HomeBMSenarai Kereta Elektrik Murah di Malaysia Bawah RM150,000!

Senarai Kereta Elektrik Murah di Malaysia Bawah RM150,000!

Penggunaan kereta elektrik kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemandu, terutamanya di negara-negara maju. Di China, pengeluar automotif seperti BYD, Geely, dan NIO semakin aktif melancarkan kereta elektrik di negara mereka sendiri. Persaingan antara pengeluar automotif di sana secara tidak langsung menawarkan lebih banyak pilihan kereta elektrik murah dan berbaloi kepada pengguna.

Fenomena yang sama juga sedang berlaku di Malaysia dengan pelancaran pelbagai model kereta elektrik daripada jenama-jenama popular daripada luar negara seperti Tesla, Ora, Neta, dan BYD di pasaran tempatan. Sebelum ini memang agak sukar untuk dapatkan kereta elektrik dengan harga berpatutan, tetapi kini rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai model kereta elektrik murah dengan harga bermula daripada RM99,800 sahaja!

Di sini kami senaraikan 4 model kereta elektrik murah yang dijual secara rasmi di Malaysia untuk tatapan anda!

1) BYD Atto 3 – Daripada RM149,800

BYD Atto 3 adalah sebuah kereta elektrik yang dijual pada harga yang sangat berpatutan dengan prestasi dan jarak perjalanan yang luar biasa. Model ini dilancarkan oleh BYD SD Motors Malaysia pada Disember 2022 dan menawarkan reka bentuk yang serba moden serta ciri-ciri canggih yang menarik perhatian.

kereta elektrik murah, byd atto 3
Sumber: byd.com

Terdapat dua pilihan varian untuk BYD Atto 3 iaitu Standard Range yang dilengkapi dengan bateri 49.92 kWh dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 410 km (NEDC) atau 345 km (WLTP) yang dijual pada harga RM149,800 manakala varian Extended Range pula dilengkapi dengan bateri lebih besar yang berkapasiti 60.48 kWh dengan jarak perjalanan 480 km (NEDC) atau 420 km (WLTP) dan dijual pada harga RM167,800. 

2) Ora Good Cat – Daripada RM139,800

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada November 2022 oleh Great Wall Motors, Ora Good Cat adalah sebuah kereta elektrik yang menawarkan reka bentuk yang comel dan teknologi canggih dalam satu pakej yang berpatutan.

kereta elektrik murah, ora good cat
Sumber: gwm.com.my

Anda boleh dapatkan Ora Good Cat dalam dua pilihan varian – 400 Pro atau 500 Ultra. Ora Good Cat 400 Pro yang berharga RM139,800 menggunakan bateri berkapasiti 47.8 kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 400 km (NEDC) dan Ora Good Cat 500 Ultra yang berharga RM169,800 pula menggunakan bateri yang lebih besar, dengan kapasiti 63.1 kWh yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 500 km (NEDC).

3) BYD Dolphin – Daripada RM99,900

BYD Dolphin adalah salah satu kereta elektrik dengan harga jualan yang paling murah di Malaysia ketika ini, dan ia menawarkan reka bentuk yang elegan dan moden berserta teknologi terkini yang canggih.

kereta elektrik murah, byd dolphin
Sumber: byd.simedarbymotors.my

Didatangkan dalam dua varian –  BYD Dolphin Dynamic Standard Range adalah varian asas dan dijual pada harga RM99,900, diikuti oleh varian atas Premium Extended Range yang dijual dengan harga RM124,900. Kedua-dua varian BYD Dolphin dilengkapi dengan bateri Blade Lithium Iron Phosphate (LFP).

Pada varian Dynamic Standard Range, kapasiti tenaga bateri adalah 44.92 kWh, yang mampu memberi jarak pemanduan sehingga 410 km mengikut standard NEDC (340 km WLTP). Sementara itu, varian Premium Extended Range pula menawarkan jarak pemanduan sehingga 490 km (427 km WLTP) berdasarkan standard NEDC dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi iaitu 60.48 kWh.

4) Neta V – RM99,800

Inilah kereta elektrik yang paling murah di Malaysia setakat ini! Neta V mempunyai saiz yang hampir sama seperti sebuah Perodua Myvi dan ia dijual pada harga RM99,800. Bagi mereka yang sedang mencari kereta elektrik yang mampu milik, ini adalah pilihan yang paling praktikal.

kereta elektrik murah, neta v
Sumber: neta.my

Walaupun Neta V dipasarkan sebagai kereta elektrik bajet, ia dilengkapi dengan bateri 38.5 kWh yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 380 km dengan sekali cas mengikut standard NEDC. Anda boleh pandu Neta V daripada Ipoh ke Seremban tanpa perlu berhenti untuk mengecas, kecuali bila diperlukan.

Jual Kereta Lama Anda untuk Beli Kereta Elektrik Murah

Jika anda merancang untuk dapatkan mana-mana model kereta elektrik murah yang dijual di bawah harga RM150,000 seperti yang disenaraikan di atas, apa kata anda jual kereta lama anda kepada CARSOME untuk dapatkan modal tambahan?

Anda cuma perlu tempah sesi pemeriksaan kereta percuma dan dapatkan penilaian kereta yang menyeluruh daripada pemeriksa kami yang profesional dan kami akan uruskan semua kertas kerja yang diperlukan jika anda bersetuju dengan harga yang kami tawarkan. Anda juga akan menerima pembayaran dalam masa 24 jam*.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jual kereta lama anda dengan CARSOME sekarang!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular