HomeAutomotiveNak Tahu Apa Yang Best Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Tahun...

Nak Tahu Apa Yang Best Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Tahun Ini?

Tiada yang lebih baik daripada meraikan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai bersama keluarga. Ketika masa inilah anda mahu pulang ke kampung, bertegur sapa dan meluang masa bersama keluarga dan meraikan sambutan ini dengan penuh kesyukuran. 

Bagi suku Kadazan Dusun di Sabah, Tadau Kaamatan atau Pesta Kaamatan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Selepas selesai menuai hasil tanaman, inilah masanya untuk meraikan kejayaan hasil tuaian yang berjaya. 

 

Bagi mereka daripada suku Dayak di Sarawak, sambutan Hari Gawai ini lebih bermakna dengan sambutan bersama keluarga lain di rumah panjang. Sambut bersama barulah meriah! 

Buat mereka di semenanjung Malaysia, Hari Gawai serta Tadau Kaamatan merupakan dua sambutan yang berbeza yang diraikan oleh dua suku berbeza di Sabah dan Sarawak. Jadi, jangan keliru dan tertukar ya! 

Buat mereka yang menyambut Tadau Kaamatan di Sabah, semestinya acara yang ditunggu-tunggu merupakah Pesta Kaamatan. Dalam Pesta ini, macam-macam aktiviti yang akan dilangsungkan seperti nyanyian lagu-lagu tradisional, pertandingan bina badan, dan juga pertandingan Unduk Ngadau (pertandingan kecantikan). 

Ayuh Bah Jumpa CARSOME di Pesta Kaamatan Nanti! 

Pesta Kaamatan tahun ini akan dilangsungkan di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) penghujung Mei ini. Apa lagi acara yang akan dilangsungkan sepanjang acara Pesta Kaamatan ini? 

Sugandoi (pertandingan nyanyian lagu tradisional), Unduk Ngadau (pertandingan kecantikan), Mr. Kaamatan, serta pelbagai lagi aktiviti yang akan diadakan sempena Pesta kali ini. 

CARSOME Sabah

Untuk Pesta kali ini, ada yang special untuk orang-orang Sabah. Apa yang specialnya?

Kali ini, CARSOME akan membuka booth di Pesta Kaamatan. Ya, Untuk mereka-mereka yang belum tahu lagi, CARSOME sebenarnya telah membuka cawangannya di Sabah dan juga Sarawak. 

Anda nak tahu apa yang CARSOME buat? Nak tahu lagi macam mana proses jual kereta dengan CARSOME? Anda semua  boleh berkunjung ke Pesta Kaamatan di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA). 

Kami akan membuka booth di sana bermula 27 hingga 31 Mei. Di sana nanti jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan CARSOME, para konsultan CARSOME akan menjawab segala pertanyaan anda. 

Pada 30-31 Mei pula, anda juga berpeluang memenangi cenderamata eksklusif CARSOME dengan menyertai aktiviti dan permainan yang akan dilangsungkan dengan kehadiran Kupi-Kupi Cruiser daripada Kupi-Kupi FM. 

Kepada anda di sekitar Penampang, jangan lupa kunjungi kami nanti! 

Urang Sarawak, Kitak Datang Sana Nanti! 

Untuk orang-orang di Sarawak pula, kami akan bersama Kupi-kupi FM Gawai Cruisers yang akan singgah di beberapa lokasi di Sarawak. Ketahui lebih lanjut tentang CARSOME apabila kami singgah di tempat nanti. 

CARSOME Sarawak

Untuk tahu lebih lanjut tentang di mana Kupi-Kupi FM Gawai Cruiser akan singgah, oleh layari media sosial Kupi-Kupi FM

Nak menang cenderahati & hadiah eksklusif CARSOME? Jangan lupa sertai permainan dan aktiviti yang akan dijalankan ketika Gawai Cruisers singgah di tempat anda. 

Kitak Mau Jual Kereta? Kamek Ada! Jual Saja Di CARSOME Bah!

Orang-orang di Sabah dan Sarawak kini tak payah nak risau lagi kalau nak jual kereta kerana CARSOME dah pun membuka cawangannya di sana! Tiada lagi nak kena hadap macam-macam kesusahan hanya semata-mata nak jual kereta. 

 

Istimewanya untuk orang Sabah dan Sarawak yang menjual kereta mereka kepada CARSOME sepanjang Jun ini, anda akan mendapat baucar membeli belah bernilai RM20.

 

Tunggu apa lagi tu bah! Kasi cepat jual kereta kamu sama CARSOME!

Artikel berkaitan: Kenapa Nilai Kereta Cepat Susut & Cara Untuk Kekalkan Nilai Kereta Anda

Kenapa Nak Kena Jual Kereta Di CARSOME? 

1. Pemeriksaan Profesional Oleh Pakar 

Setiap inci kereta anda akan diperiksa oleh pemeriksa CARSOME. Sebenarnya, kami memeriksa 175-titik untuk memastikan kami boleh memberikan harga yang terbaik kepada anda. 

2. Tiada Bebanan Kertas Kerja. Kami Buat Semuanya Untuk Anda! 

Kalau nak jual kereta, kena sediakan dokumen itu ini kan? Kalau anda jual dengan CARSOME, tak payah susah-susah. Kami akan uruskan semuanya. Bawa kereta. Bawa diri. Lain-lain semua kami akan uruskan untuk anda. 

3. Harga Tawaran Tinggi Untuk Kereta Anda! 

Kalau anda jual kereta anda kepada CARSOME, kami akan memberikan harga yang tertinggi sesuai dengan harga pasaran semasa kereta yang ingin dijual. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada keadaan kereta yang anda ingin jual. 

4. Pembayaran Pantas dalam Masa 24 Jam 

Kalau anda nak jual kereta kepada CARSOME, berapa lama anda akan dapat bayaran anda? 

CARSOME akan membayar kepada anda dalam tempoh masa 24 jam. Tetapi, anda mungkin akan tak perlu menunggu lama pun untuk bayaran masuk. Mungkin dalam tempoh beberapa jam saja. 

Artikel berkaitan: Cara Mengelakkan Ditipu Semasa Membeli atau Menjual Kereta

Kat Mana CARSOME di Sabah & Sarawak? 

Kami telah membuka empat cawangan di Sarawak dan tiga di Sabah. 

CARSOME di Sarawak

  • Miri 
  • Bintulu 
  • Sibu
  • Kuching 

CARSOME di Sabah

  • Sandakan
  • Tawau
  • Kota Kinabalu 

Layari laman web CARSOME untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lokasi kami di Sabah dan juga Sarawak. 

Senangnya Jual Kereta dengan CARSOME! 

Menjual kereta tak sepatutnya jadi perkara yang susah untuk anda. Kerana itulah kami di CARSOME mahukan anda merasai pengalaman yang paling mudah demi ketenangan minda anda. 

Nak jual kereta? Buat tempahan janji temu sekarang di aplikasi CARSOME atau di laman web CARSOME. Anda juga boleh datang terus ke mana-mana cawangan CARSOME untuk menjual kereta anda! 

Nak jual kereta? #CARSOMEjaklah! 

 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular