HomeBMCara Nak Pilih Car Coating Terbaik Untuk Kereta Anda

Cara Nak Pilih Car Coating Terbaik Untuk Kereta Anda

Apabila anda beli kereta, tak kiralah sama ada kereta baharu atau terpakai, anda tak payah nak tukar rim sport baharu ataupun pasang spoiler tinggi-tinggi. Anda kena pasang car coating dahulu. Ramai yang tak tahu betapa pentingnya untuk pastikan cat kereta kekal tanpa pudar sepanjang anda memandu dan ramai juga yang tak tahu kepentingan car coating ini. 

Antara perkara yang boleh menjejaskan nilai sesebuah kereta ialah cat kereta yang pudar. Kalau warna cat kereta anda pudar, maka nilai kereta anda akan jatuh teruk! Disebabkan itulah kalau anda nak jaga nilai kereta anda, berbelanjalah sedikit untuk lindungi lapisan cat kereta anda. 

Artikel berkaitan: Cara Cuci Kereta, Tips Cuci Enjin dan Polish Kereta dengan Betul

Kalau kereta baru keluar kedai, biasanya pada permukaan badan kereta sudah ada satu lapisan kemasan nipis untuk melindungi cat kereta. Tetapi lama-kelamaan lapisan kemasan itu akan hilang kerana terdedah dengan cuaca panas dan juga hujan yang boleh merosakkan warna cat kereta. 

Selain daripada hujan dan panas, perkara-perkara ini pun boleh merosakkan lapisan cat iaitu: 

  • Cecair brek 
  • Najis burung 
  • Serangga 
  • Getah pokok
  • Kopi dan air bergas
  • Minyak kereta
  • Habuk dan debu
  • Hujan asid

Kalau tidak dibersihkan dengan segera, ini boleh menyebabkan lapisan cat kereta pudar dan menggelupas. Tapi anda pun bukannya selalu ada masa nak bersihkan segala macam korotan yang melekat di kereta dan akhirnya cat kereta anda akan rosak. 

Kerana itulah, seawal mungkin anda kena pasang lapisan perlindungan untuk kereta anda. Dalam pasaran, ada bermacam jenis lapisan perlindungan yang boleh anda pilih. Daripada yang berharga murah sehinggalah ke harga premium. 

Berikut merupakan senarai jenis-jenis perlindungan kereta yang ada di pasaran. Anda boleh pilih mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. 

Artikel berkaitan: Cara Pemanduan Selamat Ketika Musim Hujan

1. Paint Protection Film (PPF) 

‘Paint Protection Film’ atau PPF merupakan satu lapisan termoplastik jernih yang diperbuat daripada poliuretana. Walaupun diperbuat daripada plastik tetapi ia cukup kuat untuk melindungi kereta daripada calar, kotoran, dan cahaya matahari yang boleh merosakkan cat kereta. 

Tempoh pemasangan untuk PPF ini juga tak lama dan anda boleh gunakan kereta anda terus tanpa perlu menunggu lama. Satu lagi sebab mengapa PPF ini menjadi pilihan ramai adalah ia mempunyai ciri ‘self heal’ atau ia akan terbaiki dengan sendiri jika ada tercalar. Apa yang anda perlu buat cuma menggunakan pistol haba untuk melekatkan kembali lapisan yang dan tercalar. 

Antara kelebihan lain PPF ini ialah anda boleh pilih untuk pasang di keseluruhan kereta ataupun cuma sebahagian sahaja. Ada orang yang pasang PPF ini hanya pada bahagian hadapan kereta disebabkan bahagian itu lebih terdedah dan mudah untuk terkena calar. 

Kalau nak cakap tentang harga, PPF ini bermula daripada RM750 hinggalah RM3,000. Ini bergantung kepada model, ketebalan, dan bahagian kereta yang mana anda ingin pasang PPF ini. 

2. Salutan Kaca (Glass Coating) 

Salutan kaca (glass coating) ini tidak menggunakan walau sekeping pun kaca untuk menyalut kereta. Salutan ini dibuat daripada bahan silikon, bahan yang sama digunakan untuk membuat kaca. Sama seperti namanya, lapisan ini akan membuatkan kereta ini berkilat seperti kaca. 

Salutan kaca ini akan terikat dengan cat kereta anda secara kimia menjadikannya kekal lama dan kotoran yang melekap pada kereta tidak akan menjejaskan warna cat. Ia juga  tidak mudah tanggal. 

car wipers with red silicone coating sweep water from the car windshield 3d render against a cloudy sky

Salutan kaca akan memberikan kemasan yang berkilat kepada kereta anda. Jadi, kalau kereta anda masuk kampung, satu kampung boleh cam kereta anda tau! Kereta anda akan menyinar dan menyilau. 

Harga salutan kaca ini bermula daripada RM700 dan boleh meningkat hingga RM1,500 dan lebih bergantung kepada model kereta anda dan jenis kemasan yang ditawarkan oleh kedai. 

3. Salutan Seramik (Ceramic Coating)

Salutan seramik pun sama seperti salutan kaca, tiada sebiji pun pinggan seramik yang digunakan untuk disalut pada kereta anda. Sebenarnya salutan seramik ini juga dibuat daripada silikon tapi jenis yang berbeza iaitu silikon karbida. 

Salutan ini juga akan melekap secara kimia pada cat kereta dan ia dicampur dengan sejenis cecair polimer untuk disalut pada kereta anda. Sebenarnya salutan seramik ini lebih kurang sama saja dengan salutan kaca dengan beberapa perbezaan. 

Kalau anda mahukan air tak melekat pada cat kereta anda, salutan seramik adalah pilihan utama anda disebabkan salutan ini akan menjadikan permukaan kereta anda menjadi hidrofobik. Jadi, kereta akan jadi lebih mudah untuk dibersihkan.

Harga bagi salutan seramik ini bermula daripada RM500 hingga lebih RM2,000. Harga ini berbeza mengikut berapa banyak lapisan yang ingin dipasang pada kereta anda. Ada juga kedai yang menawarkan salutan pada bahagian dalam kereta untuk kemasan yang lebih cantik. 

4. Salutan Teflon (Teflon Coating)

Sama seperti salutan seramik dan juga salutan kaca, salutan teflon ini tidak menggunakan sebarang kuali tak melekat untuk dipasang pada kereta anda. Tetapi bahan yang digunakan dalam salutan ini sama seperti yang digunakan dalam kuali tak melekat. 

Untuk memasang salutan ini, satu lapisan polimer fluro sintetik akan disemburkan pada permukaan kereta anda. Salutan ini akan membolehkan lapisan cat anda nampak berkilat dan apa saja kekotoran yang melekat pada kereta anda akan mudah dibersihkan. 

Salutan ini juga akan terikat dengan cat kereta secara kimia menjadikan perlindungan yang optimum daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan cat kereta. Harganya? Salutan ini boleh disembur pada kereta anda bermula daripada harga serendah RM800. 

Yang Mana Satu Idaman Kalbu? 

Ada bermacam jenis perlindungan yang ada dalam pasaran untuk kereta anda. Tapi nak pilih yang mana satu untuk kereta kesayangan anda? Tak apa kalau tak tahu, kami akan bantu anda untuk pilih ‘coating’ yang mana satu sesuai untuk anda. 

Anda kena ingat, kesemua jenis lapisan car coating ini mempunyai satu persamaan, ia melindungi cat kereta anda. Tetapi rutin penjagaan tetap anda tak boleh tinggalkan untuk memastikan lapisan perlindungan kereta anda boleh bertahan lama. 

Kalau anda jenis yang kerap menggunakan kereta anda untuk tujuan kerja ataupun selalu memandu jarak jauh, kami menyarankan sama ada salutan seramik ataupun PPF yang tahan lasak serta boleh tahan lama. 

Kalau anda mahukan lapisan yang berkilat, maka salutan kaca adalah pilihan yang lebih sesuai untuk kereta anda memandangkan ia akan memberikan kemasan yang lebih cantik dan estetik. 

Artikel berkaitan: 10 Nasihat Terbaik Tentang Kereta daripada Ayah

Kalau anda nak tahu, salutan seramik dan salutan kaca sebenarnya mempunyai banyak persamaan, yang membezakan antara keduanya cumalah jenis bahan yang digunakan serta ketahanan terhadap bahan-bahan tertentu. 

Salutan kaca tidak boleh dibasuh menggunakan bahan pencuci yang mempunyai pH yang terlalu berakali kerana ia boleh menjejaskan lapisan perlindungan yang dipasang. Oleh itu, rujuklah kedai tempat anda pasang car coating untuk penjagaan yang sesuai. 

Dan akhir sekali, pastikan pilih berdasarkan bajet yang anda ada. Janganlah pula anda beli perlindungan yang terlalu mahal tetapi bajet anda sangatlah ketat. Kerana tak kira apa pun pilihan anda, semuanya ada satu tujuan saja iaitu melindungi kereta anda daripada calar dan mengelakkan cat kereta anda pudar. 

Dapatkan Kereta CARSOME Certified Untuk Ketenangan Minda Anda

Kereta CARSOME Certified telah melalui proses pemeriksaan 175-titik untuk memastikan anda mendapat kereta pramilik berkualiti dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih. Untuk ketenangan minda, anda juga boleh menikmati jaminan pulangan wang dalam lima hari dan waranti satu tahun untuk setiap kereta CARSOME Certified. 

Kunjungi Pusat Pengalaman CARSOME untuk menempah sesi pandu uji kereta idaman anda! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular