Anda sedang mencari kereta pertama atau nak naik taraf kereta lama anda sebagai persediaan untuk menyambut sesi persekolahan anak-anak yang akan bermula tak lama lagi di samping menyambut Hari Raya yang dah dekat?
Untuk membantu anda mendapatkan kereta dengan harga yang terbaik, CARSOME Autofair kini kembali dengan pelbagai pilihan kereta pramilik berkualiti, diskaun kereta mega sehingga RM8,000 dengan tambahan diskaun RM1,000 yang eksklusif untuk CARSOME Autofair, dan macam-macam tawaran menarik yang akan berlangsung di CARSOME PJ Automall pada 17 hingga 19 Mac 2023, dari jam 10 pagi hingga 6 petang!
Jangan lupa untuk daftar kehadiran anda di bawah dan nikmati semua tawaran menarik yang ada di CARSOME Autofair.
*Dengan meneruskan, saya bersetuju menerima Dasar Privasi, Syarat Penggunaan.
Berikut adalah tawaran istimewa yang anda boleh dapatkan di CARSOME Autofair!
Diskaun Sehingga RM8,000 untuk Pembelian Kereta CARSOME Certified
Untuk tiga hari sahaja, anda boleh dapatkan kereta idaman anda dengan diskaun mega sehingga RM8,000 apabila membeli kereta CARSOME Certified di CARSOME Autofair.
Nak tambah lagi diskaun? Muat turun aplikasi kami dan anda akan terima diskaun tambahan sehingga RM1,000 yang boleh ditebus hanya di CARSOME Autofair untuk pembelian kereta anda!
Tawaran ini hanya sah dari 17 hingga 19 Mac 2023 di CARSOME PJ Automall. Tunggu apa lagi? Tempah kereta idaman anda di carsome.my sekarang!
Ditambah Dengan Waranti & Servis Percuma Berganda-ganda!
Selain daripada diskaun kereta kaw-kaw, anda juga boleh dapatkan waranti lanjutan dan servis tambahan percuma apabila anda beli kereta CARSOME Certified di CARSOME Autofair.
Kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan satu tahun tapi jika anda membuat pembelian di CARSOME Autofair, anda akan terima tambahan satu tahun waranti lanjutan secara PERCUMA!
Di samping itu, anda juga akan dapat baucar servis dua tahun yang boleh digunakan di Pusat Servis CARSOME. Baucar ini boleh digunakan untuk menebus Servis Asas untuk kereta CARSOME Certified yang anda beli!
Bawa Dokumen Lengkap & Dapatkan Hadiah Eksklusif Bernilai RM50
Yang paling menarik, beberapa rakan kongsi penyedia kewangan kami akan turut menyertai CARSOME Autofair untuk melancarkan lagi proses pembelian kereta anda.
Jadi ambil peluang ini dan bawa sekali dokumen yang diperlukan agar proses pembelian kereta anda di CARSOME Autofair boleh diselesaikan dengan lebih pantas. Anda juga akan terima hadiah eksklusif daripada CARSOME bernilai RM50!
Berikut adalah dokumen anda perlu bawa untuk memudahkan proses pembelian kereta:
- Kad Pengenalan (warganegara Malaysia) atau Pasport (bukan warganegara Malaysia)
- Lesen memandu
- Penyata gaji tiga bulan terkini
- Penyata bank tiga bulan terkini
- Penyata KWSP
- Dokumen sokongan pendapatan yang lain
Tawaran Istimewa Hari Wanita & Baucar Harian Percuma Untuk Pelanggan Bertuah!
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, kami juga menyediakan hadiah istimewa untuk semua wanita yang hadir ke CARSOME Autofair. Anda akan menerima satu bulan premium insurans hayat daripada Fi Life secara percuma!
Selain itu, kami juga menawarkan jaminan pulangan wang dalam 30 hari yang eksklusif untuk pelanggan wanita yang membeli kereta CARSOME Certified di CARSOME Autofair. Biasanya, jaminan pulangan wang kami hanya untuk lima hari sahaja jadi ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan kereta idaman anda!
Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda atas apa-apa sebab dalam masa 30 hari, anda boleh memulangkan kereta tersebut kepada kami untuk menerima bayaran balik penuh – tanpa sebarang soalan.
Tawaran istimewa Hari Wanita Sedunia ini hanya sah dari 8 hingga 31 Mac 2023 sahaja, jadi ambil peluang ini untuk dapatkan kereta idaman anda daripada CARSOME sekarang.
Anda juga boleh mengunjungi kios Kechara Soup Kitchen Community akan berada di CARSOME Autofair untuk mendapatkan biskut buatan tangan istimewa yang sedap pada harga berpatutan.
Selain itu, untuk semua para pengunjung CARSOME Autofair, anda berpeluang mendapatkan baucar Shell percuma sepanjang 17 hingga 19 Mac 2023 apabila anda menempah kereta CARSOME Certified di CARSOME Autofair.
Trade-In Kereta Lama Anda & Dapatkan Rebat Tambahan Sehingga RM1,500
Nak tambah lagi diskaun untuk kereta pramilik yang anda nak beli? Boleh, cuma trade-in kereta lama anda untuk dapatkan rebat tambahan sehingga RM1,500 yang boleh digunakan bersama dengan diskaun yang anda akan dapat semasa CARSOME Autofair!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun berganda ini! Trade-in dan miliki kereta pramilik berkualiti idaman anda yang telah dibaik pulih untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih di CARSOME Autofair.
Artikel berkaitan: Nikmati Diskaun Sehingga RM1,500 Untuk Kereta CARSOME Certified Apabila Anda Trade In Kereta Lama Anda!
Pemeriksaan 20-Titik Percuma & Diskaun Sehingga 15% Untuk Pakej Servis Terpilih Di Pusat Servis CARSOME
CARSOME sekarang bukan sahaja menjual dan membeli kereta pramilik berkualiti, kami juga menyediakan khidmat baiki dan servis kereta pada harga yang sangat berpatutan.
Di Pusat Servis CARSOME, kereta anda akan dibaiki dan diservis oleh mekanik bertauliah menggunakan alat ganti berkualiti dengan pengebilan harga yang telus.
Jika anda tak pasti servis apa yang kereta anda perlukan, Pusat Servis CARSOME menawarkan pemeriksaan 20-titik percuma untuk bantu anda kenal pasti pakej servis yang sesuai. Tambahan pula, sempena CARSOME Autofair, anda boleh dapatkan diskaun istimewa untuk pakej servis berikut:
- Diskaun tambahan 10% untuk servis penukaran bateri dan 15 bulan waranti
- Diskaun 15% untuk bilah pengelap cermin
- Diskaun 15% untuk servis pendingin hawa
- Diskaun 15% untuk servis brek kereta
Tawaran istimewa ini hanya sah untuk Pusat Servis CARSOME di Lembah Klang sahaja. Buat tempahan servis kereta dalam talian sekarang atau terus pergi ke Pusat Servis CARSOME untuk menikmati servis kereta pada harga yang sangat berpatutan dalam suasana pusat servis yang selesa!
Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!
Ada pelbagai lagi tawaran hebat lain daripada jenama-jenama terkemuka seperti Touch n’ Go, Thule, GP Films, dan Ecotint yang hanya boleh dinikmati di CARSOME Autofair yang akan berlangsung di CARSOME PJ Automall dari 17 hingga 19 Mac 2023.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta pramilik idaman anda dengan tawaran mega ini sekarang!
*Tertakluk pada terma dan syarat.
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games have recently extended to cars.