HomeBMMacam Mana Nak Guna MySikap JPJ Online?

Macam Mana Nak Guna MySikap JPJ Online?

Bila lesen memandu anda dah nak ‘mati’, anda wajib untuk perbaharuinya. Di mana lagi kalau bukan di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bukan saja perbaharui lesen memandu, malah banyak lagi urusan lain berkaitan lesen memandu dan juga pendaftaran kenderaan motor perlu dibuat di JPJ. Kebanyakan prosesnya tak susah tapi ia mengambil masa sedikit kerana masa menunggu yang…, anda faham-faham sendirilah. 

Tambahan lagi, semua urusan ini hanya boleh diselesaikan ketika waktu pejabat saja menyebabkan ada antara anda terpaksa memohon cuti hanya semata-mata ingin selesaikan urusan di JPJ. 

Sumber: The Malaysian Reserve

 

 

Sebenarnya, mungkin ada yang belum tahu lagi tapi JPJ sebenarnya mempunyai portal dalam talian. Dalam portal ini, segala urusan yang dibuat di kaunter pejabat JPJ kini boleh diselesaikan secara dalam talian. 

Portal yang dimaksudkan ialah MySikap JPJ. MySikap ini merupakan inisiatif daripada JPJ untuk membolehkan semua urusan berkaitan lesen dan pendaftaran kenderaan motor boleh dibuat di hujung jari dan di mana-mana saja anda berada. 

Macam mana nak guna MySikap JPJ ini? Oh, mudah saja! Ikuti langkah mudah ini. 

Cara Daftar Pengguna Kali Pertama MySikap JPJ 

Sebelum anda mendaftarkan profil MySikap ini, ada beberapa syarat yang anda harus ketahui: 

  1. Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau

Ii. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau

Iii. Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;

Iv. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan

  1. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.

Bagi pendaftaran di MySikap, ada dua jenis iaitu bagi pendaftaran peribadi dan juga pendaftaran syarikat. Namun, dalam artikel ini kami hanya akan memfokuskan kepada pendaftaran peribadi saja. 

Daftar Masuk Kali Pertama

  1. Layari MySikap JPJ. Klik pada log masuk kali pertama dan inilah skrin yang anda akan nampak. 
  2. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  3. Kemudian, klik pada butang “Teruskan”.
  4. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar dan klik pada butang “Teruskan”.
  5. Pengguna akan menerima notifikasi pengesahan pendaftaran.
  6. Akhir sekali, pendaftaran berjaya dan pengguna akan menerima kata laluan sementara menerusi alamat e-mel pengguna.
  7. Anda sudah boleh log masuk MySikap JPJ login selepas itu

Jenis-Jenis Pengguna Bagi MySikap JPJ 

Ada dua jenis profil pengguna di mySikap JPJ. ia adalah eID Standard dan eID Advance. Apa perbezaan bagi kedua-dua jenis profil ini? 

eID Standard eID Advance
Tidak perlu untuk mengesahkan cap jari menggunakan sistem biometrik untuk mendapatkan nombor pendaftaran. Perlu daftar melalui sistem pengesahan pendaftaran melalui sistem cap jari biometrik di pejabat / UTC bagi memperolehi nombor rujukan
Anda boleh buat 27 urusan secara dalam talian di portal. Anda boleh buat 38 urusan secara dalam talian di portal.

Bagi pendaftaran eID Standard, anda tak perlu untuk membuat pengesahan biometrik dan dapatkan nombor rujukan. Hanya isikan maklumat yang bertanda (*) saja di laman pendaftaran MySikap.  

Apa Urusan Yang Boleh Dibuat di Portal MySikap Ini? 

Selain daripada memperbaharui lesen memandu dan juga lesen kenderaan motor, ada pelbagai lagi urusan yang boleh dibuat dan diselesaikan di portal MySikap ini. Ini antaranya: 

Daftar Masuk MyJPJ Melalui ID MySikap 

Jika anda nak tahu lagi, ID yang anda daftarkan bagi MySikap juga boleh digunakan untuk log masuk ke aplikasi JPJ, MyJPJ. 

Melalui aplikasi MyJPJ ini, semua dokumen seperti lesen dan juga lesen kenderaan motor (road tax) boleh diakses dengan mudah. Jadi, anda tak perlu lagi memaparkan cukai jalan anda pada cermin kenderaan anda. 

Sumber: New Straits Times

Kalau anda terlupa untuk bawa lesen memandu anda, jangan risau! Lesen anda turut boleh diakses melalui aplikasi ini. Kecuali bagi pemilik lesen percubaan di mana anda perlu membawa salinan lesen terkini untuk diperiksa oleh pihak berkuasa jika ditahan. 

Artikel berkaitan: Tak Perlu Cukai Jalan & Lesen Fizikal, Hanya Gunakan MyJPJ

Tak Perlu Nak Pergi JPJ Lagi Lepas Ni! 

Buat anda yang selalu sibuk dengan kerja tetapi kena renew lesen memandu anda, anda cuma perlu log in MySikap, isi beberapa butiran, buat bayaran secara dalam talian dan lesen anda dah pun diperbaharui. 

Dengan adanya portal ini, diharapkan ia akan memudahkan urusan anda selepas ini. Tak perlu lagi nak mohon cuti hanya semata-mata selesaikan urusan JPJ. Tak perlu lagi beratur berjam-jam. Tak perlu lagi nak menunggu awal pagi di hadapan pintu pejabat JPJ. 

Apa pula pendapat anda? Adakah anda akan menggunakan portal MySikap ini untuk urusan JPJ? Bagaimana pula dengan mereka yang dah gunakan MySikap? Adakah anda syorkan portal ini? Kongsikan di ruangan komen! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular