HomeBMKenapa Nilai Kereta Cepat Susut & Cara Untuk Kekalkan Nilai Kereta Anda

Kenapa Nilai Kereta Cepat Susut & Cara Untuk Kekalkan Nilai Kereta Anda

Bagi kebanyakan orang, kereta merupakan antara benda paling mahal yang dibeli dalam hidup. Semua orang tahu hakikat itu. Disebabkan itulah, macam-macam benda yang harus dinilai dahulu termasuklah jumlah hutang pinjaman kerana ianya akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat. 

Sebelum nak beli kereta, anda kena tanya soalan ini kepada diri anda sendiri, “Mampu ke aku nak beli?”. Tapi kenapa macam mudah sangat soalannya? Kalau anda bingung kenapa soalan ini mudah, mungkin belum tiba masanya untuk anda membeli kereta*. 

Kereta tak gunakan air liur untuk bergerak – belum ada teknologi itu lagi. Nak pakai kereta, kena pastikan kereta sentiasa dijaga. Dan daripada situ datang pula persoalan kedua, “Mampu ke aku nak jaga kereta ini?”. Mungkin ini susah sikit untuk dijawab memandangkan ada saja kereta model baharu yang didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma untuk beberapa tahun pertama dan ada juga yang tidak disertakan. Biasanya, jurujual atau pusat servis dah buat anggaran kos untuk penyelenggaraan berkala dan daripada situ anda dah boleh agak sama ada anda mampu atau tidak untuk memastikan kereta boleh terus digunakan. 

Sekarang mari kita tengok faktor lain yang orang selalu terlepas pandang. Ia ialah kadar susut nilai atau nilai jualan semula. Tak ramai yang menganggap ini sebagai faktor penting ketika membeli kereta. Biasanya, ada yang beli kereta kerana mereka sukakannya dan tak merancang untuk menjualnya kembali. Manakala, ada yang nak membeli kereta baharu selepas beberapa tahun memilikinya dan ingin mendapatkan nilai jualan tertinggi daripada kereta yang mereka ada sekarang. 

Tak susah pun nak tahu kereta yang ada kadar susut nilai yang rendah. Lihat sahaja kereta daripada model arus perdana seperti Proton, Perodua, Honda, ataupun Toyota yang menawarkan nilai untuk pembelian, kualiti terjamin, penyelenggaraan yang tak mahal, penggunaan minyak yang jimat, dan ada ciri keselamatan yang bagus. 

Apa Itu Nilai Susut Kereta? 

Penyusutan nilai kereta ini tak semestinya melibatkan berapa lama kereta itu digunakan. Untuk orang biasa faham, susut nilai merupakan perbezaan nilai antara harga asal kereta ketika dibeli dan harga jika ia dijual kembali. 

Semua benda mengalami susut nilai apabila semakin berusia. Ini termasuklah kereta. Apabila kereta keluar daripada pusat jualan, harganya telah pun jatuh. 

toy car and car depreciation rate chart

Kadar susut nilai pula merujuk kepada berapa banyak nilai kereta yang telah susut apabila ia semakin berusia. Ia bukan sahaja berbeza mengikut model kereta tetapi juga antara kereta dalam model yang sama dengan mengambil kira pelbagai faktor. Nanti kita akan bincangkan faktor-faktor ini kemudian. 

Kalau diambil secara purata, nilai susut nilai adalah antara 15 hingga 35 peratus pada tahun pertama dan akan meningkat hingga 50 peratus apabila ia memasuki tahun kelima. Walau bagaimanapun, angka ini cumalah sekadar andaian saja. 

Kenapa Kena Ambil Tahu? 

Penting untuk anda faham dan tahu tentang nilai susut nilai kereta kerana ia boleh mempengaruhi kereta apa yang anda nak beli nanti. 

Jika anda merancang untuk menaik taraf di masa yang akan datang, membeli kereta dengan kadar susut nilai yang rendah akan membolehkan anda menjualnya kembali dengan nilai jualan tinggi supaya anda boleh membeli kereta baharu dengan harga yang lebih murah. Tetapi, kalau anda memang nak pakai lama kereta yang dibeli, hal susut nilai ini tak perlulah anda risaukan. Ini biasa bagi pembelian model kereta yang tidak popular. 

Walaupun nak tilik kadar susut nilai ini bukannya mudah, ada beberapa faktor serta harga model sebelum ini boleh membantu. Jika kereta yang anda miliki telah mengalami susut nilai lebih banyak daripada apa yang anda jangkakan, adalah lebih baik untuk anda tidak  menjualnya dan terikat dengan pinjaman baharu. 

Cars in a parking lot

Artikel berkaitan: Kereta Mahal Punca Golongan Muda Jadi Muflis?

10 Faktor Yang Mempengaruhi Susut Nilai Kereta di Malaysia 

Susut nilai kereta ini bukan saja bergantung kepada model tetapi juga setiap unit kereta yang dijual bagi model yang sama bergantung kepada keadaan. Kalau dinilai daripada faktor-faktor ini, lebih baik anda tahu sedikit tentang susut nilai jika anda nak membeli kereta selepas ini. 

1. Reputasi Yang Boleh Dipercayai

Tiada apa boleh menandingi reputasi yang boleh diharapkan. Ini kerana pada akhirnya, kereta ialah satu bentuk pengangkutan yang menghubungkan dua titik. Itu saja tujuan utamanya, untuk membawa anda daripada tempat anda sekarang ke tempat yang anda ingini. Disebabkan itu, kereta dengan reputasi yang boleh diharapkan memiliki kadar susut nilai yang rendah. 

Artikel berkaitan: 4 Cara Mudah Untuk Kenal Pasti Kereta Terpakai yang Terbaik Bagi Pembeli Kali Pertama

Toyota telah membina kebolehpercayaan ini melalui model Corolla sehingga ramai orang menganggap model ini sangat boleh diharapkan. Walau bagaimanapun, model kereta daripada jenama yang sama tetapi mempunyai reputasi yang teruk akan mengalami susut nilai yang tinggi. 

2. Rekod Servis Kereta 

Kereta ini sebuah mesin rumit yang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan setiap gear berfungsi dengan lancar. Memastikan kereta diservis mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh memastikan kereta berada dalam keadaan baik dan boleh menjamin ia boleh digunakan lebih lama lagi. Pastikan anda menyimpan kesemua rekod dan resit setelah anda servis kereta anda terutamanya servis di pusat servis bertauliah Kalau anda servis kereta di pusat servis lain, buat juga perkara yang sama. Kalau rekod servis kereta hilang atau tak lengkap, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan kereta tersebut. 

Young man hugging his car

3. Tempoh Waranti 

Makin banyak pengeluar kereta yang mula memanjangkan tempoh waranti asal, ada yang sehingga lapan tahun bagi kes-kes tertentu. Jika waranti asal pengeluar masih lagi sah semasa kereta dijual, ia boleh dijual dengan harga yang tinggi memandangkan ia masih lagi dilindungi. 

4. Keadaan Kereta 

Yang cantik dan lawa saja yang akan dipandang, maka kerana itulah kereta yang luarannya  berada dalam keadaan bagus mempunyai nilai yang lebih tinggi. Cat kereta dalam keadaan baik dan bahagian dalaman kereta kemas akan melengkapkan rekod servis yang cukup. Anda boleh memandu kereta dengan bahagian dalaman yang kotor dengan cat kereta yang pudar atau ada kesan lekuk kecil tetapi ia menunjukkan anda merupakan pemilik yang tak bertanggungjawab dan anda terpaksa keluarkan duit untuk baiki semua kerosakan yang ada. 

5. Kecekapan Minyak 

Dengan kemungkinan harga minyak akan meningkat, kereta yang cekap penggunaan minyaknya ada nilainya nanti. Jika anda banyak memandu, kereta dengan penggunaan minyak yang cekap boleh menjimatkan duit anda. Disebabkan itu, tak mengejutkan pun model kereta dengan kadar susut nilai yang rendah biasanya cekap penggunaan minyaknya. 

6. Pilihan Pengguna 

Tak semua akan kekal lama, ini termasuklah gaya dan minat manusia. Sama seperti cita rasa dan minat pengguna kepada kereta. Kalau nak diikutkan, SUV menjadi pilihan terkini  terutamanya yang jenis kompak. Kalau anda nak tahu, Proton X50 telah mengalahkan Perodua Myvi dalam kereta paling banyak dijual pada Julai 2022. Sesuatu yang tak mudah untuk dicapai. Disebabkan itulah, memilih jenis kereta yang popular dalam kalangan pelanggan boleh mengurangkan kadar susut nilai. 

7. Jenis Kereta 

Semua orang tahu kereta mewah sangat mudah susut nilai. Beberapa model daripada jenama mewah dan premium boleh susut nilai sehingga 50 peratus daripada harga asal pada tahun pertama pemilikan. Kos servis yang lebih mahal menjadi punca kereta jenis ini lebih cepat susut nilai. Memanglah tarikan untuk memiliki kereta berjenama itu kuat tetapi anda kena ingat, kos nak servis kereta ini bukanlah murah. 

Honda Civic has a FWD Drivetrain

8. Perbatuan (Milage

Ramai yang ingat kereta dengan perbatuan yang rendah itu lebih baik tapi tak semestinya begitu. Kereta dengan perbatuan yang tinggi tetapi dalam keadaan baik adalah lebih baik berbanding dengan kereta dengan perbatuan rendah tetapi dengan rekod servis yang meragukan atau menggunakan alat ganti yang tak asli. Yang lebih baik? Kereta dengan perbatuan rendah beserta dengan rekod servis yang bagus. Jangan sesekali percaya kereta yang ada perbatuan yang rendah ini bagus.

9. Jumlah Pemilik 

Berapa ramai yang dah pernah memiliki sesuatu kereta itu tak jadi masalah. Selagi mana kereta itu dijaga dengan baik dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan teruk atau ada lain-lain kerosakan, dan banyak kali bertukar pemilik pun tak jadi masalah. Ramai orang menganggap kalau kereta yang sudah banyak kali bertukar tangan itu menandakan adanya masalah dengan kereta tetapi itu tak tepat. Ini sepatutnya menenangkan hati anda ketika membuat keputusan. 

10. Tentuan/Spesifikasi 

Kebanyakan model disertakan dengan beberapa tahap spesifikasi atau tentuan dengan pilihan peranti yang ada. Pilih kereta dengan peranti yang paling banyak orang guna berbanding dengan model yang sama tetapi dengan bilangan peranti yang tak banyak. Kadang-kadang, spesifikasi andalan (flagship) ini tak semestinya yang terbaik untuk kita beli kerana ia mungkin sekadar untuk nampak ‘cantik’ saja. Tetapi, jika spesifikasi yang disertakan merangkumi ciri keselamatan yang lebih baik, ia akan dijamin mempunyai kadar susut nilai yang lebih rendah. 

Purata Kadar Susut Nilai Kereta di Malaysia 

Mengira kadar susut kereta ini seperti menilik masa depan. Walau bagaimanapun, carta bagi kadar ini sentiasa berganda dan sangat jarang ia mendatar. Ini bermakna, kereta baharu akan mempunyai kadar susut nilai yang lebih tinggi pada tahun pertama berbanding pada lima tahun kemudian. 

Contohnya, nilai kereta akan susut banyak pada tahun pertama. Angkanya antara 15 hingga 35 peratus atau lebih bergantung kepada jenis kereta. Tahun seterusnya, kadar susut nilai jatuh kepada 15 hingga 25 peratus setiap tahun. Selepas tahun kelima, nilai kereta dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada harga asal. 

Cara Untuk Kurangkan Kadar Susut Nilai Kereta Anda 

Kenyataan yang pahit tapi tetap harus diterima. Apa yang boleh anda buat adalah pastikan kadar susut nilai serendah mungkin. Kalau anda nak pastikan kereta anda tak susut nilai cepat, ini mungkin boleh membantu anda. 

  • Servis kereta anda ikut jadual yang ditetapkan. Kalau lambat tukar minyak hitam mungkin nampak remeh tapi ia boleh membatalkan waranti kereta dan menampakkan kereta ini tidak dijaga dengan baik pada pembeli seterusnya. 
  • Simpan segala rekod fan resit penyelenggaraan atau pembaikan kereta. Cuba untuk servis kereta di pusat servis rasmi sekalipun waranti dah tamat. 
  • Jika berlaku apa-apa kerosakan, terus baikinya. Mengabaikan komponen yang telah rosak boleh merosakkan komponen lain. Ini boleh merabakkan dompet anda untuk membaikinya. 
  • Biarkan kereta seadanya tanpa ubah suai. Kurangkan ubah suai, ‘mekap’ atau tingkatkan prestasi boleh mengurangkan kadar susut nilai. Kalau nak tukar rim yang lebih besar pun terpaksa keluarkan duit untuk beli tayar yang lebih besar bila tiba masa nak menggantikannya. 
  • Pilih warna yang popular. Hitam, kelabu, putih, dan perak ialah warna yang boleh kekalkan nilai kereta. 
  • Dapatkan spesifikasi/tentuan yang sesuai. Pilih spesifikasi tahap permulaan mungkin boleh menjimatkan duit anda tetapi ia boleh menurunkan nilai kereta. 
  • Jual pada masa yang sesuai sebelum ia menjunam. Biasanya pemilik akan terus jual pada tahun kelima atau sebelum model baharu dilancarkan. 
  • Jangan berkira untuk alat ganti. Contohnya, apabila nak tukar tayar, jangan cari tayar murah semata-mata untuk berjimat. Nanti pemilik baharu akan fikir yang bukan-bukan tentang kereta anda. 

Kesimpulan

Kalau anda tak nak alami susut nilai yang tinggi sebelum membeli kereta yang lain, membeli kereta pramilik yang berkualiti mungkin boleh menyelamatkan anda memandangkan kebanyakan susut nilai telah ditanggung oleh pemilik sebelum ini. 

CARSOME merupakan pilihan bagi mendapatkan kereta pramilik dengan jaminan kualiti melalui pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. 

Kunjungi laman web CARSOME sekarang untuk pilihan kereta pramilik terbaik. 

Artikel ini merupakan terjemahan daripada “10 Factors Affecting Your Car’s Depreciation Rate & How to Maintain Your Car’s Value

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular