HomeBMSenarai Lokasi Cawangan CARSOME di Lembah Klang & Selangor

Senarai Lokasi Cawangan CARSOME di Lembah Klang & Selangor

Atas sokongan berterusan anda sejak lapan tahun yang lalu, CARSOME kini telah menjadi platform pilihan orang ramai untuk menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai di Malaysia.

Komitmen kami terhadap proses yang mudah, telus, dan selamat serta kepuasan pelanggan juga telah mengukuhkan lagi reputasi kami sebagai nama yang dipercayai dalam industri automotif.

Nak tahu bagaimana CARSOME menjamin pengalaman menjual dan membeli kereta yang lancar dan terjamin untuk semua pelanggan kami? Agaknya ada berapa banyak jenis cawangan CARSOME yang ada di Malaysia? Macam mana pula dengan lokasi CARSOME di Selangor dan Lembah Klang?

CARSOME Ada Berapa Jenis Cawangan?

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi CARSOME sebenarnya mempunyai dua jenis cawangan di seluruh Malaysia. Jom ketahui apa perbezaan antara kedua-dua cawangan kami.

1) CARSOME Experience Center

Di CARSOME Experience Center, anda boleh selesaikan urusan jual dan beli kereta di satu tempat saja! CARSOME akan mempamerkan kereta-kereta yang kami tawarkan di sini agar anda boleh melihat kereta yang anda mahu dengan lebih dekat lagi serta memandu uji kereta tersebut sebelum anda buat pembelian.

Untuk memudahkan lagi proses jual dan beli kereta anda, CARSOME Experience Center turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kereta agar anda boleh trade in kereta lama anda. Yang paling penting, ada ramai Konsultan CARSOME di sini untuk membantu anda mendapatkan kereta idaman anda serta menyelesaikan semua kertas kerja yang diperlukan dalam proses pembelian. 

CARSOME Experience Center dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan kami juga turut beroperasi semasa cuti umum!

Jom Kunjungi CARSOME yang Terbaru di Chan Sow Lin!

Pada 1 Februari yang lalu, kami baru sahaja melancarkan CARSOME Experience Center yang terbaru bertempat di Chan Sow Lin! Cawangan ini sebelumnya merupakan sebuah Inspection Center tetapi ia kini telah dinaik taraf agar anda boleh menjual dan membeli kereta di satu lokasi saja tanpa perlu berkunjung ke lokasi yang berlainan.

Anda berminat nak kunjungi CARSOME Chan Sow Lin Experience Center? Klik sini untuk dapatkan lokasinya!

Nikmati Promosi Istimewa untuk Pembelian Kereta di CARSOME Chan Sow Lin Experience Center Dari 13 Hingga 29 Februari 2024!

Sempena pembukaan cawangan kami yang baru ini, kami ingin menawarkan promosi istimewa untuk pembelian kereta kepada anda. Dari 13 hingga 29 Februari, anda akan dapat tiga tahun servis kereta secara percuma untuk kereta yang anda beli di CARSOME Chan Sow Lin Experience Center.

Macam ni barulah berbaloi nak beli kereta! Anda bukan saja akan dapat kereta terpakai yang berkualiti, malah servis kereta percuma ini dapat membantu anda berjimat di samping menjamin ketenangan minda anda pada masa hadapan.

Jangan tunggu lama-lama, kalau tidak nanti melepas pula!

CARSOME PJ Automall: Experience Center yang Paling Besar di Malaysia!

Jika anda berada di Petaling Jaya, jangan lepaskan peluang untuk melawat CARSOME Experience Center yang paling besar di Malaysia! CARSOME PJ Automall menyediakan ruang pameran berbumbung yang menempatkan lebih daripada 200 pilihan kereta terpakai yang sedia untuk dipandu uji.

Tak kiralah sama ada anda sedang mencari sebuah SUV yang tahan lasak, MPV untuk keluarga besar, hacbek yang mudah dipandu, atau sedan yang jimat minyak, anda pasti boleh menemui pilihan yang paling tepat mengikut keperluan dan bajet anda di sini. Kami juga kerap menganjurkan acara pameran kereta seperti CARSOME Autofair dan CARstomer Day di cawangan ini agar anda boleh dapatkan kereta idaman anda dengan pelbagai promosi menarik dan penjimatan maksimum.

Klik sini untuk dapatkan lokasi CARSOME PJ Automall.

Dekat Mana Lagi Lokasi CARSOME Experience Center?

Ada banyak CARSOME Experience Center di seluruh Malaysia sebenarnya. Tapi, jika anda berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang, berikut adalah lokasi-lokasi CARSOME Experience Center yang berdekatan dengan anda:

2) CARSOME Inspection Center

Kalau anda mahukan pengalaman menjual kereta yang mudah, pantas, dan selamat, bolehlah berkunjung ke CARSOME Inspection Center! Cawangan ini merupakan hab yang khusus untuk melakukan pemeriksaan kereta serta menjual kereta tanpa perlu melalui proses yang rumit.

Di sini, kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kereta percuma yang akan dilakukan oleh pemeriksa profesional kami. Kereta anda akan melalui proses pemeriksaan 175-titik yang teliti agar pemeriksa kami boleh memberikan tawaran harga yang tepat untuk kereta anda.

Selepas pemeriksaan selesai, anda boleh pilih sama ada untuk terima harga yang kami tawarkan atau anda boleh hantar kereta anda untuk dibida secara dalam talian oleh rangkaian pengedar kami daripada seluruh negara.

Kemudian, Konsultan CARSOME akan uruskan semuanya berkaitan penjualan kereta dan anda akan menerima bayaran untuk kereta anda secepat mungkin. Memang lagi senang kalau anda jual kereta dengan CARSOME!

Dekat Mana Lagi Lokasi CARSOME Inspection Center?

Anda boleh menemui CARSOME Experience Center di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sawarak. Berikut adalah senarai lokasi CARSOME Inspection Center di sekitar Selangor dan Lembah Klang:

Kedua-dua cawangan ini merupakan bukti terhadap komitmen CARSOME dalam merevolusikan pengalaman menjual dan membeli kereta untuk rakyat Malaysia. Dengan lokasi Experience Center dan Inspection Center yang strategik, proses yang mudah dan lancar, serta ketelusan penuh dalam setiap langkah dari awal hingga akhir, dedikasi CARSOME terhadap kepuasan pelanggan menjadikan kami platform pilihan ramai rakyat Malaysia yang mahu menjual dan membeli kereta terpakai.

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk tempah kereta idaman anda sekarang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular