HomeBMHati-hati! Kereta Sewa Murah Kini Jadi Sasaran Pencuri Kereta. Axia Pun Dah...

Hati-hati! Kereta Sewa Murah Kini Jadi Sasaran Pencuri Kereta. Axia Pun Dah Tak Selamat!

Kalau bercerita tentang sindiket curi kereta, sasaran paling mudah untuk dicuri ialah kereta sewa. 

Menggunakan maklumat palsu untuk ‘menyewa’ apa saja jenis kereta dan memandunya jauh-jauh sebelum membuang sebarang pengesan GPS supaya tidak dapat dikesan merupakan cara yang lebih mudah berbanding cuba untuk memecah dan mencuri kereta dengan risiko untuk ditangkap sangat tinggi. 

Apa atau siapa yang boleh halang mereka? Apabila pemilik kereta perasan ada sesuatu yang tak kena (biasanya apabila kereta yang disewakan tidak dipulangkan mengikut masa), penjenayah sebenarnya dah kaya dengan menjual kereta yang dicuri di pasaran gelap tempatan dan luar negara dan sempat lagi untuk hilangkan jejak mereka. 

Kereta Besar Dan Kecil – Makin Banyak Yang ‘Hilang’  

Untuk sekian lamanya, modus operasi sebelum ini hanya menyasarkan kereta mewah dan nampaknya sindiket ini sudah mula menyasarkan kereta yang biasanya dimiliki oleh orang ramai.

Sumber: Kereta Sewa Kota Bharu

Pada awalnya, hanya syarikat kereta sewa saja yang menjadi mangsa sindiket ini dan kemudiannya pemilik kereta persendirian yang mendaftarkan kereta mereka sebagai kereta sewa ke beberapa laman dan aplikasi untuk menyewakan kereta mereka kepada orang yang tidak dikenali turut menjadi mangsa. Ada laporan yang menyatakan sebuah Perodua Axia dicuri oleh penyewa yang telah mengubah suainya untuk mengelakkan daripada dikesan sebelum dijual di negeri lain. 

Kenapa Masih Berleluasa? 

Sebenarnya, risiko jenayah ini agak rendah (selagi tidak ditangkap) bagi si penjenayah. Kalau bagi persoalan kenapa kegiatan ini masih berleluasa di Malaysia, jawapannya cukup mudah – permintaan yang makin meningkat. 

Kereta yang dicuri ini akan dilabel dengan gelaran seperti ‘piang’, ‘JT’ atau ‘Jalan Terus’, ‘lari bank’ dan risiko tinggi memandu kereta ini terus ditutup dengan harga runtuh yang ditawarkan sindiket ini. 

Artikel Berkaitan: Ini Merupakan Kawasan Parkir Yang Diharamkan Tapi Masih Ramai Yang Degil!

Pemikiran seperti ini sangat tidak digalakkan tapi permintaan daripada keinginan untuk memiliki kereta menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan dalam situasi ini. Ada juga sindiket yang menawarkan ‘manfaat tambahan’ seperti pertukaran maklumat, tukar nombor pendaftaran, geran baharu, dan banyak lagi untuk mengelakkan kereta ini ditarik atau dikesan pihak berkuasa. 

Cumanya bagi sebahagian orang, biarpun memandu dan memiliki kereta ini ada risiko kerana dianggap ‘barang panas’ tetapi dengan harga yang ditawarkan bagi kereta ini, ia adalah satu tawaran yang susah nak ditolak. ‘Nak hidup, pandai-pandailah’, kata orang. 

Apa Tindakan Pihak Berkuasa? 

Untuk kebanyakan kes, pihak berkuasa akan bertindak terhadap sebarang laporan kereta curi. Mengikut laporan The Star, ada syarikat sewa kereta yang berhadapan dengan situasi yang genting apabila cuba mendapatkan kembali kereta sewa milik mereka telah dicuri. 

Berdasarkan laporan, proses untuk melaporkan kereta yang telah dicuri sebenarnya tak mudah kerana pemilik kereta diarahkan untuk berurusan terlebih dahulu dengan penyewa (baca:pencuri) kerana telah melanggar kontrak ketika menyewa kereta. 

Sekarang, anda boleh mencari dengan mudah kereta curi ini yang diiklankan dalam talian dan juga secara terang-terangan di media sosial dengan label ‘piang’, ‘JT, ‘Jalan Terus, ‘lari bank’, dan banyak lagi. Dan ya, ada orang yang membeli kereta ini walaupun sangat berisiko tinggi untuk memiliki kereta ini. 

Apa Yang Kita Boleh Buat?

Sama seperti perkara lain dalam perniagaan, kita boleh putuskan bekalan jika kita hapuskan permintaan. Tiada permintaan bermakna tiada pembekalan. Pihak berkuasa dan kerajaan juga sepatutnya lebih tangkas dalam menangani kes-kes ini. 

Walaupun kereta curi ini dijual pada harga yang tak masuk akal murahnya, ia langsung tak berbaloi dengan risiko membayar denda atau dipenjarakan seterusnya menjahanamkan hidup anda kerana tindakan melulu yang dibuat. Nasihat kami? Beli saja kereta pramilik berkualiti yang sah seperti kereta CARSOME Certified. 

Seperti kata pepatah, ‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali’!

 *Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal “Car Thieves Targetting Rental Cars, Including Affordable Models” yang diterbitkan di laman Carlist.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular