HomeBM8 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Nak Claim Waranti Kereta CARSOME?

8 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Nak Claim Waranti Kereta CARSOME?

Tahniah! Anda dah pun membeli kereta CARSOME Certified! Seronok tak? Lagi seronok apabila kereta yang anda beli itu sebenarnya dilindungi oleh waranti percuma selama setahun! Waranti ini adalah untuk ketenangan minda dan jiwa anda ketika memandu kereta CARSOME Certified. 

Semua kereta CARSOME Certified dilindungi oleh waranti percuma iaitu Program Waranti Lanjutan CARSOME (Extended Warranty Program – EWP). Ada dua jenis waranti yang ditawarkan iaitu Pelan Emas dan juga Pelan Platinum. Pelan Emas merupakan pelan yang didatangkan kepada semua kereta CARSOME Certified yang anda beli. 

Apa bezanya antara dua pelan ini? Komponen kereta yang dilindungi. Pelan Platinum yang berbayar melindungi lebih banyak komponen kereta termasuklah komponen yang dilindungi dalam Pelan Emas. 

Apa yang dilindungi oleh Pelan Emas? Komponen seperti enjin, pendingin hawa, dan juga transmisi, antara komponen yang sangat mahal jika perlu dibaiki. Bagi Pelan Platinum pula, semua komponen yang dilindungi oleh Pelan Emas beserta sistem bahan api, stereng, sistem penyejukan enjin, dan juga bantuan di atas jalan.  

Program waranti ini disediakan oleh Allianz dan terdiri daripada dua pelan – Pelan Emas (Gold) yang terpakai secara automatik untuk semua kereta kami dan pelan Platinum yang boleh dibeli sebagai pelan naik taraf pilihan. 

Waranti ini akan melindungi komponen kereta anda selama setahun atau 20,000 kilometer atau yang mana sampai dahulu. Bagi perlindungan pula, maksimum perlindungan yang ditawarkan ialah sebanyak RM50,000 maksimum dan RM10,000 minimum bagi setiap tuntutan. 

Tetapi…

Anda nak tahu tak, ada beberapa kes di mana anda tak boleh nak tuntut waranti CARSOME apabila ada komponen kereta yang dilindungi rosak? 

Berkemungkinan besar kerosakan yang terjadi itu akibat kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan. Jadi, untuk mengelakkan anda daripada tak boleh nak tuntut waranti, ini merupakan perkara yang anda patut jangan buat! 

1. Menggunakan Kereta Untuk Tujuan Lain 

Kereta secara umumnya digunakan untuk mengangkut penumpang serta mungkin beberapa barangan peribadi yang tak besar dan berat. Tetapi, ada juga pemandu yang menggunakan kereta mereka untuk mengangkut barangan yang berat dan besar yang diletakkan di bahagian penumpang. 

Jika ada sebarang kerosakan komponen diakibatkan oleh perbuatan mengangkut barangan itu, waranti tidak boleh dituntut. Ini kerana kereta tersebut telah digunakan bagi mengangkut barangan selain daripada mengangkut manusia. 

Ini biasa dibuat oleh mereka yang berniaga atau mereka yang menghantar barang. Mereka tiada kenderaan yang sesuai untuk mengangkut barangan berat.  

Anda bukan saja tidak boleh menuntut waranti jika ada komponen yang rosak, malah anda berkemungkinan boleh disaman kerana ia merupakan kesalahan trafik – menggunakan kereta bagi membawa barangan yang tidak sesuai dalam kenderaan.  

2. Ubah Suai Komponen 

Waranti CARSOME ini melindungi komponen tertentu jika ia mengalami kerosakan. Tetapi, jika komponen yang dilindungi ini diusik atau diubah suai untuk meningkatkan prestasi kereta, ia akan membatalkan waranti bagi komponen tersebut. 

An unserviced car increases chances for an accident in Genting Highlands

Jika komponen yang dilindungi tersebut rosak, sama ada akibat ubah suai ataupun sebab berkaitan, anda tidak boleh menuntut waranti bagi kerosakan yang telah terjadi.  

Jadi, jika anda ingin menukar sebarang komponen terutama komponen yang dilindungi, sila hubungi pihak insurans dahulu untuk dapatkan nasihat. 

3. Kerosakan Komponen Akibat Tidak Servis Kenderaan 

Kereta ialah mesin yang sangat rumit. Ia memerlukan servis yang berkala bagi memastikan ia boleh berfungsi dengan lancar dan baik. Kegagalan untuk mematuhi jadual servis kereta boleh menyebabkan kerosakan pada komponen kereta. 

fuel consumption, carsome myth busting

 

Jika berlaku kerosakan pada komponen yang dilindungi disebabkan kegagalan untuk servis kereta mengikut jadual, anda tidak boleh menuntut waranti. Ini kerana kerosakan yang terjadi adalah disebabkan oleh kecuaian anda sendiri. 

Jadi, jangan pernah tertinggal sekalipun untuk servis kereta anda sepanjang waranti masih lagi aktif ya! Kalau tidak, nanti anda tak boleh nak tuntut waranti untuk kerosakan tersebut. 

4. Komponen Rosak Sebab Salah Guna Petrol 

Kereta bergerak menggunakan petrol. Itu fakta. Kebanyakan kereta di Malaysia menggunakan petrol jenis RON95 untuk bergerak. 

Kalau anda salah isi petrol ke dalam kereta anda, contohnya anda tersalah isi dengan diesel dan terjadinya kerosakan pada komponen yang dilindungi, waranti yang ada tidak akan melindungi kerosakan yang terjadi. 

5. Membaiki Sendiri Komponen Yang Rosak 

Jika ada komponen kereta yang rosak, terutama sekali komponen yang dilindungi, jangan baiki sendiri! Terus bawa kereta anda ke bengkel panel yang disenaraikan oleh pihak insurans. 

Jika anda cuba membaiki kerosakan tetapi akhirnya kerosakan komponen tersebut menjadi lebih teruk, waranti akan terbatal dan anda tidak lagi boleh menuntut waranti yang ada. 

Disebabkan itulah, jangan memandai-mandai cuba untuk membaiki sebarang kerosakan yang terjadi. Hantarkan terus ke bengkel dengan segera. 

6. Kereta Digunakan Untuk Berlumba 

Kereta yang anda beli itu hanya digunakan untuk kehidupan seharian. Pergi dan balik kerja. Mungkin pergi jalan-jalan hujung minggu. Paling teruk pun, balik kampung jauh-jauh. Tapi jangan gunakan kereta yang dibeli untuk berlumba! 

Jika anda gunakan kereta anda untuk apa-apa bentuk perlumbaan dan berlaku kerosakan terhadap komponen yang dilindungi, anda tidak boleh menuntut waranti. Jadi, pastikan kereta hanya digunakan untuk tujuannya saja. 

7. Odometer Diusik 

Odometer merupakan alat yang digunakan untuk mengukur jarak yang telah dipandu oleh kereta. Ia juga mengukur had laju serta daya kilas semasa kereta sedang bergerak. Pada odometer juga ada terpampang beberapa lampu amaran untuk keadaan sistem tertentu seperti brek ABS dan sebagainya. 

Odometer ini tidak boleh diusik. Kerana ia mengandungi maklumat penting seperti perbatuan yang boleh digunakan untuk mengenal pasti keadaan kereta. Odometer biasanya diubah untuk mengubah perbatuan kereta supaya apabila ia dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Jika odometer telah diusik dan perbatuan yang terpampang pada odometer adalah berbeza dengan rekod servis kereta, waranti akan terbatal.  

8. Kerosakan Disebabkan Bencana Alam 

Setiap tahun, Malaysia akan dilanda beberapa bencana alam bencana yang berlaku secara berkala. 

Antara bencana alam yang dimaksudkan seperti ribut, banjir, kilat, puting beliung, ribut kilat, hujan lebat, tsunami, penenggelaman bumi, tanah runtuh, runtuhan cerun, hujan batu, aliran lumpur, ribut pasir, dan lain-lain bencana alam. 

 

Ada bencana yang menjadi teruk hingga ia boleh merosakkan kenderaan yang terlibat. Untuk pengetahuan anda, jika komponen kereta anda rosak akibat bencana alam, waranti anda akan terbatal dan tidak boleh dituntut lagi. 

Jaga Kereta Anda Elok-Elok! 

Kereta anda merupakan antara komitmen kewangan paling besar yang anda ada. Jika ada sebarang kerosakan, nak membaikinya juga bukan murah. Ada kerosakan yang memakan belanja hingga ribuan ringgit untuk membaikinya! 

Jangan buat perkara yang tak sepatutnya dengan kereta anda. Jika ada sebarang kerosakan, pastikan ia dihantar ke bengkel kereta yang diiktiraf. Paling penting, jangan buat perkara-perkara di atas jika anda tak mahu waranti kereta anda terbatal! 

Kereta CARSOME Dengan Waranti CARSOME Barulah Selamat! 

Kereta terpakai tiada waranti? Itu zaman dahulu punya cerita! Kini, kereta pramilik CARSOME Certified dilindungi dengan waranti selama setahun. Warantinya pula PERCUMA! 

Selain daripada waranti percuma, kereta CARSOME Certified juga diberikan dengan jaminan berikut: 

Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 

Jaminan pulangan tunai dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!

Jaminan kereta berkualiti: Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional.

Nak beli kereta dengan harga promosi? Ikuti kami untuk promosi terkini kami untuk lebih nilai yang berbaloi dengan pembelian kereta CARSOME Certified pertama anda! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular