HomeBMCARSOME Jualan Beep Beep Sudah Mari! – Nikmati Diskaun Sehingga RM8,000 Untuk...

CARSOME Jualan Beep Beep Sudah Mari! – Nikmati Diskaun Sehingga RM8,000 Untuk Semua Kereta CARSOME Certified!

Membeli kereta mungkin akan jadi antara komitmen terbesar yang boleh dibuat oleh seseorang. Komitmen yang berpanjangan membuat anda wajib untuk mencari kereta yang menawarkan harga terbaik supaya anda takkan rasa terbeban untuk membayar ansuran bulanan. 

Untuk memastikan anda tidak rasa risau untuk membeli kereta pertama anda, CARSOME akan mengadakan jualan Jualan Beep Beep Sudah Mari sepanjang November 2022 ini. Hanya untuk anda, kami akan menawarkan diskaun untuk semua kereta CARSOME Certified sehingga RM8,000! 

PERCUMA! Waranti 2 Tahun Untuk Pembelian Kereta CARSOME Certified Terpilih Sepanjang November Ini 

Demi memastikan ketenangan minda kepada semua pembeli kereta pramilik CARSOME, kesemua kereta yang dijual oleh CARSOME dilindungi waranti lanjutan selama duasatu tahun. 

Pelan waranti lanjutan ini dinamakan Pelan Emas (Gold Plan) dan antara komponen yang dilindungi dalam waranti lanjutan ini termasuklah enjin, penyaman udara, dan lain-lain komponen untuk semua kereta CARSOME Certified. 

Woman checking broken down car

Istimewa bersempena jualan Jualan Beep Beep Sudah Mari ini, kami akan memberikan tambahan satu tahun lanjutan untuk waranti Pelan Emas ini kepada semua yang membeli kereta CARSOME Certified terpilih sepanjang November ini*. 

Artikel berkaitan: Cara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Kini barulah anda boleh memandu kereta baharu anda tanpa risau. Perjalanan anda bersama kereta CARSOME Certified akan menjadi lebih selamat apabila kereta anda dilindungi.

Jangan Tunggu Lama-lama, Nanti Lama-Lama Kereta Dibeli Orang. 

Dengan pelbagai pilihan kereta dalam satu bumbung, anda takkan kehabisan pilihan kereta yang sesuai dengan keperluan. Daripada kereta kompak untuk si gadis manis kepada kereta pacuan empat roda untuk si jejaka kacak, CARSOME menawarkan pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan pilihan dan harga yang anda mampu. 

Kalau soal kualiti, anda jangan risau tentang kereta CARSOME Certified. Ini kerana kesemua kereta CARSOME telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. Sekalipun dikira sekali kos baik pulih, harga kereta CARSOME Certified masih lagi berpatutan dan tidak ada kos tersembunyi untuk pembaikan – ia adalah sesuatu yang kami pastikan supaya kami boleh menyediakan kereta pramilik yang melebihi taraf. 

Artikel berkaitan: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik

Macam Mana Nak Dapatkan Diskaun Ini? 

Tiada borang yang anda kena isi. Tiada kod QR yang perlu anda imbas. Tiada kupon yang perlu anda sertakan. Diskaun untuk jualan Jualan Beep Beep Sudah Mari ini adalah automatik apabila anda melayari kereta impian anda di laman web CARSOME. 

Promosi CARSOME Jualan Beep Beep Sudah Mari ini akan berlangsung sehingga penghujung November ini di semua Experience Centre CARSOME dan juga secara dalam talian di laman web carsome.my dan juga di aplikasi CARSOME. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli kereta yang anda dah idam-idamkan selama ini. 

Pergi Mengundi Lagi Best Dengan Kereta CARSOME Certified!

Jalankan tanggungjawab anda kepada negara dengan bergaya apabila anda pergi mengundi dengan kereta baharu! 

Pusat mengundi anda jauh daripada rumah? Kereta pula kereta lama yang tinggal tunggu masa nak jual besi buruk? Anda jual saja kereta lama anda dan dapatkan kereta pramilik baharu daripada CARSOME. 

man happy receive new car

Dengan diskaun sehingga RM8,000 sepanjang bulan November 2022 ini, anda boleh dapatkan lebih nilai dengan wang yang anda belanjakan apabila anda membeli kereta daripada CARSOME. 

Jangan risaukan tentang kualiti kereta kami kerana kesemua kereta CARSOME Certified disertakan dengan jaminan berikut: 

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 
  • Jaminan pulangan tunai dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME!

*Tertaklum pada Terma & Syarat

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular