HomeBMTrak Urban Mewah Yang Ramai Tak Tahu: Nissan Navara Terpakai Pada Harga...

Trak Urban Mewah Yang Ramai Tak Tahu: Nissan Navara Terpakai Pada Harga Honda City Baharu

Nissan Navara (turut dikenali sebagai NP300 Navara) telah dilancarkan pada 2015 sebelum ia menerima naik taraf facelift pada 2021. Ia merupakan masih lagi satu-satunya trak 4×4 yang disokong dengan ampaian belakang pelbagai sambungan (kaki belakang kenderaan) atau rear multi-link suspension ala SUV. 

Sementara trak pikap lain seperti Ford Ranger dan Toyota Hilux diketahui terenjut-enjut semasa dipandu, dengan menggunakan ampaian belakang yang sama seperti dalam SUV seperti Mazda CX-5 atau Honda CR-V, pemanduan di dalam Nissan Navara terasa lebih selesa menjadikan perjalanan kurang memualkan. 

Sama ada tentang harga terkini Nissan Navara 2023 atau masalah yang sering terjadi, ini merupakan panduan menyeluruh membeli Nissan Navara.

Spesifikasi, Harga, dan Ciri Nissan Navara NP300 Versi Facelift 

Harga Nissan Navara 2023 di Malaysia

Harga Nissan Navara NP300 semakin meningkat kebelakangan ini, sama juga seperti kenderaan lain.  Ini merupakan harga Nissan Navara pasca-facelift di Malaysia pada tahun 2023: 

  • Nissan Navara Single Cab (M/T): RM98,600
  • Nissan Navara Double Cab SE (M/T): RM117,600
  • Nissan Navara Double Cab SE (A/T): RM123,600
  • Nissan Navara Double Cab V (A/T): RM134,800
  • Nissan Navara Double Cab VL (A/T): RM146,900
  • Nissan Navara Double Cab PRO-4X (A/T): RM154,800

Jika anda tak mempunyai bajet yang tinggi, anda boleh pilih untuk beli Nissan Navara terpakai. Ini merupakan anggaran harga Nissan Navara NP300 terpakai di Malaysia

  • Nissan Navara 2015-2020 terpakai sebelum facelift: RM40,000 hingga RM115,000
  • Nissan Navara terpakai 2021 ke atas versi facelift: RM81,000 hingga RM145,000

Harga Nissan Navara Terpakai

Berikut merupakan beberapa contoh Nissan Navara terpakai yang ada di CARSOME: 

Tahun  Model  Perbatuan (anggaran) Harga (anggaran)
2018 Nissan Navara VL 98,678 km RM102,900
2021 Nissan Navara Pro-4X 20,671 km RM138,900
2023 Nissan Navara SE 54 km RM108,500
2023 Nissan Navara PRO-4X 57 km RM137,800

Artikel berkaitan: Mahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

Spesifikasi & Ciri Nissan Navara NP300

Prestasi 

Kesemua Nissan Navara mempunyai enjin turbo diesel 2.5 liter yang sama tetapi ada  dua jenis talaan  ditawarkan. Varian Ruang Pandu Tunggal dan SE M/T mendapatkan output kuasa yang lebih rendah pada 163 Ps dan 403 Nm dengan transmisi manual enam kelajuan, menjadikan ia sebuah trak yang serba guna.

Walaupun kuasa dan kilas adalah lebih rendah daripada versi automatik, spesifikasi ini sudah cukup memberikan kuasa yang cukup untuk mengangkut kargo, perjalanan biasa, ataupun untuk ‘layan’ jalan off-road sekali-sekala. 

Di samping itu, varian SE A/T, V, VL, dan Pro-4X pula menghasilkan 190 Ps dan 450 Nm dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. Peningkatan kuasa dan gear tambahan membolehkan Nissan Navara versi automatik ini boleh dipandu pada kelajuan yang tinggi pada masa yang sama ia lebih stabil – ciri yang bagus jika anda inginkan perjalanan yang lebih lancar di jalan raya. 

Beban Muatan 

Versi ruang pandu duaan mempunyai kapasiti sebanyak 880 kg. Varian Ruang Pandu Tunggal pula boleh mengangkut 1,112 kg memandangkan ia merupakan satu-satunya varian dengan ampaian pegas daun (leaf spring) tradisional yang membolehkan ia mengangkut lebih muatan. Varian Ruang Pandu Tunggal juga mempunyai ruang belakang 842 mm yang lebih panjang memberikannya ia ruang kargo yang lebih luas. 

ruang kargo Nissan Navara

Sumber: Auto Deal

Ciri 

Nissan Navara varian V dan ke atas disertakan dengan beberapa ciri menarik untuk meningkatkan pengalaman pemanduan seperti: 

  • Kemasukan tanpa kunci dengan butang tekan hidup
  • Meter alatan separuh digital 7 inci
  • Pendingin hawa zon duaan
  • Enam pembesar suara
  • Stereng pelbagai fungsi 
  • Kamera undur belakang
  • Kesemua varian ruang pandu duaan turut mempunyai tempat duduk belakang boleh lipat dengan tempat simpanan bawah tempat duduk

Nissan Navara VL interior

Varian VL dan Pro-4X mendapat kesemua ciri yang ada dengan pengalaman yang lebih eksklusif seperti: 

  • Lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Rim aloi mewah 
  • Rel bumbung untuk memasang sebarang peralatan di atas kenderaan 
  • Kerusi kuasa boleh laras dan kerusi kulit. 

Yang terbaharu dalam Nissan Navara versi facelift 2021 adalah beberapa ciri moden termasuklah: 

  • Skrin sesentuh 8 indi dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Pengelap auto yang dihidupkan apabila ia mengesan hujan 
  • Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti amaran prarempuhan, brek prarempuhan, dan amaran lencongan hadapan.  

Ciri Keselamatan 

Nissan Navara NP300 versi facelift tak ambil mudah soal keselamatan. Selain daripada versi Ruang Pandu Tunggal yang hanya mempunyai brek ABS (brek antikunci), brek EBD (brek sebaran elektronik), dan bantu brek, varian lain turut mempunyai bantuan pemandu yang berguna dan ciri canggih lain. Ini merupakan sebahagian ciri keselamatan yang terbaik ada pada Nissan Navara

  • Dua beg udara pada varian Ruang Pandu Tunggal dan SE 
  • Enam beg udara pada varian V, VL, dan Pro-4X
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) 
  • Kawalan Menuruni Bukit (HDC) – kenderaan boleh menuruni bukit dengan selamat tanpa kawalan pemandu
  • Active Brake Limited Slip (ABLS)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Trailer Sway Assist (TSA)

Bagi varian V dan ke atas, ia juga dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang merangkumi ciri-ciri berikut: 

  • Intelligent Predictive Forward Collision Warning and Emergency Braking
  • Intelligent Driver Alertness
  • Blind Spot Warning
  • Lane Departure Warning
  • High Beam Assist

Kelebihan & Kekurangan Nissan Navara 

Kelebihan Kekurangan 
Pemanduan yang lebih stabil kerana disokong dengan ampaian belakang SUV yang menjadikan perjalanan kurang memualkan Walaupun menggunakan ampaian belakang SUV, ia masih lagi terhinggut-hinggut kerana lebih tinggi berbanding SUV. 
Harga servis dan penyelenggaraan yang lebih murah berbanding pesaing lain. Kerana ia menggunakan ampaian belakang SUV, muatan yang mampu dibawa adalah kurang berbanding trak jenama lain.
Enjin turbo diesel 2.5 liter memberikan lebih kuasa gerak kepada trak, lebih cepat memecut. Pemandu yang tinggi mungkin akan berasa  tidak selesa memandu memandangkan ketinggian stereng tidak boleh dilaraskan supaya lebih tinggi
Lebih mudah melalui jalan tak rata dan jalan berlubang.  Penebatan bunyi seperti biasa saja bagi kelasnya terutama ada bunyi bising enjin. 

 

Nissan Navara VL on CARSOME

Panduan Membeli Nissan Navara Terpakai

Ketika penulisan ini dibuat, harga jualan bagi Nissan Navara NP300 terpakai adalah bermula  daripada RM72,800 hingga RM137,000 bergantung kepada tahun, varian, keadaan, dan juga perbatuan kereta. Dengan bajet sekitar RM128,000, anda boleh membeli sebuah Nissan Navara VL 2023 dengan perbatuan sekitar 50 km. Dengan bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus, anggaran ansuran bulanan adalah sebanyak RM1,403 sebulan.

Jika anda hanya ada bajet kurang RM1,000 sebulan, anda boleh lihat Nissan Navara VL 2016 dengan harga RM72,800 dengan anggaran perbatuan sebanyak 87,593 km. Dengan kira-kira yang sama seperti sebelum ini, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM798 sebulan.  

Artikel berkaitan: Kereta 4×4 Pickup Truck atau ‘Hailak’ Paling Popular 2023 di Malaysia

Nak Beli Yang Mana Satu? 

Kami mencadangkan untuk anda mendapatkan Nissan Navara VL 2023 terpakai kerana ia mempunyai ciri keselamatan NIM yang canggih seperti Amaran Titik Buta dan Amaran Trafik Lintasan Belakang, sistem pemantauan tekanan udara (TPMS), dan lampu hadapan quad-LED untuk penglihatan yang lebih jelas pada waktu malam dan semasa pemanduan jalan off-road, dan sebuah kerusi kuasa boleh laras 8 cara dengan penyesuaian lumbar 2 cara. 

Jika anda inginkan trak serba guna yang masih selesa digunakan, Nissan Navara SE 2023 terpakai mungkin sesuai untuk anda. Ia tidak dilengkapi dengan sokongan penyesuaian lumbar, kawalan ronda, lampu LED, dan kesemua ciri NIM pada harga RM108,500, penjimatan sebanyak RM20,000 berbanding varian VL. Namun, ia masih lagi mempunya ciri bantuan pemandu seperti HDC, ia hanya ada dua beg udara. Jadi, ini ialah sesuatu untuk anda pertimbangkan.

Kekurangan & Isu Yang Ada Pada Nissan Navara

Jualan Nissan Navara melonjak hampir sekali ganda pada Mei 2021, melepasi angka sebelum pandemik. Namun, angka jualan yang tinggi tidak bermakna tiada masalah pada Nissan Navara ini.

Ada sesetengah pemilik yang melaporkan ada kebocoran minyak dari enjin dan transmisi (kotak gear) manakala ada juga yang melaporkan kegagalan takal magnet (yang menguasakan pendingin hawa). Walau bagaimanapun, tiada ada kerosakan enjin yang teruk atau kegagalan transmisi, dan memandangkan masalah ini bukannya selalu terjadi, maka, anda tidaklah perlu risau sangat tentangnya. 

Kalau servis dan penyelenggaraan berkala dibuat, kereta ini tidak akan meragam. Nissan mencadangkan penyelenggaraan pencegahan dengan menggantikan minyak enjin dan penapis minyak seitap 10,000 km atau setiap enam bulan sekali (atau yang mana datang dulu). 

Kos Jaga Nissan Navara 

Cukai Jalan RM830.40
Tayar/buah (anggaran) RM500 – RM970
Servis biasa (minyak enjin dan penapis minyak, anggaran) RM200 – RM250

Trak Pikap Yang Terbaik Tapi Bukan Untuk Kegunaan Berat 

Jika anda membawa muatan berat setiap hari atau mahukan sesuatu untuk off-road sepanjang masa tanpa kompromi, maka Nissan Navara bukanlah pilihan yang terbaik. Namun, jika anda mahukan trak pikap gaya hidup yang selesa dipandu, mampu mengangkut muatan berat, dan sesekali keluar untuk off-road dan boleh diharapkan, maka anda patut pilih Nissan Navara. Ia adalah trak pikap yang terbaik untuk pemanduan dalam bandar. 

Beli Nissan Navara Second Hand Di CARSOME Untuk Ketenangan Minda 

Nak cari trak pikap Nissan Navara? Cari saja di CARSOME! Kereta CARSOME Certified ialah kereta yang dijamin kualitinya kerana: 

  1. Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. Harga yang dipaparkan sudah termasuk pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran pertukaran hak milik, kos permohonan pinjaman dan juga waranti satu tahun.
  2. Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya! Anda pun tak perlu pening-pening nak fikirkan alasan dah! 
  3. Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.

Artikel berkaitan: Kenapa Kereta CARSOME Semuanya Cun-cun Belaka? Ini Sebabnya

Kesemua kereta CARSOME juga telah melalui proses baik pulih di CARSOME Certified Lab jadi anda tak perlu tak perlu risau dengan kualiti dan keadaan kereta. Hanya kereta yang telah melepasi pemeriksaan ketat 175-titik saja yang akan dibaik pulih. 

Nak tahu promosi terkini yang CARSOME adakan atau anda nak cari kereta yang sesuai dengan keperluan anda? Layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME di telefon pintar anda. 

Anda juga boleh kunjungi mana-mana Pusat Pengalaman atau Pusat Pemeriksaan CARSOME di seluruh Malaysia untuk membeli atau meninjau kereta yang anda ingini! 

*Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal “The Plush Urban Truck Many Forgot: Used Nissan Navara for the Price of a New Honda City

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular