Semakin ramai yang menjadikan kereta terpakai sebagai pilihan alternatif kepada kereta baharu kerana harganya yang lebih murah, lebih banyak pilihan model yang tersedia di pasaran, dan susut nilai yang lebih rendah.
Di CARSOME, anda boleh dapatkan kereta terpakai berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional dengan memilih kereta CARSOME Certified yang kami tawarkan. Tapi, macam mana pula kalau anda mahukan penjimatan maksimum apabila membeli kereta terpakai? Jangan risau, CARSOME turut menawarkan kereta terpakai dalam keadaan yang baik dan boleh dipandu dengan selamat pada harga yang sangat mampu milik di bawah jenama CARSOME Value kami!
Kalau anda sedang mencari kereta terpakai murah untuk kegunaan harian anda, jom ketahui kenapa CARSOME Value adalah pilihan yang paling berbaloi untuk pembelian anda.
Macam Mana Kami Pastikan Kereta CARSOME Value Selamat untuk Anda?
Selain daripada ditawarkan pada harga mampu milik, kereta CARSOME Value telah diperiksa secara profesional oleh pemeriksa CARSOME yang bertauliah untuk memastikan ia boleh dipandu dengan selamat dan selesa.

Semua kereta CARSOME Value telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir. Kami turut menyediakan laporan pemeriksaan yang lengkap bersama gambar kereta yang jelas di laman web CARSOME agar anda boleh lihat keadaan kereta dengan lebih teliti sebelum membuat pilihan.
Ini Apa yang Anda Akan Dapat dengan Kereta CARSOME Value
Tawaran Pembiayaan Daripada CARSOME Capital
Untuk memudahkan lagi proses pembelian kereta anda, CARSOME Capital menawarkan pembiayaan untuk kereta CARSOME Value pada kadar yang berpatutan. Anda boleh mohon pinjaman untuk kereta yang anda mahukan dan konsultan CARSOME kami akan uruskan semuanya untuk anda.
Setelah permohonan pinjaman diluluskan, anda boleh pilih untuk ambil kereta baharu anda sendiri di CARSOME Experience Center yang berhampiran atau penghantaran terus ke rumah anda!
Pelan Waranti Lanjutan 1 Tahun Percuma untuk Pembelian Kereta CARSOME Value Sehingga 31 Januari 2024!
Sekarang, anda bukan saja boleh dapatkan kereta terpakai pada harga yang berpatutan daripada CARSOME, kami juga nak berikan perlindungan tambahan untuk kereta baharu anda tanpa sebarang kos tambahan!

Daripada sekarang sehingga 31 Januari 2024, anda akan menerima pelan waranti lanjutan Gold selama 1 tahun secara percuma untuk setiap pembelian kereta CARSOME Value. Pelan waranti lanjutan ini merangkumi perlindungan bagi komponen-komponen penting dalam kereta anda seperti enjin, sistem transmisi, dan sistem pendingin hawa. Dengan adanya perlindungan tambahan ini, anda boleh memandu kereta baharu anda dengan lebih yakin!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami sekarang untuk dapatkan kereta terpakai yang sesuai untuk kegunaan harian anda pada harga yang sangat berbaloi!
Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified