HomeBMCARSOME Autofair Tawarkan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% dengan RHB Bank daripada 8...

CARSOME Autofair Tawarkan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% dengan RHB Bank daripada 8 Hingga 10 Mac 2024!

Pameran kereta yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kini kembali lagi! Sempena CARSOME Autofair yang pertama untuk tahun 2024 ini, ada banyak promosi menarik yang CARSOME nak berikan kepada anda semua!

Raya pun dah dekat, jadi sekaranglah masa paling sesuai untuk anda jual kereta lama anda untuk dapatkan kereta baharu untuk balik kampung nanti. Nak tahu apa promosi kereta yang anda boleh dapatkan di CARSOME Autofair daripada 8 hingga 10 Mac di CARSOME PJ Automall?

Bawa Pulang Kereta Terpakai Berkualiti dengan Kadar Pembiayaan Serendah 2.88% p.a. dengan RHB Bank!

CARSOME Autofair

Khas untuk pelanggan CARSOME yang merupakan:

  • Seorang pelajar atau pekerja berumur daripada 18 hingga 30 tahun atau;
  • Pekerja universiti awam tempatan (tidak mengira had umur) atau;
  • Pemegang Diploma atau Ijazah.

Daripada 1 Mac sehingga 30 Jun 2024, anda boleh menikmati kadar pembiayaan serendah 2.88 peratus dengan RHB Bank apabila anda membeli kereta dengan CARSOME. 

Percuma Baucar Petrol Bernilai RM50 Apabila Permohonan Pembiayaan Kereta Anda Diluluskan!

Jika anda memohon pembiayaan kereta bernilai RM30,000 ke atas semasa CARSOME Autofair dan ia diluluskan, anda akan menerima baucar petrol bernilai RM50 secara percuma. Lepas dapat kereta baharu, bolehlah bawa keluarga anda bersiar-siar sebab kami dah belanja minyak!

Kenapa CARSOME PJ Automall Jadi Lokasi Pilihan untuk CARSOME Autofair Kali Ini?

Sebagai ruang pameran kereta CARSOME yang terbesar di Malaysia, lokasi ini menjadi pilihan kami untuk CARSOME Autofair kali ini kerana ia mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuatkan pelbagai jenis kereta yang mampu memenuhi keperluan anda dan anda juga boleh pandu uji mana-mana kereta yang anda mahu di sini dengan selesa.

carsome pj automall entrance

Selain itu, ia juga boleh memuatkan pelbagai reruai yang menawarkan banyak promosi menarik seperti tawaran pinjaman kereta daripada institusi perbankan, aksesori tambahan untuk kereta, serta minuman ringan yang boleh anda nikmati secara percuma sambil membeli kereta.

Kenapa Kena Pilih CARSOME?

Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah menjalani proses baik pulih secara menyeluruh di CARSOME Certified Lab yang merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta.

Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Kami buat semua ini untuk memastikan anda akan mendapat kereta yang selamat, selesa, dan mempunyai estetik yang telah dibaik pulih. Untuk menjamin ketenangan jiwa anda juga, semua kereta CARSOME Certified turut didatangkan dengan janji berikut:

  • Waranti lanjutan 1 tahun: Pelan waranti percuma kami merangkumi perlindungan menyeluruh untuk kereta dengan sokongan profesional dan proses tuntutan yang mudah.
  • Jaminan pulangan wang dalam 5 hari: Jika anda berubah fikiran mengenai pembelian kereta anda, pulangkan sahaja kereta kepada kami untuk dapatkan pulangan wang dalam lima hari.
  • Harga tetap, tanpa bayaran tersembunyi: Harga yang anda lihat di CARSOME adalah harga sebenar kereta yang sudah termasuk bayaran pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran pertukaran hak milik, dan bayaran permohonan pinjaman.

Jika anda mahukan kereta terpakai pada harga mampu milik pula, CARSOME turut menyediakan kereta CARSOME Value yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan selamat untuk dipandu yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Artikel berkaitan: CARSOME Value: Kereta Terpakai yang Selamat & Selesa Pada Harga Mampu Milik

Diskaun Tambahan Sehingga RM1,000 Menanti Anda, Hanya di CARSOME Autofair!

Ini satu lagi sebab kenapa anda perlu datang ke CARSOME Autofair. Jika anda membeli kereta CARSOME Certified atau CARSOME Value di CARSOME PJ Automall daripada 8 hingga 10 Mac 2024, anda bukan sahaja akan dapat kereta terpakai berkualiti, tapi anda juga akan menerima diskaun tambahan untuk pembelian kereta anda.

Untuk kereta yang bernilai RM49,999 dan ke bawah, anda akan menerima diskaun sehingga RM500. Manakala untuk kereta yang bernilai RM50,000 dan ke atas, anda akan menerima diskaun sehingga RM1,000!

Trade-in Kereta Lama Anda & Nikmati Rebat Sehingga RM2,000!

electric car malaysia

Dapatkan penjimatan tambahan untuk pembelian kereta anda apabila anda trade-in kereta lama anda dengan CARSOME untuk dapatkan rebat sehingga RM2,000. Tawaran ini hanya sah semasa CARSOME Autofair sahaja. Dengan rebat tambahan ini, anda tak perlu keluarkan belanja yang banyak untuk naik taraf kepada kereta yang lebih baik untuk balik kampung masa musim perayaan nanti.

Percuma 2 Kali Servis Kereta di Pusat Servis CARSOME dengan Pembelian Kereta CARSOME!

Perjalanan balik kampung anda juga dijamin akan lebih selamat dengan kereta baharu daripada CARSOME kerana anda akan menerima dua baucar servis kereta percuma yang boleh digunakan di Pusat Servis CARSOME!

Jual Kereta Anda Kepada CARSOME & Dapatkan Wang Tambahan Sehingga RM200

Nak dapatkan keuntungan maksimum apabila anda jual kereta lama anda? Jom ke CARSOME Autofair dan dapatkan wang tambahan sehingga RM200 untuk kereta yang anda jual kepada CARSOME!

Apa Lagi Tawaran Menarik yang Anda Boleh Dapatkan di CARSOME Autofair Nanti?

Tak cukup dengan diskaun kereta, CARSOME juga nak berikan anda pelbagai bonus percuma apabila anda menjual dan membeli kereta semasa CARSOME Autofair nanti. Berikut adalah promosi-promosi yang anda boleh nikmati pada 8 hingga 10 Mac 2024:

Dapatkan Baucar Diskaun & Menangi Karpet Kereta Daripada Kamatto!

promosi kereta carsome autofair

Mana lagi nak cari karpet kereta yang tahan lasak dan bergaya tanpa perlu berbelanja banyak kalau bukan dengan Kamatto? Kunjungi reruai Kamatto di CARSOME Autofair untuk dapatkan baucar diskaun untuk produk Kamatto secara percuma dan anda juga boleh sertai cabutan bertuah untuk memenangi satu daripada 100 set karpet kereta yang Kamatto tawarkan.

Azdome Nak Berikan Baucar Diskaun & Anda Boleh Menangi Dashcam M330!

CARSOME Autofair

Sekarang tengah musim perayaan, mesti ramai yang cari dashcam untuk perjalanan balik kampung nanti kan? Jangan lupa untuk hadir ke reruai Azdome untuk tebus baucar diskaun bagi produk Azdome secara percuma dan sertai cabutan bertuah untuk memenangi dashcam M330!

Beli Kereta dengan CARSOME & Dapatkan Pengelap Cermin Kereta Percuma Daripada TRAPO!

Anda bukan saja boleh nikmati diskaun yang gempak, tapi anda juga boleh dapatkan pengelap cermin yang berkualiti tinggi secara percuma daripada TRAPO apabila anda membeli kereta dengan CARSOME. Jangan tunggu lama-lama, tawaran ini hanya tersedia untuk 250 pembeli kereta yang pertama sepanjang CARSOME Autofair saja, jadi anda perlu bertindak cepat! 

Segarkan Diri dengan Minuman Percuma Daripada Wild Kombucha

Sambil melihat kereta-kereta yang kami tawarkan di CARSOME Autofair, nikmati minuman kombucha percuma daripada Wild Kombucha yang akan menyegarkan anda. Minuman sihat ini bukan saja mampu menghilangkan dahaga anda, malah ia juga diperkayakan dengan pelbagai jenis probiotik yang baik untuk badan anda. Daftar kehadiran anda ke CARSOME Autofair untuk dapatkan air Wild Kombucha secara percuma!

Pandu Uji Kereta Elektrik Neta V Secara Percuma!

Anda berminat nak pandu uji kereta elektrik? Tak perlu pergi jauh kerana CARSOME turut membawakan kereta elektrik Neta V yang baharu secara eksklusif di CARSOME Autofair untuk anda. Jom alami sendiri kelebihan kereta elektrik Neta di CARSOME PJ Automall!

Tulis Ulasan Paling Kreatif Menggunakan ‘Raya Sempurna dengan CARSOME’ & Menangi Hadiah Bernilai RM60,000!

Tak cukup dengan kereta baharu, CARSOME juga nak meriahkan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya anda dengan pelbagai hadiah berjenama yang kami tawarkan apabila anda menulis ulasan paling kreatif menggunakan ‘Raya Sempurna dengan CARSOME’!

Daripada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut apabila anda membeli kereta dengan CARSOME:

  • 2x Telefon pintar iPhone 15 Pro
  • 4x Pembersih vakum Dyson V12
  • 6x LG 4K Smart TV 55 inci
  • 1,200x Pin tambah nilai Touch ‘n Go

Macam mana nak menang hadiah yang kami tawarkan? Mudah saja, anda cuma perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1 – Beli kereta di CARSOME dan ambil gambar bersama kereta anda.
  • Langkah 2 – Lawati halaman Facebook dan Google kami, berikan rating 5 bintang, dan muat naik gambar anda di bahagian ulasan.
  • Langkah 3 – Mulakan ulasan anda dengan “Raya sempurna dengan CARSOME sebab…”.
  • Langkah 4 – Sertakan tanda pagar #CARSOMERaya dalam ulasan anda.
  • Langkah 5 – Ulasan dengan “likes” yang paling banyak akan dipilih sebagai pemenang!

Dengan lebih 1,800 pilihan kereta terpakai berkualiti serta promosi istimewa yang menanti anda, CARSOME Autofair adalah acara terbaik untuk dapatkan kereta baharu bagi menyambut musim perayaan yang akan datang. Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki kereta terpakai berkualiti pada nilai yang hebat dengan pelbagai manfaat tambahan yang menarik.

CARSOME Autofair akan berlangsung daripada 8 hingga 10 Mac 2024 dari pukul 9 pagi hingga 6 petang di CARSOME PJ Automall. Daftar kehadiran anda di bawah dan kami harap dapat jumpa anda di sana!

Artikel berkaitan: Lihat Diskaun Kereta Bulanan yang CARSOME Tawarkan di Sini!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular