HomeBMIkuti 5 Tips Berjimat Ketika Melancong Ini & Anda Berpeluang Memenangi Telefon...

Ikuti 5 Tips Berjimat Ketika Melancong Ini & Anda Berpeluang Memenangi Telefon Pintar Percuma!

Musim cuti-cuti Malaysia dah dekat ni, mesti ramai di luar sana yang dah mula merancang pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga tercinta. Nak bercuti memang seronok, tapi bila dah banyak sangat melawat tempat-tempat viral, macam mana nak pastikan yang perbelanjaan anda terkawal sepanjang percutian?

Jangan risau, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi bajet apabila melancong. Daripada perancangan perjalanan hingga ke penggunaan pakej data yang mencukupi, kami kongsikan tips berjimat ketika melancong dalam artikel ini untuk membantu anda.

Artikel berkaitan: Jangan Pergi Road Trip Untuk Healing Kalau Tak Lakukan 6 Perkara Ini!

1. Rancang Perjalanan Anda

Memastikan perbelanjaan percutian anda tidak melebihi bajet yang sudah ditetapkan cuma memerlukan perancangan yang teliti. Tetapkan tarikh perjalanan yang sesuai, selidik dahulu jalan mana yang anda mahu lalui, dan senaraikan tempat perhentian dan persinggahan menarik yang anda mahu lawati. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa merancang percutian anda di Malaysia:

  • Laluan anda – termasuk jarak dan kawasan rehat yang tersedia
  • Siapa yang akan menyertai anda dalam perjalanan
  • Bayaran tol dan tempat letak kereta
  • Penginapan
  • Tarikan yang ingin dilawati

Dengan adanya perancangan yang mantap, perjalanan anda akan akan menjadi lebih lancar tanpa persinggahan di luar jangkaan dan anda juga boleh memanfaatkan diskaun tempahan awal dan harga yang lebih baik untuk hotel.

Masa perjalanan juga boleh dibahagikan dengan tertib untuk menjimatkan minyak, tol, dan kos perjalanan lain. Bayangkan jika anda tiba-tiba singgah ke tempat lain semasa dalam perjalanan, anda perlu menggunakan data untuk mencari lokasi dan maklumat berkaitan dan ini pasti akan membuang masa anda.

2. Bawa Bekal dari Rumah

Satu perkara penting yang akan menelan banyak belanja apabila anda pergi melancong adalah makanan. Harga makanan dan minuman yang dijual di hentian rehat dan rawat di lebuh raya memang sedikit mahal. Jadi, lebih baik jika anda masak atau sediakan sendiri bekalan makanan dari rumah sebelum mulakan perjalanan.

tip berjimat sambil melancong
Gambar oleh Darya Sannikova.

Anda boleh bawa air minuman pilihan anda dari rumah dan jangan lupa untuk bawa bekalan kudapan untuk dinikmati semasa dalam perjalanan. Antara pilihan snek yang kami cadangkan termasuklah bar granola, roti, kacang, dan buah-buahan kering.

3. Periksa & Servis Kereta Anda

Sebelum memulakan perjalanan anda ke tempat-tempat menarik di Malaysia, pastikan kenderaan anda telah diperiksa dan diservis terlebih dahulu. Kenderaan yang telah diselenggara dengan baik bukan sahaja menjamin perjalanan yang lebih selamat tetapi juga dapat menjimatkan wang anda dengan mengelakkan perbelanjaan mengejut akibat kerosakan.

Pastikan kenderaan anda diperiksa dengan teliti oleh mekanik profesional untuk memastikan ia bebas daripada masalah yang mungkin timbul semasa dalam perjalanan. Antara komponen penting kereta yang perlu diperiksa adalah enjin dan minyak gear box, minyak brek, lampu, tayar, dan bateri. Apabila kereta anda berada dalam keadaan terbaik, perjalanan anda akan jadi lebih lancar.

Artikel berkaitan: 15 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Servis Kereta Anda 

4. Elak Kesesakan Jalan Raya dengan Google Maps atau Waze

Kesesakan jalan raya memang susah nak dijangka, lebih-lebih lagi semasa musim cuti. Jadi, sebelum anda mulakan perjalanan, gunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze untuk dapatkan jalan alternatif. Aplikasi ini menyediakan kemas kini trafik masa sebenar dan anggaran masa ketibaan agar anda boleh merancang perjalanan anda sebaik mungkin.

tips berjimat ketika melancong, using gps app
Gambar oleh Peter Fazekas.

