Membeli kereta CARSOME Certified ada banyak kelebihannya – pertamanya, proses tanpa rumit yang menjamin ketenangan minda kerana kami menguruskan segalanya untuk anda. Selain itu, kesemua kereta CARSOME Certified telah melepasi pemeriksaan 175-titik dan dibaik pulih untuk memastikan prestasi terbaik di CARSOME Certified Lab kami.
Kesemua kereta CARSOME Certified juga dijual pada harga tetap, bermakna harga yang anda nampak di laman web adalah harga yang perlu anda bayar, tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Anda juga akan mendapat waranti satu tahun percuma dan jika anda nak tukar fikiran, anda boleh manfaatkan jaminan pulangan wang dalam lima hari untuk pemulangan semula wang.
Artikel berkaitan: Kesilapan Biasa Yang Pembeli Selalu Buat Semasa Pandu Uji
Kini, antara perkara terpenting untuk dibuat apabila membeli sebuah kereta adalah untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli. Memandu uji membolehkan anda untuk merasai pengalaman memandu serta memeriksa kereta itu sendiri, untuk memastikan kereta tersebut bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan. Ketika ini juga, anda boleh meneliti laporan pemeriksaan asal bersama konsultan CARSOME dan dapatkan penjelasan lanjut berkenaan keadaan kereta.
Kami berhasrat untuk memberikan anda pengalaman tanpa risau ketika membeli kereta terpakai dengan menawarkan kepada anda kemudahan booking kereta untuk pandu uji secara dalam talian. Begini caranya:
Tempah Sesi Pandu Uji Di Pusat Pengalaman CARSOME Berdekatan Anda Dengan Mudah
Langkah 1: Cari Kereta Idaman Anda
Terdapat sehingga 30 pilihan jenama kereta pramilik berkualiti dalam senarai kami, anda semestinya boleh cari kereta yang memenuhi kehendak anda. Sama ada anda mencari sedan yang luas ataupun hacbek yang lincah, semuanya anda boleh temukan di carsome.my.
Kesemua kereta yang dipaparkan di laman web kami juga didatangkan dengan laporan pemeriksaan lengkap yang boleh dilihat di mana-mana secara dalam talian beserta gambar bahagian dalaman dan juga luaran kereta yang jelas. Sebagai tambahan, beberapa kereta terpilih juga digambarkan dengan paparan 360 darjah yang membolehkan anda memeriksa keadaan sebenar kereta di mana-mana mengikut keselesaan anda.
Langkah 2: Tempah Sesi Pandu Uji Percuma Di Pusat Pengalaman CARSOME Berdekatan Anda
Setelah memilih kereta yang anda minat, ada tiga butang yang perlu diberi perhatian, “Tempah Kereta”, “Pandu Uji”, atau “Hubungi kami melalui WhatsApp”. Memandangkan anda nak booking kereta untuk pandu uji, teruskan dengan klik pada “Pandu Uji”.
Artikel berkaitan: Apa Nak Kena Buat Kalau Jadi Kemalangan Semasa Pandu Uji ?
Langkah 3: Tetapkan Tarikh & Masa Yang Anda Mahu
Anda akan nampak paparan seterusnya yang menunjukkan lokasi Pusat Pengalaman CARSOME yang menempatkan kereta pilihan anda. Jika lokasi tersebut berdekatan dengan anda, teruskan dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti butiran peribadi anda dan tetapkan tarikh dan masa yang anda mahu.
Tempahan sesi pandu uji boleh dilakukan seawal tujuh hari sebelum dengan empat slot masa yang ada untuk setiap hari. Jika anda nampak sebarang pilihan yang telah dikelabukan, ini bermakna kereta tersebut tidak dapat dipandu uji pada tarikh dan masa tersebut, jadi lebih baik anda pilih tarikh dan juga masa yang lain.
Jika anda berpuas hati dengan pilihan anda, klik butang “Disahkan”.
Langkah 4: Hadir Sesi Pandu Uji
Tahniah, tempahan anda dah pun disahkan! Apa yang tinggal cumalah untuk anda hadirkan diri ke sesi pandu uji tersebut. Kesemua butiran janji temu dan juga lokasi Pusat Pengalaman CARSOME akan dipaparkan di laman pengesahan tempahan.
Konsultan CARSOME kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan butiran tempahan anda selepas janji temu dibuat. Jangan lupa untuk bawa sekali kad pengenalan dan juga lesen memandu anda untuk memudahkan urusan ketika sesi pandu uji nanti.
Pilih CARSOME & Alami Cara Pembelian Kereta yang Terjamin Sekarang!
Apabila anda memilih CARSOME, anda akan dijamin dengan ketenangan minda, kemudahan, serta ketelusan penuh apabila anda membeli kereta CARSOME Certified. Selepas selesai sesi pandu uji, jika anda berpuas hati dan mahu membeli kereta tersebut, kami akan uruskan kesemua kertas kerja untuk anda dan anda boleh pilih untuk ambil sendiri kereta yang dibeli di Pusat Pengalaman CARSOME atau pilih penghantaran terus ke rumah.
Nak tahu apa yang menarik? Anda boleh pandu milik setelah anda membeli kereta CARSOME. Jika anda berubah fikiran tentang pembelian tersebut, anda boleh pulangkan kembali kereta dalam masa lima hari untuk dapatkan pemulangan wang penuh – tanpa sebarang soalan.
Tunggu apa lagi? Booking kereta idaman anda di carsome.my sekarang dan pandu uji bila-bila masa anda mahu!