HomeBMTak Perlu Cukai Jalan & Lesen Fizikal, Hanya Gunakan MyJPJ

Tak Perlu Cukai Jalan & Lesen Fizikal, Hanya Gunakan MyJPJ

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini mengumumkan yang rakyat Malaysia sudah tidak perlu menampal cukai jalan atau road tax di cermin hadapan kenderaan persendirian mereka. Kini, pemilik kenderaan persendirian hanya perlu menggunakan aplikasi ‘MyJPJ’ untuk memaparkan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan juga Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) mereka kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Ini selari dengan langkah Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mendigitalisasikan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau juga mengumumkan yang Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang menyatakan bahawa “lesen kenderaan bermotor mesti ditetapkan dan dipamerkan pada kenderaan berkenaan” tidak lagi akan dikuatkuasakan di bawah fasa pertama ini. Kalau anda pernah disaman kerana tidak memaparkan cukai jalan, saman tersebut kini dikira sebagai NFA (no further action – tiada tindakan lanjut).

Walau bagaimanapun, pemegang LKM dan LMM dalam kategori berikut masih perlu memaparkan pelekat serta membawa kad fizikal mereka:

  • LKM Persendirian Syarikat
  • LKM Kenderaan Perdagangan Meliputi Barangan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam
  • LKM Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
  • Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
  • Pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
  • Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
  • Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)

Selain itu, beliau telah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas pihak yang memandu kereta tanpa lesen memandu dan cukai jalan yang sah.

Untuk dapatkan lesen memandu dan juga cukai jalan anda secara digital, layari portal MySIKAP atau muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store atau Apple App Store dan daftarkan butiran anda di sana.

Kami harap pendigitalisasian proses JPJ ini dapat membantu mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di kaunter dan pejabat JPJ, di samping memudahkan urusan rakyat Malaysia.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular