak. 

Dan dah pasti, proses ubah suai ni tak percuma ya. Menurut EV Innovation, mengubah suai kereta ini menelan kos sebanyak RM50,000. Mungkin agak mahal tetapi dengan pengeluaran massa, EV Innovation memberitahu kemungkinan kos ini boleh dikurangkan hingga lebih separuh. 

Kelebihan Berbanding Beli EV Baharu

Seperti yang dikatakan sebelum ini, EV Innovation kini sedang menumpukan daripada segi penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan kit EV. Dengan kit EV ini, apa sahaja kereta boleh ditukarkan menjadi EV.

1. Tak Perlu Beli Kereta Baharu

Secara mudahnya begini, dengan adanya kit EV ini, anda tak perlu lagi beli EV baharu. Di. Anda masih memandu kereta yang sama cuma kini ia menggunakan tenaga elektrik. Kos ubah suai juga lebih murah daripada harga EV baharu. 

Oh ya, EV juga tak perlukan servis major yang mahal. Jadi, anda perlu belanjakan RM0.00 untuk kos servis kereta. Tiada minyak enjin perlu ditukar. Mungkin sedikit pemeriksaan rutin untuk pastikan semua bahagian kereta dalam keadaan baik. Itu saja yang diperlukan. 

2. Stesen Minyak? Apa Tu? 

Dan antara kelebihan menggunakan EV ini ialah ia lebih menjimatkan berbanding kereta yang menggunakan petrol. EV Axia Elektrik oleh EV Innovation ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 23 kWh dengan jarak pemanduan sebanyak 220km. 

3. Harga Lebih Murah Dari Dinner Plate KFC. 

Andaikan kos penggunaan elektrik sebanyak RM0.50 untuk setiap kWh, bermakna setiap caj penuh dengan jarak pemanduan sejauh 220km ini hanya menelan kos sebanyak RM11.50. Cuba anda bayangkan berapa liter petrol boleh dibeli dengan harga RM11.50? 

Sama seperti gajet yang lain, kereta ini juga boleh dicas pada waktu malam. Tapi pastikan anda jangan lupa nak hidupkan palam. Kalau tak, mungkin bateri kereta akan ‘kong’ di tengah jalan! 

Tapi Selamat Ke Guna EV Ni? 

Setakat ini, EV sangat-sangat selamat digunakan kerana ia telah pun dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. Kalau anda nak tahu, teknologi EV ni sebenarnya bukanlah teknologi yang baharu. 

Ia telah wujud lebih 150 tahun daripada tahun 1832 lagi. Perkembangan teknologi EV merentasi zaman telah menjadikan ia lebih selamat sekarang. Ini termasuklah kit EV dan MyKar hasil inovasi daripada EV Innovation ini. 

Menurut EV Innovations , sistem pengurusan tenaga elektrik dalam kit EV mereka sangat efesien dan selamat. Jika kereta dicas dan ia telah penuh, sistem pengurusan bateri (Battery Management system-BMS) akan serta merta menghentikan cas ke bateri kereta. 

Pengecasan bateri juga lebih selamat kerana EV Innovation turut akan menyediakan stesen pengecas yang boleh menjadikan proses pengecasan kenderaan lebih selamat. Anda boleh saja cas menggunakan palam kuasa biasa di dinding rumah anda. Tapi lebih selamat kalau anda cas melalui stesen kuasa yang diberikan. 

Artikel berkaitan : Kereta Elektrik Murah dan Berbaloi Bawah RM100,000

Yang Tak Best Tentang EV

Sebenarnya, ada beberapa kekurangan jika anda memiliki EV ini termasuklah kereta yang ditukar menggunakan kit EV daripada EV Innovation ini. Antara yang paling jelas adalah jika pemilik tinggal di kawasan perumahan tinggi seperti apartmen dan kondominium. 

Ini menyukarkan untuk memasang stesen pengecas untuk mengecas EV mereka. Kerana apa? Perumahan seperti kondominium dan apartmen ini hanya mempunyai tempat letak kereta komunal yang dikongsi beramai-ramai dengan penduduk lain. 

Walaupun pemilik dah ada tempat letak kereta sendiri, ini masih lagi sukar memandangkan tempat letak kereta ini diuruskan oleh pihak pengurusan perumahan jadi, akan ada kesukaran sedikit seperti siapa yang akan menanggung kos elektrik yang digunakan. 

Tetapi, benda boleh dibawa bincang. Mungkin pemilik boleh berbincang dengan pihak pengurusan perumahan tentang pemasangan stesen kuasa ini dan mungkin pemilik yang akan menanggung kos elektrik yang digunakan di kawasan tempat letak kereta. 

Lepas Ni, Anda Tak Perlu Lagi Berangan Kalau Nak Pakai EV

Dengan usaha daripada syarikat seperti EV Innovation ini, nak pakai EV kini bukan lagi angan-angan. EV kini boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat. Dengan ini juga kita boleh mengurangkan pengeluaran karbon daripada asap kenderaan dengan penggunaan EV yang lebih meluas. 

Yang paling penting, anda boleh berjimat apabila menggunakan EV. Ucapkan selamat tinggal kepada petrol dan dapatkan penjimatan yang banyak sambil menyelamatkan alam sekitar. 

Beli Kereta Dengan Ketenangan Minda Hanya Di CARSOME

CARSOME mungkin belum lagi menjual kereta EV tapi apa yang kami boleh janjikan adalah kesemua kereta kami telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. Sekalipun dikira sekali kos baik pulih, harga kereta CARSOME Certified masih lagi berpatutan dan tidak ada kos tersembunyi untuk pembaikan – ia adalah sesuatu yang kami pastikan supaya kami boleh menyediakan kereta pramilik yang melebihi taraf. 

Dapatkan kereta idaman anda di carsome.my!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular