HomeBMIni Merupakan Kawasan Parkir Yang Diharamkan Tapi Masih Ramai Yang Degil!

Ini Merupakan Kawasan Parkir Yang Diharamkan Tapi Masih Ramai Yang Degil!

Antara mimpi ngeri seorang pemandu setelah tiba di destinasi adalah mencari parkir untuk meletakkan keretanya. Tapi nak cari parkir pun bukannya mudah lagi-lagi di kawasan bandar yang bilangan kereta sangat banyak dan sesak

Ada sesetengah pemandu ambil jalan mudah dengan parkir saja di mana-mana kawasan yang kosong tanpa ambil peduli fungsi kawasan tersebut untuk apa. Pemandu begini biasanya ‘hati kering’ dan jenis tak ambil peduli tentang keadaan sekelilingnya. Janji, dapat parkir keretanya.

Parkir kereta merata ini sudah menjadi masalah negara. Tempat yang sepatutnya dikosongkan ini seperti peluang keemasan oleh sebahagian pemandu tanpa mereka sedar ada sebab mengapa tempat itu dikosongkan dan dilarang untuk memarkir kereta di situ.

Artikel berkaitan: Jangan Hubungi Polis Biasa Untuk Selesaikan Masalah Ini!

Jom kita tengok antara kawasan-kawasan yang dilarang untuk parkir kereta tapi masih ada lagi pemandu yang degil meletakkan kereta di situ. 

1. Berdekatan Pili Bomba 

Fungsi pili bomba ini untuk membekalkan air untuk digunakan oleh pihak bomba bagi memadamkan kebakaran. Disebabkan itu, kawasan di sekeliling pili bomba sepatutnya dikosongkan untuk memudahkan pihak bomba menggunakannya jika berlaku sebarang kecemasan. 

Sumber: Zarith Safety

Jika ada kenderaan yang diletakkan berhampiran pili bomba tersebut, ia akan menyukarkan ahli bomba untuk menggunakannya. Bayangkan kerosakan yang berlaku kerana kebakaran terjadi yang sepatutnya boleh dielakkan jika pili bomba boleh digunakan. 

Jadi, sebelum parkir kereta anda, perhatikan keadaan sekeliling. Jika anda parkir berhampiran pili bomba, alihkan kereta anda segera. 

2. Kawasan Bahagian Kecemasan Hospital 

Jika anda berkunjung ke hospital sama ada untuk pemeriksaan kesihatan ataupun melawat mereka yang sedang sakit, pastikan anda parkir kenderaan anda di parkir pelawat. Tidak kiralah sama ada hospital kerajaan ataupun swasta. 

Laluan hospital terutama ke bahagian kecemasan merupakan jalan keluar masuk ambulans yang membawa pesakit yang kritikal. Jika pergerakan ambulans ini terhalang disebabkan oleh kenderaan yang diparkir, mungkin ada nyawa yang boleh melayang! 

Sumber: Berita Harian

Disebabkan itulah anda tidak boleh memarkir kenderaan anda di tempat lain selain daripada  di parkir pelawat. Ini supaya laluan dalam hospital tidak dihalang oleh kenderaan lain dan kenderaan hospital seperti ambulans boleh bebas keluar masuk terutama untuk kes-kes kecemasan. 

Artikel berkaitan: Mana Lagi Jimat: Pandu Sendiri Atau Naik Pengangkutan Awam?

Jadi, parkirlah di tempat yang telah disediakan. Selagi mana anda tidak ada kecemasan, anda boleh parkir jauh sedikit dan biarlah kawasan hospital lancar untuk kemudahan petugas kesihatan keluar masuk hospital. 

3. Parkir OKU 

Kawasan ini tak perlu disebut lagi. Polemik parkir OKU yang disalah guna telah menjadi isu yang seperti tidak akan selesai. 

Yang parkir di kawasan parkir khas OKU masih lagi ramai. Kerana apa? Kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dan juga pemilik premis. Jika anda bermoral dan berperikemanusiaan, anda tidak akan terfikir pun untuk parkir di situ. 

Jangan pentingkan diri dan parkir saja di tempat lain yang telah disediakan. Golongan OKU ini sepatutnya diberikan kemudahan untuk bergerak dengan lebih mudah dengan parkir OKU ini.

4. Hadapan Bangunan Elektrik TNB 

Bangunan yang dimaksudkan ialah bangunan substesen elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengawal kuasa elektrik ke sesuatu kawasan. Kebiasaan bangunan ini mempunyai kawasan keluar masuk yang agak besar dan menjadi sasaran mereka yang inginkan parkir yang mudah. 

Meletakkan kenderaan di hadapan pintu keluar masuk bangunan substesen TNB ini sebenarnya menyusahkan petugas TNB untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Jika laluan masuk mereka dah dihalang, macam mana mereka nak masuk untuk membaiki kerosakan yang berlaku? Oleh itu, jangan pernah terfikir pun untuk parkir di laluan masuk bangunan substesen TNB. 

5. Parkir Sewaan Khas/Parkir Rizab 

Biasanya di kawasan perniagaan, anda akan lihat beberapa parkir kereta yang warnanya berbeza daripada parkir biasa. Kebiasaannya warna garisan parkir ini ialah merah berbanding kuning bagi parkir biasa. 

Sumber: Automachi

Parkir ini merupakan parkir sewaan khas yang telah disewa oleh pemilik bangunan atau kedai berhampiran daripada majlis perbandaran. Parkir ini digunakan oleh untuk kenderaan pemilik perniagaan ataupun pelanggan bagi perniagaan tersebut. 

Jika anda tidak ingin berurusan dengan perniagaan tersebut, maka anda tak boleh parkir kereta anda di situ. Mungkin anda boleh parkir selepas waktu perniagaan tapi pastikan anda mengalihkan kereta anda keesokan harinya kalau tak nak jadi seperti pemilik kereta ini: 

@abangjoi

Tak susah pun. Call je sampe😢. #caliphsautoglass #tiktokviral #fyp #tukarcerminkereta #tukarcerminkereta #entahsiapayangsalah

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Fikir Sebelum Parkir 

Sebelum parkir kenderaan, pastikan anda parkir di kawasan yang betul dan bukannya di kawasan larangan parkir. Kalau anda tak nak bayar denda atau saman, lebih baik anda ikut saja peraturan yang telah ditetapkan. 

Sumber: Borneo Network

Sudah tentu ia akan jadi sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta anda ditunda oleh pihak berkuasa tempatan yang turut disaksikan oleh orang ramai. Jadilah warga yang bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri ketika memandu! 

Semoga anda mengamalkan sikap memandu yang baik dan prihatin kepada pengguna yang lain di jalan raya! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular