Berkunjung ke Singapura memang seronok memandangkan ia terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain itu, ramai juga warga Malaysia yang bekerja di sana. Ia juga dekat dan anda boleh sampai ke sana dengan hanya memandu kereta.
Tapi keseronokan itu tidak akan bertahan lama sekiranya anda tiba-tiba terlibat dalam kemalangan kereta di sana. Berbanding jika anda terlibat dalam kemalangan di Malaysia, prosedur jika anda terlibat dalam kemalangan di sana adalah sangat berbeza.
Jadi, apa nak kena buat andai kata (simpang malaikat 44) anda tiba-tiba terlibat dalam kemalangan kereta semasa anda memandu di dalam Singapura? Ini kami kongsikan langkah yang boleh anda buat. Simpan perkongsian ini untuk rujukan anda andai kata anda ingin pergi ke Singapura nanti!
1. Bawa Bertenang Dulu!
Ini langkah yang paling penting dan ramai yang lupa nak buat. Bertenang dan jangan gelabah tak tentu pasal apabila anda terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya di sana. Sekiranya anda tidak mengalami apa-apa kecederaan yang boleh meragut nyawa, langkah bertenang ini boleh menyelamatkan anda.
Berhenti sekejap. Tarik nafas. Tenangkan fikiran. Keadaan akan jadi kelam kabut sedikit tetapi jika anda gelabah, masalah tidak boleh diselesaikan dengan molek. Jadi, tenang saja. Fikir balik apa yang anda kena buat dahulu jika andai kata anda terlibat dalam kemalangan.
Periksa kawasan kemalangan. Ambil perhatian jika ada yang tercedera akibat kemalangan tersebut. Jika ada yang cedera, anda perlu menghubungi talian kecemasan untuk ambulans.
2. Hubungi Ambulans
Jika kemalangan yang berlaku melibatkan kecederaan mana-mana pihak, hubungi ambulans segera supaya mangsa boleh dirawat. Berbeza dengan Malaysia yang menggunakan satu talian untuk semua khidmat kecemasan, di Singapura talian bagi pihak polis dan ambulans adalah berbeza.
Talian bagi ambulans atau perkhidmatan perubatan kecemasan ialah 995. Sila simpan nombor in andai kata anda ingin mengunjungi Singapura nanti.
3. Hubungi Pihak Berkuasa
Sebenarnya, prosedurnya lebih kurang sama saja jika anda terlibat dengan kemalangan di Malaysia. Antara langkah pertama adalah dengan menghubungi pihak berkuasa di sana. Pihak pertama yang anda kena hubungi ialah polis Singapura. Talian bagi polis Singapura pula ialah 999.
Setibanya pihak polis di sana, keterangan anda akan diambil. Pastikan anda telah dokumen pengenalan seperti pasport dan juga dokumen kenderaan seperti lesen memandu.
Sila berikan kerjasama yang sepatutnya kepada pihak berkuasa di sana.
4. Tunda Kereta Anda Yang Dah Rosak
Bergantung kepada kerosakan yang dialami oleh kereta anda, anda mungkin terpaksa menunda kereta anda keluar daripada jalan raya. Kereta yang rosak akan ditunda ke tempat parkir berhampiran dengan tempat anda ditimpa kemalangan.
Besar berkemungkinan kereta akan ditunda oleh pihak penyelenggara jalan raya. Jika anda tidak tahu caranya, anda boleh bertanya kepada pihak polis ketika mereka tiba di tempat anda.
5. Buat Laporan Polis
Sama seperti jika anda mengalami kemalangan di Malaysia, anda kena buat laporan polis di sana. Semasa di tempat kemalangan, jika ada sebarang dokumen yang diserahkan kepada anda oleh pihak polis, pastikan anda membawa dokumen tersebut untuk membuat laporan.
Jika anda terlupa atau tidak membuat laporan polis, anda akan berdepan dengan masalah semasa ingin keluar daripada Singapura nanti. Jadi, pastikan anda terus buat laporan polis jika anda tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
6. Hubungi Keluarga Anda
Jika anda terlibat dengan kemalangan di Singapura, anda juga perlu untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat anda. Anda mungkin memerlukan bantuan sekiranya anda mengalami kecederaan dan sukar untuk bergerak bagi menyelesaikan urusan yang tertangguh.
7. Tunda Kereta Keluar Singapura
Setelah selesai semua urusan, anda bolehlah menunda kereta anda pulang ke Malaysia semula. Ada beberapa pilihan yang anda ada untuk menunda kereta anda masuk Malaysia. Anda boleh menggunakan servis tunda daripada pihak insurans kereta anda. Untuk ini, anda perlu menghubungi pihak insurans terlebih dahulu.
Ada syarikat insurans yang menawarkan tunda secara percuma dari Singapura ke Malaysia. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tunda lain untuk membawa masuk semula kereta anda ke dalam Malaysia.
Sumber: Bjak
Apapun pilihan yang anda buat, pastikan anda memberikan maklumat tepat di manakah kereta anda diparkir kali terakhir. Ini dapat memudahkan kerja pekerja lori tunda untuk membawa pulang kereta anda ke Malaysia.
Pastikan juga anda menyertakan sekali alamat tempat penghantaran kereta anda. Anda boleh pilih untuk ditunda terus ke rumah anda atau ke mana-mana bengkel yang anda ingini.
Kalau Saya Sewa Kereta & Terlibat Dengan Kemalangan, Apa Nak Kena Buat?
Ada juga dalam kalangan warga Malaysia yang berkunjung ke Singapura tetapi mereka menyewa kereta di sana. Tetapi andai kata anda terlibat dalam kemalangan dalam kereta yang anda sewa, apa yang anda kena buat?
Prosedur yang sama anda kena buat apabila anda terlibat dalam kemalangan dalam kereta sewa. Cuma anda wajib maklumkan kepada pihak pengendali kereta sewa bahawa anda telah terlibat dalam kemalangan.
Bergantung kepada situasi, anda mungkin terpaksa menanggung kos membaiki kerosakan kereta. Itupun jika anda yang menjadi punca kemalangan tersebut terjadi.
Artikel berkaitan: Soalan Wajib Tanya Kepada Pomen Kereta Kalau Tak Nak Kena Tipu
Kalau Kereta Kemalangan di Singapura, Boleh Ke Nak Tuntut Insurans?
Andai kata anda & kereta anda terlibat dalam kemalangan di Singapura, boleh ke nak tuntut insurans untuk membaiki kerosakan?
Jawapannya…, ya dan juga tidak.
Setiap polisi insurans kereta mempunyai had tertentu untuk perlindungan, had yang dimaksudkan ialah had tempat kereta tersebut dilindungi. Kebanyakan insurans melindungi kereta ketika berada di Malaysia sahaja. Ini bermakna, jika kereta anda rosak akibat kemalangan semasa berada di luar Malaysia seperti di Singapura atau di Thailand, berkemungkinan besar anda tidak boleh menuntut insurans untuk membaiki kereta anda.
Ada polisi yang telah merangkumkan sekali perlindungan jika anda berada di dua negara ini. Jadi, sangat penting untuk anda memeriksa polisi insurans kereta anda sebelum anda memandu masuk ke dua negara ini.
Jika polisi insurans anda tidak melindungi semasa anda memandu di dalam dua negara ini, berkemungkinan anda terpaksa membeli polisi lain yang akan melindungi kereta anda semasa di sana nanti. Anda terpaksa berbelanja lebih tetapi untuk ketenangan minda anda, ia adalah langkah terbaik sekali.
Apa Nak Buat Kalau Anda Terlanggar Kereta Lain Di Singapura?
Bagaimana kalau anda terlibat dengan kenderaan lain di Singapura? Prosedurnya lebih kurang sama seperti di atas. Cumanya anda perlu memberikan maklumat tentang pihak insurans yang melindungi kereta anda. Ini bagi memudahkan mangsa membuat sebarang tuntutan daripada pihak insurans.
Selain itu, anda juga mungkin perlu untuk memberikan maklumat dan dokumen lain seperti nama penuh anda, lesen memandu, kad pengenalan, pasport, alamat terkini anda, dan lain-lain lagi. Benarkan mereka untuk mengambil gambar dokumen yang berkaitan untuk memudahkan mereka menuntut daripada insurans kereta anda.
Artikel berkaitan: Jangan Sampai Dilanggar Atau Melanggar Sebab Titik Buta!
Jangan sesekali anda cuba untuk lari. Ada banyak akibat buruk jika anda cuba untuk lari daripada masalah yang anda dah buat. Antaranya anda mungkin akan ditahan oleh pihak polis Singapura. Jika anda berjaya melepaskan diri sekalipun, anda mungkin akan disenaraihitamkan daripada memasuki Singapura di masa depan.
Jika anda merancang untuk memandu masuk ke dalam Singapura, pastikan anda memandu dengan berhati-hati dan ambil tahu serba sedikit tentang peraturan jalan raya di Singapura.
Pentingnya Insurans Kereta Semasa Memandu!
Disebabkan risiko untuk ditimpa kemalangan ini sangat tinggi, kerana itulah pentingnya untuk anda memastikan insurans kereta anda ‘hidup’ dan aktif sepanjang masa. Pastikan juga anda ada menyimpan polisi insurans sama ada salinan fizikal atau salinan lembut sebagai langkah berjaga-jaga.
Kalau insurans anda dah nak hampir tamat tempoh, pastikan anda memperbaharui terlebih dahulu sebelum memandu.
Artikel berkaitan: 8 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Nak Claim Waranti Kereta CARSOME?
Renew Insurans Dengan CARSOME?
Laman CARSOME kini datang dengan ciri baharu iaitu anda sudah boleh mendapatkan sebut harga dan memperbaharui terus insurans kereta. Ini sebab kenapa anda perlu pilih untuk memperbaharui insurans kereta di laman CARSOME:
View this post on Instagram
- Dapatkan sebut harga tak sampai 15 minit
- Sebut harga daripada tiga syarikat insurans
- Peringatan tamat tempoh insurans
- Boleh ‘customize’ pelan ikut keperluan anda
Nak perbaharui insurans kereta anda? Layari saja laman web CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang untuk ketenangan minda anda!