HomeAutomotiveCARSOME akan Berada di Autoshow Paling Padu di MAEPS Serdang dari 22...

CARSOME akan Berada di Autoshow Paling Padu di MAEPS Serdang dari 22 – 26 Mei 2024!

Untuk kali yang ketujuh, Malaysia Autoshow kini kembali lagi untuk memeriahkan industri automotif negara! Dari 22 hingga 26 Mei 2024, jom hadiri acara automotif paling padu di Malaysia yang bertempat di MAEPS Serdang dan jangan lupa kunjungi reruai CARSOME untuk dapatkan diskaun istimewa apabila anda membeli kereta CARSOME Certified!

Apa yang Anda Boleh Lihat di Malaysia Autoshow 2024?

Kereta Baharu daripada Pelbagai Jenama Automotif

Daripada jenama tempatan seperti Proton dan Perdua hingga jenama antarabangsa seperti Mazda, Peugeot, dan Fort, semuanya akan mempamerkan kereta baharu mereka untuk tatapan anda di sana.

Kereta Custom & Aksesori Kereta

Di Malaysia Autoshow nanti, bukan saja kereta yang akan dipamerkan di sana. Anda juga boleh melihat koleksi motosikal daripada pelbagai jenama, kereta custom yang telah diubah suai serta pelbagai aksesori kereta yang baharu, canggih, dan futuristik.

Koleksi Kereta Klasik

Ayuh kembali ke masa lampau dan saksikan pelbagai model-model kereta yang ikonik dan bersejarah dipamerkan di Malaysia Autoshow nanti. Ada pelbagai legasi automotif yang akan menanti anda di sana, jadi anda tak mahu lepaskan peluang berharga ini.

Selain daripada semua pameran yang disenaraikan di atas, ada pelbagai aktiviti yang anda boleh nikmati di Malaysia Autoshow nanti seperti sesi pandu uji, pameran kereta off road, gerai makanan menarik, dan banyak lagi. Dapatkan tiket Malaysia Autoshow 2024 anda di sini. Jumpa anda di sana!

Anda Masih Mencari Kereta Baharu untuk Dibeli? Jom Kasi Jadi Kat Reruai CARSOME di Malaysia Autoshow 2024!

Bawa Pulang SUV atau MPV CARSOME Certified dengan Diskaun Tambahan RM1,000

carsome certified, cars in carsome

Sepanjang bulan Mei ini, anda boleh dapatkan diskaun besar untuk kereta besar di CARSOME! Bagi setiap pembelian SUV atau MPV CARSOME Certified, diskaun tambahan RM1,000 akan diberikan jadi anda tak perlu berbelanja banyak untuk naik taraf kepada kereta yang lebih luas untuk keluarga anda.

Kereta CARSOME Certified telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih. Selepas ini, pasti perjalanan balik kampung anda akan jadi lebih selamat dan selesa!

Klik sini untuk layari pilihan SUV dan MPV terpakai berkualiti di CARSOME!

Nikmati Rebat Sehingga RM1,500 Bila Anda Trade-in Kereta Lama Anda!

Nak dapatkan penjimatan maksimum untuk pembelian kereta anda? Trade-in kereta lama anda dengan CARSOME untuk dapatkan rebat sehingga RM1,500 yang boleh digunakan untuk pembelian kereta anda.

Siapa kata anda perlu berbelanja banyak kalau mahu bergaya dengan kereta baharu? Dengan diskaun tambahan ini, anda tak perlu keluarkan belanja lebih untuk naik taraf kepada kereta yang lebih baik.

Artikel berkaitan: Nikmati Rebat Kereta Trade In Bernilai Sehingga RM1,500!

Diskaun Sehingga 12% Bagi 3 Produk Tambahan daripada CARSOME untuk Lindungi Kereta Baharu Anda!

Dah dapat kereta baharu, jangan lepaskan peluang untuk beli produk tambahan pilihan anda pada harga yang menarik. Eksklusif dengan promosi pertengahan tahun CARSOME, ini diskaun yang anda boleh nikmati untuk pembelian produk tambahan daripada empat pakej yang kami sediakan:

  • Beli dua produk tambahan daripada mana-mana pakej yang kami sediakan dengan diskaun 10 peratus atau;
  • Beli tiga produk tambahan daripada mana-mana pakej yang kami sediakan dengan diskaun 12 peratus.

Apa pakej yang CARSOME sediakan untuk beri perlindungan tambahan kepada kereta anda? Kami senaraikan semua pakej serta produk berkaitan yang anda boleh dapatkan di bawah:

1. Pakej Waranti Lanjutan

Semua kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan 1 tahun secara percuma serta jaminan pulangan wang dalam 5 hari. Jika anda mahukan perlindungan tambahan, anda boleh naik taraf waranti lanjutan anda kepada salah satu produk yang berikut:

  • 2 tahun Pelan Waranti Lanjutan Gold atau;
  • 1 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Platinum atau;
  • 2 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Platinum atau;
  • 1 Tahun Pelan Waranti Lanjutan Gold (untuk kereta CARSOME Value).

2. Pakej Pusat Servis CARSOME

promosi servis kereta

Selain daripada waranti, kereta baharu anda juga memerlukan servis berkala untuk memastikan ia boleh dipandu dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tak perlu pening nak cari pusat servis yang dipercayai, hantar saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk dapatkan khidmat servis percuma dengan mana-mana pakej berikut:

  • Pakej Servis Premium (4 kali servis percuma) atau;
  • Pakej Servis Signature (6 kali servis percuma)

3. Pakej TRAPO

Kalau anda mahu kereta anda nampak bergaya dan kemas serta lebih selamat untuk dipandu, Pakej TRAPO Gear Up yang kami tawarkan ini memang sesuai untuk anda! Pilih salah satu daripada produk TRAPO yang berikut mengikut keperluan anda:

  • TRAPO Dashcam
  • TRAPO Paint Protection Film (PPF)
  • Karpet Kereta Trapo
  • Tint Kereta TRAPO
  • Coating Kereta TRAPO

Inilah Masa Terbaik untuk Dapatkan Kereta Terpakai Berkualiti di CARSOME!

Promosi pertengahan tahun CARSOME ini akan berlangsung daripada 1 Mei hingga 31 Mei 2024. Kalau anda nak beli kereta terpakai berkualiti pada harga yang paling berbaloi, jangan lepaskan diskaun kereta mantap yang kami tawarkan ini!

Buat tempahan secara dalam talian atau terus datang ke reruai CARSOME di Malaysia Autoshow 2024 untuk lihat kereta yang anda mahu. Kalau anda perlukan bantuan, konsultan kami yang mesra sentiasa bersedia membantu anda di sana nanti!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom kasi jadi dekat CARSOME!

Artikel berkaitan: Lah, Rupa-rupanya Senang Je Nak Tempah Pandu Uji Dengan CARSOME!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular