HomeBMKesilapan Biasa Yang Pembeli Selalu Buat Semasa Pandu Uji

Kesilapan Biasa Yang Pembeli Selalu Buat Semasa Pandu Uji

Beli kereta ini bukannya seperti beli ikan di pasar. Kita tak boleh pesan kereta sesuka hati macam, ‘Bang, nak Toyota Raptor 2 kilo!’. Bukan! Ia merupakan komitmen kewangan selama tujuh hingga sembilan tahun. Jadi, apabila anda memutuskan untuk membeli kereta, anda harus fikir masak-masak, model dan jenama kereta apakah yang anda nak beli. 

Apabila dah fikirkan kereta apa yang anda mahu, langkah seterusnya ialah dengan mencari pusat pengedar dan membuat sesi pandu uji. Tapi, biasalah kan? Bila dah seronok sangat nak pandu uji, kita akan mudah terlupa dengan beberapa perkara penting yang sepatutnya dibuat semasa pandu uji

Ini antara kesilapan biasa yang sebenarnya boleh menyebabkan anda menyesal tak dibuat semasa sesi pandu uji. 

1. Fikir Dulu Nak Pandu Uji Kereta Apa 

Seperti yang dikatakan awal-awal tadi, membeli kereta ialah satu komitmen kewangan untuk tempoh tujuh hingga sembilan tahun. Anda kena fikirkan betul-betul dan tetapkan berapa yang anda boleh bayar untuk tempoh tersebut. 

Kemudian anda senaraikan model kereta yang sesuai dengan bajet yang anda itu. Di pusat pengedar kereta, hanya pandu uji untuk kereta yang anda senaraikan saja. Jangan cuba-cuba nak pandu uji kereta lain. Contohnya, anda di pusat pengedar PERODUA nak pandu uji kereta Bezza saja tapi anda boleh pula terpandu uji kereta Ativa selepas kena ‘racun’ dengan wakil penjual. 

Walaupun sekadar pandu uji saja tapi ada kemungkinan anda akan terbeli kereta lain yang lagi mahal daripada kereta harga berpatutan yang sepatutnya anda beli. Mungkin faktor lebih mewah dan canggih menyebabkan anda tergoda untuk membelinya.  

Faham, susah nak tolak godaan wakil penjual yang berkata, “Alah bang, tambah sikit lagi boleh dapat kereta yang ni…”. Jangan! Kuatkan semangat dan tahan nafsu walaupun anda mampu. 

2. Rancang Perjalanan Pandu Uji 

Sebelum memulakan sesi pandu uji, anda bertanyalah kepada wakil penjual setakat mana jarak yang dibenarkan untuk memandu uji. Kebiasaannya jarak yang biasa ialah lima hingga 20km. Bergantung kepada ketetapan pusat pengedar kereta. 

Ini kesilapan pertama yang dibuat. Hanya memandu di satu jenis jalan saja dan tidak mencuba memandu di pelbagai jalan seperti di lebuh raya. Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menilai prestasi kereta di permukaan jalan yang berbeza.  

Pandulah kereta pandu uji tersebut di pelbagai permukaan jalan. Mungkin memandu di jalan biasa dan kalau boleh, cuba pula pandu di lebuh raya jika ia berdekatan dengan pusat jualan. Jangan lupa cuba juga pandu di selekoh dan bulatan. 

Barulah anda tak tersilap buat pilihan apabila nak membeli kereta nanti.

3. Tak Periksa Keadaan Luaran Kereta 

Ramai orang terutama mereka yang ingin membeli kereta terpakai tidak melakukan ini sebelum pandu uji iaitu memeriksa keadaan fizikal kereta. 

Kalau nak beli kereta baharu, kereta yang anda pandu uji adalah berbeza dengan kereta yang anda akan dapat nanti selepas pembelian. Tetapi bagi kereta terpakai, kereta yang anda pandu uji itulah kereta yang anda akan dapat. 

Kalau anda nak beli kereta baharu, kereta yang anda pandu uji adalah berbeza dengan kereta yang anda akan dapat nanti selepas pembelian. Tetapi bagi kereta terpakai, kereta yang anda pandu uji itulah kereta yang anda akan dapat.

Kenapa kena periksa sebelum buat pandu uji? Sekurang-kurangnya anda tahu keadaan sebenar kereta seperti bahagian mana yang kemik dan calar atau tak sempurna dan anda boleh maklumkan kepada penjual. 

Jangan periksa selepas pandu uji. Kemungkinan penjual kereta akan mendakwa kemik dan calar yang ada itu terjadi semasa sesi pandu uji. Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat keputusan dan periksa kereta keseluruhannya. 

4. Tidak Memeriksa Rekod Servis Kereta

Setiap kereta akan diservis setelah tempoh tertentu. Setiap kali ia diservis, ia akan direkodkan dalam buku servis kereta yang disertakan oleh pengeluar kereta. 

Kalau anda nak beli kereta terutama sekali kereta terpakai, jangan lupa untuk periksa buku rekod servis ini. Daripada sini banyak maklumat yang boleh diketahui tentang keadaan kereta sebelum ia dijualkan kepada anda. 

Jika penjual tidak memberikan buku servis meski anda sudah memintanya, sudah tentu ada sesuatu yang tak kena dan anda mungkin boleh mencari penjual lain. Jangan abaikan keselamatan kereta hanya kerana inginkan kereta yang dijual pada harga yang lebih murah.

5. Memandu Melulu Hingga Membahayakan Pengguna Lain 

Anda kena ingat, kereta yang anda sedang pandu uji ini bukannya kereta milik anda. Sila pandu dengan berhati-hati. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja tanpa mengira masa dan keadaan. 

Hanya kerana anda sudah memandu bertahun-tahun dan berasa yakin, anda boleh jamin tiada apa yang boleh berlaku. Ada pemandu yang terlalu yakin dan terus ‘lenjan’ kereta pandu uji sehingga kereta menjadi rosak. 

Ada juga yang terlampau seronok semasa sesi pandu uji. Yalah, yang dipandu uji itu kereta idaman. Terlalu seronok dan ‘sedap’ memandu hingga lupa diri tertekan minyak dan terus terbabas tepi jalan seperti kes test drive kereta Mercedes hingga terbabas yang pernah tular dahulu.

Meskipun cuma kereta pandu uji, buatlah seperti kereta anda sendiri. Kalau rosak teruk, anda juga yang terpaksa membayar ganti rugi. 

6. Menilai Keselesaan Kereta 

Walaupun namanya sesi pandu uji, tapi tak bermakna anda cuma perlu pandu kereta itu. Ada banyak lagi yang perlu anda nilai sepanjang sesi pandu uji. 

Antaranya seperti keselesaan kerusi, panel hiburan yang ada, ruang kaki, kesesuaian stereng, dan juga ruang dalaman. Mungkin apa yang dipamerkan di dalam bilik pameran tidak sama dengan ketika merasainya sendiri semasa memandu. 

Periksa Sebelum Beli 

Ada kepentingannya kenapa semua perkara ini perlu dibuat semasa sesi pandu uji. Supaya anda tahu apa yang anda akan beli. Kerana seperti yang dinyatakan awal-awal penulisan, kereta ini merupakan komitmen kewangan yang akan mengikat anda selama tujuh hingga sembilan tahun. Bayangkan anda terpaksa membayar kereta yang anda sendiri tak suka. 

 

Jika anda memeriksa dengan teliti kereta yang anda ingin miliki, anda sedikit sebanyak sudah tahu kelebihan dan kekurangan yang ada pada kereta tersebut. Barulah anda tidak terkilan setelah anda membeli kereta berkenaan. 

Pandu Uji Kereta CARSOME Certified Kini Lebih Mudah! 

Anda nak tahu tak, nak tempah kereta untuk sesi pandu uji kereta CARSOME Certified kini lebih mudah. Anda boleh buat janji temu untuk pandu uji kini melalui aplikasi CARSOME

Anda cuma perlu pilih kereta yang anda ingin pandu uji, pilih tarikh dan masa yang diingini, dan konsultan CARSOME akan menghubungi anda terus untuk mengesahkan janji temu anda. 

Dengan pilihan sehingga daripada 30 jenama kereta di bawah satu bumbung, anda pasti akan dapat memilih sesuatu bagi keperluan anda. 

Tempah sekarang di CARSOME dan nikmati pelbagai promosi bulanan yang sedang berlangsung!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular