HomeBMPerkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Surat Perjanjian Jual Beli Kereta

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Surat Perjanjian Jual Beli Kereta

Proses pembelian kereta merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan lebih-lebih lagi jika kereta yang dibeli merupakan kereta pertama. Meskipun begitu, banyak perkara penting yang perlu dilakukan dan diberi perhatian bagi memastikan proses pembelian kereta berjalan lancar. Kontrak pembelian kereta misalnya merupakan salah satu perkara penting dalam proses pembelian kereta. Carsome menyenaraikan semua perkara berkaitan surat perjanjian jual beli kereta atau kontrak jualan kereta yang perlu anda tahu bagi memastikan proses pembelian kereta anda berjalan dengan lancar.

surat jual beli kereta

Kontrak Jual Beli Kereta: Apa itu Surat Perjanjian Jual Beli Kereta?

Perjanjian pembelian kenderaan merupakan kontrak pembelian antara pembeli dan penjual yang menggariskan syarat pembelian semasa proses jual beli kereta dilakukan. Dalam erti kata lain, kontrak pembelian merupakan kontrak rasmi yang menyatakan persetujuan anda untuk membayar kos kenderaan secara ansuran dari semasa ke semasa sebagai tambahan kepada faedah lain yang ditetapkan. Sebaik sahaja anda menandatangani perjanjian, anda terikat dengan syarat perjanjian tertentu bergantung pada perkara yang dipersetujui dan digariskan dalam kontrak.

Surat Perjanjian Jual Beli Kereta: Komponen Penting Kontrak yang Perlu Diberi Perhatian

Kontrak pembelian atau perjanjian jual beli kereta merupakan kontrak sah yang menentukan terma dan syarat jual beli yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami kesemua klausa, terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat perjanjian jual beli kereta secara total sebelum menandatanganinya. Carsome menyenaraikan komponen penting dalam kontrak perajanjian jual beli kereta yang biasa ditemui untuk maklumat anda:

1. Maklumat Pembeli

Secara amnya, kontrak jual beli kereta agak ringkas dan tidak terlalu kompleks – ia menyenaraikan maklumat asas pembeli seperti nama, alamat pembeli (termasuk nama dan alamat penjual), tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan beberapa maklumat penting lain.

2. Maklumat Kenderaan

Selain itu, kontrak jual beli kereta juga menerangkan spefikasi lengkap kenderaan yang dibeli. Ia menyatakan maklumat kenderaan seperti nombor pengenalan kenderaan (nombor VIN kereta), jenis dan model kereta termasuk tahun pembuatan.

3. Maklumat Jualan dan Harga

Kontrak jual beli kereta juga menyenaraikan secara terperinci jumlah harga yang perlu dibiayai. Ia termasuk harga kereta, aksesori tambahan yang disediakan, yuran pengurusan dokumen, cukai jualan kereta, yuran pengiklanan dan lain-lain. Selain itu, ia juga akan menyenaraikan amaun bayaran pendahuluan yang dipersetujui.

4. Maklumat Pembiayaan

Kontrak jual beli kereta juga menyatakan maklumat pembiayaan lengkap. Ia akan menyenaraikan maklumat tentang Kadar Peratusan Tahunan (APR) yang dikenakan, caj kewangan, jumlah amaun yang dibiayai, jumlah pembayaran dan jumlah keseluruhan harga jualan. Nilai trade-in kereta juga akan dinyatakan di sini (jika berkaitan).

    • Kadar Peratusan Tahunan merujuk pada amaun yang akan dicaj setiap tahun sebagai faedah untuk membiayai kereta baharu anda.
    • Bahagian Caj Kewangan pula menerangkan amaun yang perlu dibayar untuk membiayai kenderaan anda sepanjang tempoh kontrak.
    • Amaun Pembiayaan menerangkan jumlah amaun pembelian yang perlu dijelaskan termasuk harga kereta, sebarang penambahan item atau aksesori, cukai jualan kereta dan bayaran pendahuluan yang telah dijelaskan.
    • Jumlah Bayaran pula mewakili jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk pembelian kereta dengan mendarabkan jumlah bayaran ansuran bulanan dan tempoh bayaran ansuran.
    • Jumlah Keseluruhan Harga Jualan membolehkan anda mengetahui jumlah keseluruhan kos pembelian kereta anda. Ia termasuk harga jualan keseluruhan selepas semua pembayaran dijelaskan pada akhir kontrak.

surat perjanjian jual beli kereta

Kesilapan yang Biasa Dilakukan Semasa Menandatangani Perjanjian Jual Beli Kereta

Surat perjanjian jual beli kereta merupakan salah satu proses penting semasa prosedur jual beli kereta dilakukan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk menyemak perjanjian dengan teliti sebelum menandatangani perjanjian untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Ini kerana, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menarik diri daripada perjanjian pembelian kereta setelah kontrak dipersetujui dan ditandatangani. Berikut merupakan antara kesilapan-kesilapan biasa yang sering dilakukan yang perlu diberi perhatian:

1. Maklumat Peribadi Tidak Tepat

Pastikan anda double check maklumat peribadi anda seperti nama, alamat dan maklumat-maklumat lain dinyatakan dengan tepat dan betul. Maklumat peribadi yang salah boleh menyebabkan komplikasi dan kesulitan pada masa akan datang,

2. Ada Caj Tersembunyi

Yuran tersembunyi biasa dikenakan semasa pembelian kereta lebih-lebih lagi jika pembelian kereta dilakukan menerusi pihak ketiga. Jika ada apa-apa bayaran yang tidak dijangka dikenakan, anda boleh bertanyakan mengenainya dengan lebih lanjut. Sekiranya ada yuran tambahan atau penambahan kos lain yang tidak seperti yang dipersetujui, minta pengedar untuk mengeluarkannya daripada kontrak.

3. Caj Item Add On Percuma Turut Dinyatakan

Biasanya, pengedar akan menawarkan item add on atau aksesori kereta tambahan percuma untuk model-model tertentu bagi menarik minat pembeli kereta. Namun jika anda mendapati item ini dimasukkan dalam kontrak dengan caj tambahan (kos sepatutnya dinyatakan RM0), anda disarankan untuk mendapatkan kepastian daripada pengedar sebelum menandatangi perjanjian jual beli kereta anda.

4. Tidak Memahami Syarat Pinjaman

Kadar faedah kereta memainkan peranan penting dalam menentukan kos keseluruhan pembiayaan kereta anda. Oleh itu, pastikan anda semak syarat pinjaman dan kadar faedah yang dinyatakan dalam kontrak adalah sama seperti yang telah dipersetujui untuk mengelakkan anda membayar kos pembiayaan yang lebih mahal berbanding kos sepatutnya.

5. Bayaran Pendahuluan Tidak Dinyatakan dengan Tepat

Selain itu, pastikan amaun bayaran pendahuluan untuk kereta yang dibeli dinyatakan dengan tepat dalam kontrak perjanjian jual beli. Ia bertujuan untuk memastikan anda hanya membayar amaun hutang yang betul sepanjang tempoh pembiayaan.

6. Nilai Trade-in Kereta Tidak Sama

Jika anda trade-in kereta lama untuk membantu membiayai kereta baharu anda, pastikan nilai trade-in dinyatakan dengan betul dan sepadan dengan amaun yang telah dipersetujui. Jika salah, anda mungkin terikat dengan amaun hutang yang lebih tinggi berbanding nilai hutang sepatutnya.

Artikel Berkaitan: Beli Kereta Pertama? Ini Perkara Penting Tentang Loan Kereta yang Perlu Anda Tahu

Semoga perkongsian mengenai surat perjanjian jual beli kereta ini dapat membantu anda memahami dan memanfaatkan sepenuhnya kontrak jual beli kereta. Selain itu, sekiranya anda ingin beli kereta terpakai yang berbaloi, selamat dan berkualiti, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai online yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular