HomeBMTip Asas Penjagaan Kereta Sepanjang Tempoh PKP

Tip Asas Penjagaan Kereta Sepanjang Tempoh PKP

Kereta yang dibiarkan tidak bergerak atau tidak digunakan untuk satu tempoh yang lama akan menyebabkan masalah lain yang mungkin boleh memeningkan anda. Kereta yang ditinggalkan biasanya akan mengalami masalah sukar untuk dihidupkan, brek tidak mencengkam atau getaran pada stereng disebabkan masalah pada tayar. Carsome berkongsi tips penjagaan kereta yang boleh anda praktikkan untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku kepada kereta anda.

kereta jarang bergerak | kereta jarang guna

Tip Penjagaan Kereta Yang Tidak Bergerak

Bagi anda yang tidak tersenarai dalam perkhidmatan penting atau essential services, anda disarankan untuk bekerja dari rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan mengurangkan pergerakan di luar rumah. Carsome menyenaraikan 5 tips penjagaan kereta yang perlu diketahui supaya kereta anda kekal berada dalam keadaan baik walaupun jarang digunakan.

1. Bersihkan Bahagian Dalaman Kereta

Pastikan tiada sampah atau sisa makanan ditinggalkan di dalam kereta terutamanya jika anda meninggalkan kereta anda untuk satu tempoh masa lama. Ini kerana, ia boleh mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas dan boleh mengakibatkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Bersihkan bahagian dalaman kereta dengan teliti dan sembur bahan pewangi kereta jika perlu.

Selain itu, lakukan pembersihan dan disinfeksi kuman secara berkala terutamanya pada bahagian yang sering disentuh seperti stereng, pemegang pintu dan lain-lain menggunakan cecair pembasmi kuman. Pastikan anda baca label produk dan gunakan bahan pencuci yang bersesuaian dengan kereta anda. Anda boleh baca tip pembersihan dan pembasmian kuman di bahagian kabin kereta untuk maklumat lanjut.

2. Hidupkan Enjin Kereta Secara Berkala

Kereta anda mungkin jarang bergerak atau dibiarkan tersadai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai beberapa buah kereta. Anda disarankan untuk menghidupkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 10 minit. Ia adalah bertujuan untuk mengekalkan cas bateri dan memastikan altenator dan komponen lain kereta berfungsi dengan baik. Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak menghidupkan penyaman udara kereta atau sistem infotainmen kereta semasa pemanasan dilakukan untuk memaksimumkan proses pengecasan bateri kereta.

Jika anda memiliki beberapa buah kereta di rumah, cabut bateri kereta yang jarang digunakan dan simpan di tempat yang sesuai. Ia sekali gus dapat mengelakkan bateri kereta daripada ‘kong’ dan memerlukan bantuan jump start jika tidak dapat dihidupkan. Kunci kereta anda dengan sempurna setelah selesai untuk mengelakkan insiden lain yang tidak diingini seperti kehilangan, kecurian dan sebagainya.

3. Periksa Tekanan Angin

Periksa dan pastikan tekanan angin dalam tayar kereta anda berada pada tahap yang sesuai. Tekanan angin dalam tayar yang rendah atau kempis tidak dapat menyerap hentakan jalan yang berlubang sekali gus boleh menjejaskan penjajaran stereng dan merosakkan sistem suspensi. Manakala, tekanan angin yang berlebihan dalam tayar atau terlalu keras boleh mengurangkan cengkaman tayar pada permukaan jalan dan menyebabkan bunga tayar haus di bahagian tengah.

Isi tekanan angin yang bersesuaian di mana-mana stesen minyak berdekatan sekiranya anda merasakan tekanan angin dalam tayar berada dalam keadaan yang rendah. Lakukan pemeriksaaan sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu. Anda boleh merujuk tekanan yang disyorkan pada pelekat maklumat di bahagian pintu tempat duduk pemandu.

4. Angkat atau Tegakkan Wiper Kereta

Wiper atau pengelap kereta merupakan komponen kereta yang penting terutamanya jika memandu dalam keadaan hujan. Sekiranya anda meletakkan kereta di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, angkat wiper kereta anda supaya getah wiper tidak menyerap haba daripada cermin. Wiper kereta yang dibiarkan melekat pada cermin kereta di kawasan panas akan menyebabkan pengerasan getah wiper sekali gus menjejaskan fungsinya.

Jika boleh, letak kereta anda di kawasan yang teduh atau di kawasan tempat letak kereta yang tertutup. Cara ini dapat mengelakkan wiper kereta anda daripada rosak dan memanjangkan jangka hayat getah wiper. Wiper yang rosak tidak lagi dapat menolak air pada cermin dengan lebih efektif. Ia bukan sahaja mengehadkan jarak penglihatan semasa pemanduan, malah ia turut boleh mendatangkan bahaya kepada anda.

5. Elakkan Bintik Mendatar (Flat-Spotting)

Kenderaan yang dibiarkan tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan bintik mendatar atau flat-spotting pada bahagian tayar. Ia akan mengakibatkan tayar tersebut kehilangan bentuk dan boleh menyebabkan getaran pada stereng semasa pemanduan. Namun begitu, sebahagian besar insiden bintik mendatar adalah sementara dan getaran pada stereng akan hilang apabila tayar mencapai suhu tertentu.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tingkatkan tekanan angin sebanyak 3 PSI jika ingin meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama. Selain itu, anda juga boleh gerakkan kenderaan anda ke depan dan belakang untuk memutarkan tayar untuk mengelakkan risiko bintik mendatar atau flat-spotting ini.

tip penjagaan kereta semasa lockdown/pkp/kereta jarang digunakan

Perkara Yang Perlu Diperiksa Sebelum Memulakan Perjalanan

Bagi kereta yang tersadai di rumah dan jarang digunakan, anda dinasihatkan untuk memeriksa perkara-perkara asas berikut sebelum memulakan perjalanan:

    1. Lampu kereta – pastikan lampu termasuk lampu brek masih berfungsi dan berada dalam keadaan baik;
    2. Minyak enjin/minyak gearbox – tarik dipstick dan periksa paras minyak enjin dan minyak gearbox. Pastikan ia berada pada paras yang bersesuaian;
    3. Air radiator – pastikan air radiator tidak kering dan tambah air radiator jika perlu. Kereta yang tidak bergerak terlalu lama boleh menyebabkan radiator tersumbat atau berkarat;
    4. Tayar kereta – periksa tekanan tayar dan keadaan tayar sama ada masih elok atau perlu digantikan;
    5. Pad brek – gantikan pad brek anda jika sudah haus atau nipis;
    6. Bateri dan alternator – jika kereta tidak dihidupkan lama, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bateri.

penjagaan kereta dibiarkan lama | bungkus kereta dengan pelindung kereta

Semoga perkongsian tip penjagaan kereta ini dapat membantu mengelakkan anda untuk mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk memperbaiki kerosakan pada kereta anda. Selain itu, jika anda berminat untuk membeli kereta second hand atau ingin menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut.

Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dalam talian yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta yang pantas, cekap dan dipercayai. Kereta yang dijual di Carsome melalui 175 titik pemeriksaan, disahkan Carsome Certified dan turut dijanjikan jaminan satu tahun dan jaminan pengembalian wang dalam tempoh lima hari menerusi Carsome Promise.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular