Sebelum beli kereta, ramai yang gemar menonton review kereta terlebih dahulu supaya boleh membuat keputusan yang baik apabila membuat pembelian. Ia dapat membantu pembeli mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi, ciri-ciri, dan juga kelebihan serta kelemahan setiap model kereta yang dipertimbangkan.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 video review kereta terpakai daripada CARSOME yang paling popular di TikTok kami untuk tontonan anda.
Artikel berkaitan: Tips Guna Aplikasi CARSOME untuk Beli Kereta Macam Pro!
Proton X70 2019 – SUV Premium untuk Keluarga Tercinta
@carsomemyProton X70 adalah pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang mencari SUV yang bergaya, selesa dan selamat. Ia dikeluarkan dalam pelbagai spec dan varian, jadi anda boleh mencari yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Nak tahu lebih lanjut tentang kereta ini, walk-in je ke CARSOME Experience Center untuk test drive! #CARSOMEMY #CARSOMECertified #ProtonX70 #ProtonMalaysia #CarsOfTikTok♬ original sound – CARSOMEMY
Gabungan reka bentuk yang elegan, teknologi canggih, dan prestasi yang hebat menjadikan Proton X70 sebagai salah satu pilihan kereta SUV yang sangat popular dalam kalangan ramai pemandu.
Untuk memberi anda keselesaan maksimum, Proton X70 ini dilengkapi dengan kerusi hadapan ventilated dan sistem pendingin hawa dua zon yang mampu mengawal suhu dalaman kereta dengan baik. Dari segi keselamatan pula, ia mempunyai enam beg udara dan sistem brek kecemasan berautonomi untuk menjamin keselamatan anda dan penumpang semasa di jalan raya.
Klik sini untuk layari pilihan Proton X70 terpakai berkualiti yang ditawarkan oleh CARSOME.
Volkswagen Golf 2023 – Hatchback Laju dengan Enjin Padu
@carsomemyVolkswagen Golf GTi ni kereta hot hatch yang memang win dalam bab handling dan tak pernah mengecewakan! Kali ini pakar kami, Nicole berpeluang untuk test-drive kereta kegilaan ramai ini. Kenapa ramai anak muda tergila-gilakan kat VW Golf GTi ni? Jom tengok video ini sampai habis! Kunjungi CARSOME Experience Center yang berdekatan untuk test drive hari ini! Gerenti ramai awek akan nak dekat dengan korang kalau ada kereta ini! 😎 #CARSOMEMY #CARSOMECertified #VolkswagenGolfGTI #VolkswagenMalaysia #GolfGTI #FYP #CarsOfTikTok♬ original sound – CARSOMEMY
Jika anda mahukan kereta kompak yang boleh berikan pengalaman memandu yang hebat, apa kata anda beli Volkswagen Golf? Hatchback lincah ini dilengkapi dengan enjin 2 liter turbo dan gearbox DSG yang membolehkannya memecut daripada 0 ke 100 km dalam hanya 6. 3 saat! Kereta ini mempunyai empat mod pemanduan yang tersedia jadi anda boleh pilih mod yang paling sesuai untuk anda.
Pada bahagian dalaman pula, Volkswagen Golf ini didatangkan dengan kerusi yang dibalut kulit Vienna bersama logo ‘GTI’ pada bahagian atas, lampu ambien yang boleh disesuaikan mengikut kemahuan anda. Yang paling menarik, kamera pandang belakang kereta ini tersembunyi di dalam logo pada bahagian belakang kereta, macam kereta mewah!
Klik sini untuk layari pilihan Volkswagen Golf terpakai berkualiti yang ditawarkan oleh CARSOME.
Honda City 2015 – Kereta Sedan yang Sporty & Mampu Milik
@carsomemyKorang tengah cari kereta ‘H’ yang mampu milik, jimat minyak dan sporty? Ini dia – Honda City! Dengan reka bentuk yang anggun dan dalaman yang selesa, Honda City pasti akan menjadi tumpuan ke mana sahaja anda pergi. Tunggu apa lagi, apa kata korang kunjungi CARSOME Experience Center yang berdekatan untuk test drive hari ini! Gerenti ramai awek akan nak dekat dengan korang! CARSOMEMY #CARSOMECertified #CarReview #ReviewKereta #HondaCity #HondaMalaysia #FYP #CarsOfTikTok♬ original sound – CARSOMEMY
Memang tak dapat dinafikan yang Honda City adalah salah satu kereta sedan pilihan ramai rakyat Malaysia. Antara sebab utama kenapa kereta ini sangat popular adalah reka bentuknya yang sporty, jimat minyak, dan harga yang mampu milik.
Selain itu, ia dilengkapi dengan enjin i-VTEC 1.5 liter dan stereng kuasa elektrik untuk memberi pengalaman memandu yang lancar dengan prestasi yang mantap. Dari segi keselamatan pula, Honda City ini turut didatangkan dengan dua beg udara, sistem brek anti kunci (ABS), dan sistem bantuan brek elektronik (EBA) untuk menjamin keselamatan anda semasa memandu.
Klik sini untuk layari pilihan Honda City terpakai berkualiti yang ditawarkan oleh CARSOME.
Toyota Vios 2014 – Sedan Bergaya yang Senang Dijaga
@carsomemy Toyota Vios ini bukan sekadar kereta tau. Toyota Vios ni adalah kebebasan dan pengembaraan. Kereta ini selesa, luas dan jimat minyak – sangat sesuai untuk pemanduan harian. Kalau korang tengah survey kereta, kami sangat rekomen Toyota Vios ni. Ada ke yang nak test drive Toyota Vios ni? Apa lagi! Boleh je terus walk-in ke CARSOME Experience Center sekarang! #CARSOMEMY #CARSOMECertified #Toyota ♬ original sound – CARSOMEMY
Anda nak beli kereta pertama? Toyota Vios ini adalah pilihan paling tepat jika anda mahukan sebuah kereta yang selesa untuk dipandu dan mudah untuk dijaga. Ia dilengkapi dengan enjin VVT-i yang dipadankan transmisi automatik empat kelajuan untuk memberi anda perjalanan yang lancar dan selesa.
Selain itu, ia mempunyai lampu hadapan projektor dan gril hadapan krom yang membuatkan kereta ini nampak lebih elegan dan bergaya. Satu lagi ciri istimewa kereta sedan ini adalah ruang dalamannya yang besar. Saiz kereta ini lebih lebar dan panjang jadi anda akan dapat ruang kaki dan ruang kargo yang lebih luas berbanding sedan lain.
Klik sini untuk layari pilihan Toyota Vios terpakai berkualiti yang ditawarkan oleh CARSOME.
Perodua Aruz 2020 – SUV Rahmah yang Selesa & Selamat
@carsomemy Anda ada anak lebih daripada 2 orang? Pakai sedan je mana cukup bang! Patutnya korang miliki Perodua Aruz ini. Designnya sporty dan fresh! Nak guna buat balik kampung boleh, nak bawa pergi jalan-jalan pusing bandar pun cun jugak! Yang paling penting, dia punya rupa bang, garang habis! Tunggu apa lagi, apa kata korang kunjungi CARSOME Experience Center yang berdekatan untuk test drive hari ini! #CARSOMEMY #CARSOMECertified #Perodua ♬ original sound – CARSOMEMY
Anda tak perlu berbelanja banyak pun kalau nak dapatkan kereta SUV yang selesa untuk keluarga anda. Perodua Alza menawarkan ruang dalaman yang luas dan dan selesa untuk pemandu serta penumpang pada harga yang sangat mampu milik.
Pada harga kurang daripada RM80,000, kereta SUV ini dilengkapi dengan enjin Dual VVT-i 1.5 liter yang mampu ciri-ciri keselamatan seperti sistem brek anti-kunci (ABS), Sistem Agihan Brek Elektronik (EBD),
Klik sini untuk layari pilihan Perodua Aruz terpakai berkualiti yang ditawarkan oleh CARSOME.
Kalau anda mahu lihat banyak lagi video mengenai review kereta, tips kereta, atau apa-apa topik yang berkaitan dengan pemilikan dan pembelian kereta, jangan lupa ikuti akaun media sosial CARSOME di Facebook, Instagram, TikTok, dan juga X.
Semoga video-video yang dihasilkan oleh CARSOME dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat semasa anda membeli kereta. Jika anda mahu membeli kereta terpakai berkualiti, CARSOME menawarkan sehingga 30 jenama kereta terpakai yang telah lulus pemeriksaan teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, banjir, dan kebakaran, serta menjamin tiada sebarang perubahan dilakukan pada milej kereta.
Semua kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih secara profesional untuk memberi anda keselesaan sepenuhnya, keselamatan melebihi taraf, dan estetik yang telah dibaik pulih. Kami juga menjamin ketenangan jiwa anda dengan menawarkan harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, waranti 1 tahun, dan jaminan pulangan wang dalam 5 hari apabila anda membeli kereta CARSOME Certified.
Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified
Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta idaman anda dengan CARSOME sekarang!
Artikel berkaitan: Boleh Dapat Kereta Dalam Tempoh Seminggu Je Dengan CARSOME? Biar Betul!