Inilah sebabnya penting bagi anda untuk mempunyai pelan data mudah alih tanpa had yang boleh dipercayai. Barulah anda boleh menggunakan aplikasi navigasi dan menstrim musik tanpa sebarang halangan. Kalau anda seorang yang kerap mengembara, anda boleh menggunakan pelan data mudah alih daripada jenama popular seperti redONE yang mempunyai liputan yang sangat baik di seluruh Malaysia.

5. Gunakan Pakej Data yang Mencukupi

Semasa dalam perjalanan, anda mungkin tidak akan mempunyai akses kepada sambungan wi-fi yang stabil. Inilah sebabnya anda perlu mempunyai pakej data mudah alih tanpa had yang pantas untuk telefon anda.

Jika anda banyak menggunakan data dalam kehidupan harian anda, ia akan meningkat dengan lebih banyak lagi semasa melancong, terutamanya jika anda menggunakan aplikasi navigasi atau menstrim muzik dan video semasa dalam perjalanan.

Kalau anda memerlukan pakej data tanpa had yang sesuai untuk kegunaan harian atau semasa melancong, redONElah jawapannya! Mereka menawarkan pelbagai pelan prabayar dan pascabayar mudah alih dengan data pantas tanpa had serta panggilan tanpa had pada kadar berpatutan, jadi anda pasti boleh mendapatkan pelan yang sesuai untuk keperluan anda.

Kami harap tip pelancongan yang kami senaraikan ini dapat membantu anda menikmati percutian bersama keluarga sambil berjimat. Ditambah dengan perancangan yang baik dan pemanduan yang selamat, perjalanan anda bukan sahaja akan menjadi lebih berbaloi, tetapi selamat, selesa, dan penuh dengan memori indah. 

Dapatkan 2 Bulan Data Mudah Alih Tanpa Had redONE & Menangi Telefon Baharu Apabila Anda Beli Kereta CARSOME 

Anda ada rancangan untuk pergi cuti-cuti Malaysia tak lama lagi? Inilah masa terbaik untuk dapatkan kereta berkualiti dan pelan data mudah alih yang mantap untuk pastikan perjalanan anda lancar dan selamat.

tips berjimat ketika melancong, carsome red one

Dan di sini, kami ada gandingan yang sempurna – beli kereta CARSOME sekarang dan anda boleh dapat pelan data mudah alih percuma serta peluang untuk memenangi telefon pintar baharu!

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi ini? Kami ada butirannya di sini:

Beli mana-mana kereta CARSOME Certified atau CARSOME Value daripada 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023 dan anda akan menerima langganan pelan data mudah alih redONE dengan panggilan tanpa had dan internet tanpa had berkelajuan tinggi PERCUMA untuk dua bulan. 

Selain itu, anda turut dapat menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah telefon mudah alih baharu!

Selepas dua bulan, bayaran bulanan untuk pelan data yang anda akan terima hanya berjumlah RM40 sahaja, memang sangat berpatutan. Tak pasti jika pelan tersebut sesuai untuk anda? Tempoh kontrak pelan hanyalah tiga bulan dan dua bulan pertama adalah percuma. Jadi ini bermaksud anda boleh menguji pelan ini sepuas hati anda hanya dengan RM40 sahaja. Jangan tunggu lama-lama, buat tempahan kereta di CARSOME untuk nikmati tawaran ini sekarang!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Bukan itu sahaja, apabila anda membeli kereta CARSOME Certified, anda akan dilindungi dengan waranti lanjutan selama dua tahun daripada CARSOME dan anda juga akan menerima karpet kereta Trapo, semuanya PERCUMA!

Tambahan pula, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM2,000 untuk kereta SUV dan MPV dengan menggunakan kod promosi berikut: CUTI2000. Kod promosi ini hanya sah digunakan sehingga 30 November 2023 sahaja, jadi jangan lepaskan peluang ini jika anda mahu menaik taraf kepada kereta yang lebih besar!

Artikel berkaitan: Baca Mengenai Promosi Bulanan CARSOME di sini!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Beli kereta terpakai berkualiti di carsome.my atau melalui aplikasi kami hari ini untuk nikmati promosi menarik ini!

Artikel ini diterbitkan pada 01/10/2023. Ia telah dikemaskini pada 01/11/2023 untuk mencerminkan promosi terbaharu CARSOME.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular