HomeBMTak ‘Pantang’ Punca Kereta Cepat Rosak

Tak ‘Pantang’ Punca Kereta Cepat Rosak

Kereta dah keluar kedai. Plastik kerusi pun belum cabut lagi. Anda dah mula fikir nak pasang itu ini pada kereta anda. Sport rim, spoiler tinggi, tint gelap. Tapi nanti dulu! Sebelum anda pasang semua aksesori tu, anda sepatutnya buat satu perkara dahulu. 

Apabila anda bagitahu kawan-kawan anda yang kereta baharu anda dah keluar kedai, mesti ada yang kata: 

“Kau kena bagi pantang dulu kereta kau tu!” 

Pantang kereta atau istilah automotifnya ialah ‘break-in period’ atau ‘run-in period’. Kalau anda nak tahu, pantang kereta ni mudah sangat untuk dibuat. Dan untuk anda yang tak ada ilmu tentang kereta, jangan risau. Panduan ini sangat-sangat mudah untuk semua orang ikuti. 

1. Pandu dengan Cermat

Untuk 1000 km yang pertama, pandu kereta anda dengan cermat. Janganlah pula anda tekan pedal minyak sampai lantai dan pandu terlalu laju. Penting juga untuk anda tidak pandu kereta anda terlalu jauh dalam tempoh yang lama. 

Sepanjang tempoh berpantang, cuba pandu kereta anda dengan pelbagai variasi kelajuan tetapi dalam jarak yang tak terlalu jauh. Janganlah anda pandu kereta anda cuma untuk pergi kedai atau ambil anak sekolah. Berpada-padalah dalam memandu sepanjang tempoh berpantang ni. 

Man happy driving car

Bila anda pandu kereta dengan cara ini, anda tak beri terlalu banyak tekanan kepada enjin. Enjin kereta masih lagi baharu dan jika ia dah ‘dilenjan’ habis-habisan, enjin anda mungkin akan mengalami kerosakan. Dan percayalah, nak baiki kerosakan enjin ini tak murah ya!

Artikel berkaitan: Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Sambungan antara komponen dalam kereta baharu masih lagi ‘longgar’ kerana ada ruang toleran. Ruang toleran ini satu kebiasaan untuk memastikan kereta boleh berfungsi dengan baik. 

Kalau anda dah ‘lenjan’ enjin kereta anda awal-awal, ruang toleran dalam enjin ni boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian enjin. Sebab itulah ada kes kereta bergegar teruk walaupun kereta baru saja keluar kedai. 

Artikel berkaitan: Kalau Kereta Anda Bergegar Semasa Memandu, Cuba Periksa 5 Komponen Ini

2. Jangan Bawa Beban Berat! 

Kereta baharu kan? Mesti jadi tarikan semua orang. Kawan-kawan, keluarga, mak, ayah, datuk, nenek, dan satu kampung. Kereta baharu kan? Bau kedai pun tak hilang lagi. Jadi mesti akan ramai yang nak merasa naik kereta anda. 

Boleh saja kalau anda nak bawa saudara-mara ke, keluarga ke, atau kawan-kawan anda naik kereta baru anda tapi anda kena ingat! Jangan bawa beban yang banyak sangat sepanjang tempoh pantang ni. 

Dalam tempoh ‘break-in’ ni, enjin kereta akan mengalami proses pendasaran atau ‘bed-in’. Dalam erti kata lain, enjin anda masih lagi ‘manja’ dan tak boleh menerima beban yang terlalu banyak. Kalau tak, bersedialah untuk keluarkan belanja yang banyak untuk baiki enjin kereta anda. 

3. Yang Panas Tu Selalunya Bagus

Anda kena ingat satu perkara, enjin yang panas ialah enjin yang paling bagus. Jadi, dalam tempoh ‘break-in’, pastikan enjin anda cukup panas sebelum memulakan apa-apa perjalanan. 

Cara yang betul untuk panaskan enjin adalah dengan memandu dalam jarak yang dekat di sekitar rumah anda. Jangan pandu terlalu laju. Kalau anda nak panaskan enjin kereta, jangan biarkan kereta hidup tapi tak bergerak. Itu boleh mendatangkan masalah kepada enjin dan juga menyebabkan pembaziran petrol.

Artikel berkaitan: Temperature Kereta Naik: Apa yang Perlu Dilakukan Jika Enjin Kereta Overheat?

Cuba mulakan perjalanan dengan perlahan. Biarkan enjin kereta anda panas perlahan-lahan. Pandu seketika berdekatan rumah anda sebelum memasuki lebuh raya dan perlahan-lahan tingkatkan kelajuan anda. 

Jangan terus pandu laju dengan enjin yang sejuk. Ia akan menjejaskan prestasi enjin anda. Nanti tak pasal-pasal kereta baharu anda tu kena masuk bengkel sebab enjin ada masalah. 

Sayangkan Anak Tangan-tangankan, Sayangkan Kereta Tolonglah Pantang! 

Walaupun teknologi enjin dah makin maju, tempoh ‘break-in’ masih lagi satu proses yang sangat penting untuk pastikan enjin boleh berfungsi dengan sebaiknya sepanjang masa. ‘Break-in’ period juga boleh memanjangkan ketahanan enjin dan bahagian kereta yang lain. 

Benda mudah saja. Jangan buat lebih-lebih dengan kereta baru anda. Jangan bawa laju-laju. Jangan bawa jauh-jauh. Jangan pandu lama-lama. Panaskan enjin kereta dengan betul. Anda buat semua ni, kereta anda akan bertahan lama sampailah anda habis bayar pinjaman kereta anda. 

Diharapkan dengan panduan ini, anda boleh menjaga kereta anda dengan lebih baik dan anda lebih cermat semasa memandu kereta anda. 

Pilih CARSOME Certified untuk Ketenangan Minda 

Apabila anda membeli kereta CARSOME Certified, anda akan mendapat kereta yang berkualiti yang telah melalui proses pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan cantik seperti estetik yang telah dibaik pulih. 

Selain perlindungan waranti lanjutan kereta terpakai, kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut: 

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 
  • Jaminan pulangan wang  dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya! 
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular