Anda nak jual kereta anda? Ini apa yang anda kena buat kalau nak jual kereta anda di penjual kereta terpakai:
- Bersihkan kereta dulu. Barulah harga boleh jadi mahal!
- Hubungi pusat penjual kereta terpakai
- Pergi ke pusat penjual kereta terpakai. Anda bernasib baik kalau ada yang dekat dengan rumah anda
- Tunggu kereta diperiksa oleh pemeriksa kedai
- Kedai akan bagi anggaran harga
Kalau anda setuju dengan harga yang diberikan, anda boleh jual terus. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan oleh penjual kereta terpakai lain adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran untuk model terpakai.

Kalau anda tak setuju, terpaksalah anda pulang semula ke rumah dengan kereta yang anda ingin jual. Haihh…, setelah banyak masa dihabiskan untuk jual kereta, ia tak berakhir seperti yang anda harapkan!
Artikel berkaitan: Pengalaman Lutfi Menjual Kereta Di Carsome Untuk Harga Berpatutan
Kalaulah ada caranya anda boleh dapatkan anggaran harga kereta tanpa perlu keluar daripada rumah. Siapa cakap tiada? Mestilah ada!
Kalau anda tak tahu, anda sebenarnya boleh mendapatkan anggaran harga kereta yang anda ingin jual dengan cepat. Tetapi ini hanya harga anggaran. Untuk mendapatkan harga akhir, kereta anda perlu diperiksa dan harga akhir akan diberikan kepada anda nanti.
Ini caranya untuk anda menjual kereta anda di aplikasi CARSOME:
Langkah 1: Buka Aplikasi CARSOME
Pertama sekali, anda masuk dahulu ke dalam aplikasi CARSOME. Anda tak ada aplikasi CARSOME? Anda boleh muat turun aplikasi DI SINI.

Di paparan pertama, anda pilih ‘Sell Car’. Anda akan dibawa paparan seterusnya untuk mula menjual kereta anda.

Anda cuma perlu klik pada ‘Get Your Car Price’ untuk mula menjual kereta anda.
Langkah 2: Isikan Butiran Tentang Kereta Anda
Apabila anda klik pada ‘Get Your Car Price’, anda akan dibawa ke laman untuk memasukkan butiran tentang kereta anda.

Ini merupakan butiran yang anda harus isikan untuk membolehkan aplikasi kami memberikan anggaran harga kereta anda.
- Jenama kereta
- Model kereta
- Tahun kereta
- Varian kereta
- Jenis enjin
- Jenis transmisi
Setelah selesai memberikan segala maklumat yang diperlukan, anda boleh terus klik pada ‘Get Your Car’s Price’.

Langkah 3: Tengok Harga Kereta Anda
Anggaran harga kereta anda akan dipaparkan dalam laman seperti yang ditunjukkan:

Anda kena ingat, yang dipaparkan ini hanyalah anggaran berdasarkan maklumat yang telah anda isikan sebelum ini. Harga sebenar kereta anda hanya boleh diketahui setelah anda membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan CARSOME.
Untuk itu, anda boleh terus buat tempahan janji temu untuk pemeriksaan kereta anda dengan klik pada ‘Book a FREE inspection now’.

Langkah 4: Buat Janji Temu Untuk Pemeriksaan Kereta
Untuk membuat tempahan janji temu, anda boleh pilih pusat pemeriksaan CARSOME yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh pilih tarikh mana yang sesuai dengan masa anda beserta tarikh yang anda boleh luangkan masa untuk kereta anda diperiksa.

Langkah 5: Datang Untuk Pemeriksaan Kereta
Setelah selesai anda membuat tempahan janji temu, anda akan dihubungi oleh wakil daripada CARSOME sebagai pengesahan janji temu pemeriksaan kereta. Sehari sebelum tarikh pemeriksaan, satu peringatan juga akan dihantar ke aplikasi di telefon pintar anda.

Pastikan anda datang mengikut masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan.
Artikel berkaitan: Ini Jawapan Kepada Soalan Tentang Jual Dan Beli Kereta CARSOME Yang Anda Kena Tahu!
Kenapa Kena Buat Janji Temu Pemeriksaan Kereta Kalau Nak Jual Kereta di CARSOME?
Sebenarnya, anda boleh saja nak datang terus tanpa temu janji ke mana-mana Pusat Pemeriksaan atau Pusat Pengalaman CARSOME untuk menjual kereta anda. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda buat janji temu untuk memeriksa kereta anda. Ini sebabnya:
1. Tak Perlu Menunggu Lama
Kalau anda dah buat janji temu, anda tak payah dah perlu menunggu lama. Jika anda datang tanpa janji temu, anda terpaksa menunggu lama kerana kami terpaksa melayan mereka yang telah membuat janji temu dahulu.
Jadi, untuk menjimatkan masa anda, buatlah janji temu dahulu. Anda boleh buat janji temu untuk jual kereta di laman web CARSOME ataupun di aplikasi CARSOME seperti di atas.
2. Kami Akan Utamakan Anda!
Sudah tentu kalau anda buat janji temu, anda akan diberikan keutamaan berbanding jika anda datang tanpa janji temu.
Jual Kereta & Dapat Bayaran Dalam Masa 24 Jam!
Kami tak suka nak pegang duit anda lama-lama. Disebabkan itulah, kami akan membuat bayaran untuk kereta yang anda jual dalam masa 24 jam. Berbanding penjual lain, ada yang terpaksa menunggu sehingga berhari-hari untuk mendapatkan bayaran bagi kereta yang anda telah serahkan.
Ini juga sebabnya mengapa lebih ratusan ribu pelanggan kami lebih suka untuk memilih kami untuk menjual kereta milik mereka. Selain daripada pembayaran pantas, ini juga antara sebab kenapa ramai yang suka jual kereta pada CARSOME:
1. Pemeriksaan Profesional Oleh Pakar
Setiap inci kereta anda akan diperiksa oleh pemeriksa CARSOME. Kami memeriksa 175-titik untuk memastikan kami boleh memberikan harga yang terbaik kepada anda.
2. Tiada Bebanan Kertas Kerja. Kami Buat Semuanya Untuk Anda!
Kalau nak jual kereta, kena sediakan dokumen itu ini kan? Kalau anda jual dengan CARSOME, tak payah susah-susah. Kami akan uruskan semuanya. Bawa kereta. Bawa diri. Lain-lain semua kami akan uruskan untuk anda.
3. Harga Tawaran Tinggi Untuk Kereta Anda!
Kalau anda jual kereta anda kepada CARSOME, kami akan memberikan harga yang tertinggi sesuai dengan harga pasaran semasa kereta yang ingin dijual. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada keadaan kereta yang anda ingin jual.
4. Pembayaran Pantas
Kalau anda nak jual kereta kepada CARSOME, berapa lama anda akan dapat bayaran anda?
CARSOME akan membuat bayaran kepada anda secepat mungkin selepas semua proses jualan selesai. Jangan risau, anda tak perlu menunggu lama pun untuk bayaran masuk.
Jual Kereta? Pilih Je CARSOME!
Nak jual kereta? Inilah sebabnya kenapa anda kena jual kereta anda kepada CARSOME! Muat turun aplikasi CARSOME di di Google Play Store dan juga di Apps Store sekarang untuk urusan jual kereta yang lebih mudah!

Anda juga boleh layari laman web CARSOME atau kunjungi Pusat Pengalaman CARSOME terdekat untuk menikmati layanan terbaik Konsultan CARSOME untuk menjual kereta anda.
Artikel berkaitan: Konsultan CARSOME: Wira Tak Didendang Untuk Bantu Anda Beli Kereta
Nikmati kemudahan menjual kereta terpakai di hujung jari sekarang! Muat turun aplikasi CARSOME sekarang!
kereta masih ada hutang bank macam mana tuan..
Salam tuan faizal,
CARSOME juga terima kereta yang masih ada hutang bank. Tuan boleh rujuk artikel ni untuk lihat proses menjual dengan kami: https://carso.me/mapOhlwMT
Andai kata bersetuju menjual kereta dgn carsome, owner perlu buat puspakom sendiri ke?
Hi Zue,
Tidak, semua kertas kerja untuk pindah milik akan diuruskan oleh kami pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Sila hubungi talian hotline kami di 1-800-82-3388 (8:00 AM – 7:00 PM) untuk maklumat lanjut atau WhatsApp kami di http://www.wasap.my/60327717048. 🙂
kalau jual kereta ke carsome, bila kena pergi puspakom?
Hi hadie,
Tidak, semua kertas kerja untuk pindah milik akan diuruskan oleh kami pada tarikh penyerahan kenderaan yang dipersetujui. Sila hubungi talian hotline kami di 1-800-82-3388 (8:00 AM – 7:00 PM) untuk maklumat lanjut atau WhatsApp kami di http://www.wasap.my/60327717048 🙂