HomeBMAplikasi MyJPJ: Panduan Lengkap Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital

Aplikasi MyJPJ: Panduan Lengkap Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital

Anda penat nak beratur di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cuma untuk buat semakan berkenaan lesen memandu, saman, atau cukai jalan? Jangan bimbang, dengan adanya aplikasi mudah alih MyJPJ yang baharu ini, anda kini boleh mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ hanya menggunakan telefon pintar anda!

Daripada semakan lesen kenderaan, lesen memandu dan aduan kesalahan jalan raya, MyJPJ menawarkan penyelesaian komprehensif untuk hampir semua keperluan pengangkutan jalan anda di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut mengenai aplikasi ini dan cara penggunaannya? Jom ikuti penjelasan lanjut kami.

Aritkel berkaitan: Macam Mana Nak Guna MySikap JPJ Online?

Apa Itu MyJPJ?

MyJPJ adalah aplikasi mudah alih inovatif yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menawarkan perkhidmatan semakan dan paparan dokumen penting bagi pemandu di Malaysia seperti lesen memandu, roadtax atau cukai jalan, saman, dan sebagainya. JPJ juga bercadang untuk menambah fungsi pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan menggunakan aplikasi ini pada masa hadapan.

myjpj, servis yang ditawarkan aplikasi

3 Cara Mudah Untuk Daftar Aplikasi MyJPJ

i) Melalui Aplikasi MyJPJ

Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Setelah selesai, klik ‘Daftar Akaun Baharu’ dan isikan maklumat yang diperlukan. Anda boleh log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah ditetapkan. Tonton video di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut:

ii) Cara Daftar Melalui MySIKAP (eID Standard)

Anda boleh melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul, kemudian pilih perkhidmatan MySIKAP Orang Awam dan klik ‘Daftar’. Seterusnya pilih ‘Daftar/Log Masuk Kali Pertama’ dan isikan semua maklumat yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel dengan kata laluan sementara setelah pendaftaran berjaya, log masuk dan ubah kata laluan tersebut.

Setelah selesai, anda boleh terus log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.

iii) Cara Daftar Melalui MySIKAP (eID Advanced)

Jika anda sudah mempunyai akaun MySIKAP, terus pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran untuk naik taraf akaun akaun anda dengan membuat pengesahan MyKad dan cap jari.

Perkhidmatan Apa Yang Ditawarkan Dalam Aplikasi MyJPJ?

Pelesenan Kenderaan

Pembaharuan e-LLM (Lesen Memandu) & e-LKM (Cukai Jalan)

myjpj
Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Mulai Februari 2024, anda sudah tidak perlu bersesak dan beratur di kaunter JPJ untuk memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan anda! Ia kini boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi MyJPJ dengan mudah.

Perkongsian e-LKM (Kongsi Cukai Jalan)

Kalau anda berkongsi satu kenderaan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, anda tidak perlu lagi menyediakan salinan cukai jalan tambahan untuk diberikan kepada mereka. Aplikasi MyJPJ kini mempunyai fungsi Kongsi e-LKM di mana anda boleh berkongsi cukai jalan digital dengan pemandu yang lain untuk kereta yang sama.

Bidaan Nombor Kenderaan (JPJ eBid)

myjpj app ebid

Nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan untuk kereta baharu anda? Dengan menggunakan aplikasi MyJPJ, anda kini boleh mengakses aplikasi JPJ eBid untuk membida nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian.

Semakan Nombor Kenderaan Terkini

myjpj app semak nombor kenderaan terkini

Jika anda nak tahu mengenai nombor pendaftaran kenderaan terkini untuk setiap negeri, ia boleh disemak menggunakan aplikasi MyJPJ. Cuma pilih negeri mana yang anda mahu semak dan ia akan dipaparkan untuk anda.

Semakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

myjpj app semak lesen kenderaan motor

Anda boleh menggunakan aplikasi MyJPJ untuk semak status Lesen Kenderaan Motor (LKM) anda. Cuma masukkan nombor kenderaan anda dan maklumat komprehensif tentang status lesen kenderaan motor dan insurans kereta, termasuk dengan butiran pemilik akan dipaparkan.

Pelesenan Pemandu

Semakan Lesen Memandu

myjpj app semakan lesen memandu

Memandangkan lesen memandu kini tidak lagi wajib untuk dibawa bersama setiap masa, anda boleh gunakan aplikasi MyJPJ untuk semak tarikh luput lesen memandu anda dengan mudah.

Semakan Keputusan Ujian Memandu

myjpj app semak keputusan ujian memandu

Bagi mereka yang mahu membuat semakan keputusan ujian memandu, ia boleh disemak melalui aplikasi MyJPJ. Rekod keputusan juga boleh disemak bagi ujian memandu yang lampau.

Saman JPJ

Semakan Saman

myjpj app semak saman

Anda pernah kena saman dengan penguatkuasa JPJ tapi tak tahu bagaimana nak semak saman tersebut? Ia boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ dan anda cuma perlu masukkan nombor pendaftaran kenderaan sahaja untuk dapatkan butiran saman.

Semakan Mata Demerit

myjpj app semak mata demerit

Ciri semakan mata demerit yang ada pada aplikasi MyJPJ membolehkan anda memantau jika terdapat sebarang mata demerit pada rekod pemanduan anda.

Semakan Senarai Hitam

myjpj app semak senarai hitam

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk membuat semakan senarai hitam agar anda boleh mengesahkan sama ada nama atau kenderaan anda berada dalam rekod senarai hitam JPJ.

Perkhidmatan Umum

JPJeQ (Sistem Nombor Giliran & Temujanji Bersepadu JPJ)

myjpj app jpjeq nombor giliran digital

Anda juga boleh menggunakan aplikasi MyJPJ untuk mengakses JPJeQ bagi mendapatkan nombor giliran secara dalam talian untuk berurusan di cawangan JPJ. Tak perlu lagi beratur panjang!

e-Aduan@JPJ

myjpj app e-aduan

Jika anda menghadapi sebarang isu atau mempunyai aduan berkaitan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya, aplikasi MyJPJ juga menyediakan platform yang mudah untuk menghantar aduan anda.

Fungsi e-Aduan@JPJ ini membolehkan anda menghantar aduan atau laporan terus kepada JPJ. Melalui aplikasi ini, anda hanya perlu memuat naik butiran kesalahan tersebut seperti gambar atau video, lokasi, waktu kesalahan, dan juga keterangan ringkas mengenai kejadian tersebut.

Cara Dapatkan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) & Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM)

Memandangkan roadtax dan lesen memandu fizikal sudah tidak lagi diwajibkan untuk dibawa, anda boleh gunakan salinan digital cukai jalan dan lesen memandu yang ada dalam aplikasi MyJPJ.

myjpj app semak lesen memandu dan roadtax digital online

Mudah sahaja caranya jika anda mahu semak salinan digital roadtax kereta dan lesen memandu anda menggunakan aplikasi MyJPJ. Selepas anda log masuk ke dalam aplikasi tersebut, tekan butang profil di bahagian penjuru kanan untuk lihat paparan digital lesen memandu dan roadtax kereta anda.

Kesimpulannya, aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) adalah langkah yang betul ke arah mengubah dan memodenkan perkhidmatan pengangkutan jalan raya di Malaysia.

Dengan pelbagai ciri-ciri yang sedia ada, ia mampu menawarkan penyelesaian yang mudah dan cekap untuk semakan lesen kenderaan dan pemandu, pemeriksaan saman, perkhidmatan awam dan banyak lagi secara digital tanpa memerlukan anda untuk pergi ke cawangan JPJ.

Anda boleh layari laman web Soalan Lazim MyJPJ untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi MyJPJ.

Artikel berkaitan: Cara Perbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Menggunakan MyJPJ

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular